Sabtu lepas, kami keluar makan tengahari di Eco Grandeur Lab sahaja sebab Ahad memang cadang nak ke KL, kak ana dah janji nak jumpa kawan sekolah di Sunway Putra. Jadi malas nak ke KL dua kali lak.

Tapi biasa la dah cuti memang jarang duk rumah, jenjalan la mana-mana yang dekat , lunch atau cuci mata dalam mall. Cuaca pun makin kuat jerebunya nak out door memang tak sesuai waktu ni.

Lepas lunch di Nana Kopi , Grandeur Lab, kami zohor dahulu di surau situ. Suami tanya nak pii mana, kak ana dan Adik Ika bagitau ikut lah mana-mana pun. Buntu dah sebenar nya nak ke mana.. huhu


Madam Croffle


Madam Croffle - Aeon Shah Alam 


Madam Croffle Aeon Shah Alam


Last-last suami terus drive kami ke Aeon Mall, Shah Alam . Lama juga tak ke Shah Alam sejak anak-anak dah habis belajar. Kalau dulu tiap minggu ke sana ye dak. Kami ronda-ronda mall je tak ada apa pun hajat nak membeli belah. 

Dah penat ronda, Adik ajak ayahnya singgah pekena dessert di kiosk Madam Croffle. Tak ramai sangat orang kat sana berbanding kiosk lain. Dapatlah seat lepak kejap sementara menikmati satu set pencuci mulut dari Korea ni.


croffle Madam Croffle


Kak ana tak ada keraguan sangat dalam menu pencuci mulut kerana tidak ada bahan yang mencurigakan untuk kita makan. Croffle tu sama macam wafer dan di letakkan topping pilihan dari bahan yang tidak berdaging atau yang meragukan.

Sama juga dengan bingsu adalah dari shave ice bahan utamanya kemudian kita pilih lah topping manisan apa yang kita suka yang ada di sana. In Syaa Allah.. kak ana okay dengan menu di Madam Croffle ni, terpulang lah pada pilihan masing-masing, naa.



Adik ambil set A , iaitu premium Madam Croffle dengan 3 pilihan topping  bersama sebekas bingsu. Set ni berharga RM19.90 sahaja. Tapi nak habaq topping depa buh memang melimpah ruah, mewah sungguh tak kedekut.

Cuma kak ana tak berapa nak makan habis sebab agak manis sesangat, yelah selera orang tua kan. Manis sikit dah ngilu rasa lahaii.. tapi ada hikmah lah kan dalam usia-usia gini, kena kurangkan manisan dalam menu makanan. 



Kak ana tak pasti sangat topping apa pilihan Adik Ika sebab dia yang pilih di kaunter. Yang kak ana ingat dia kata ada pistachio , biscoff dan oreo kalau tak silap laa.. Tapi memang padu sungguh topping croffle dan bingsu ni, penuh. Tak kedekut hehe :) 

Sekali sekala tuu boleh la try naa, selalu tak nak juga lah manis-manis gini. Sekadar berkongsi rasa dengan korang semua. Kalau suka boleh lah try pencuci mulut Korea yang satu ketika dahulu agak viral juga di kalangan anak muda. 








1 Comments

  1. jangan makan manis2 selalu kak, kalau senyum manis2 selalu tak apa hehehe♥

    ReplyDelete