Masa bercuti di Terengganu lagi Adik Ika tak berapa sihat. Dah pergi klinik semua tak ada yang serius alhamdulillah. Risau juga musim wabak pelbagai kini, mudah menjangkiti. Dia selsema dan batuk, demam dah tak ada dah. 

Bila tak sihat ni selera makan mula lah terjejas. Dia kurang selera nak makan sangat. Nasi berlauk lagi lah dia tak lalu sangat nak makan. Kak ana cuba lah masak beberapa menu masakan kesukaannya, bukan apa risau kalau tak makan masuk angin lagi mudarat.


Sup telur puyuh dengan cendawan


Sup telur puyuh dengan cendawan 


Kalau kurang selera ni, kak ana selalunya akan masak menu bersup putih untuk hirupan anak-anak. Kak ana teringat Adik suka makan telur puyuh. Beli lah satu pek ada dalam sepuluh biji kalau tak silap. Sambil tu kak ana ambil juga sepaket cendawan jepun putih atau hasil google kak ana dapat tahu nama cendawan tu cendawan Bunashimeji.

Ada jer di jual di pasaraya cendawan ni , dia dalam pek tu serumpun ada warna coklat dan ada warna putih. Kak ana suka cendawan ni daripada enoki. Ada la tekstur nak makan sedap lemak manis rasanya. Selalu kak ana buh juga dalam tomyam. Korang google laa yer mana rupa cendawan tu.

Bawa balik dua bahan ni, kak ana jadikan sup bersama kiub ayam. Senang sangat nak buat dan alhamdulillah habis semangkuk tu Adik hirup. Jadi lah kan tak makan nasi pun dah ada sumber proten dan vitamin untuk nya. Meh kak ana kongsikan dengan korang bahan dan cara kak ana masak sup telur puyuh cendawan shimeji .

Bahan-bahannya : 

Telur puyuh - rebus dan buang kulit bersihkan.
Cendawan shimeji - potong dan leraikan basuh , toskan.
1 ulas bawang putih - ketuk jer
serbuk lada putih
1 kiub ayam 
daun bawang 
hirisan cili merah 
air secukupnya dan minyak sedikit untuk menumis

Cara masak sup telur burung puyuh cendawan shimeji 

1. Tumiskan bawang putih dan masukkan air secukupnya, jangan banyak sangat biar ada rasa sup dari kiub ayam dan cendawan nanti.

2. Bila dah mendidih, masukkan cendawan dan telur puyuh. 

3. Masukkan kiub ayam dan rasakan dengan serbuk lada sulah.

4. Rasa kan jika dah cukup masin tak perlu buh garam lagi kerana kiub dah ada rasa masin .

5. Bila dah masak mendidih sekali lagi, matikan api dan taburkan hirisan daun bawang bersama hirisan cili merah. 

Siap lah untuk hidangan menambah selera orang tak sihat, In Syaa Allah... Sedap makan dengan nasi putih atau buh mee pun sedap juga. Selamat mencuba dan semoga ada manfaattnya... 




5 Comments

  1. menariks ni. x pernah masak mcm ni.. leh cuba ni.. tq for sharing!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya, nampak comel je telur puyuh dan cendawan tu

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik Kak Ana. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Saya sukaaa dengan resep simple mudah seperti ini ❤️❤️. Sangat membantu utk saya yg tak terlalu bisa masak.

    Dan anak2 pun sukaaa makanan berkuah dan pakai jamur kak. Memang gurih, apalagi jamur tinggi protein juga 👍

    ReplyDelete
  5. kita ratah gitu je pun dah sedap ni...makan dengan cili kicap

    ReplyDelete