Okay lah sambung lagi cerita kak ana bercuti Kuantan - Kuala Terengganu - Kuantan lagi. Kami check out selepas sarapan pagi di Mandurah Hotel , Beserah , Kuantan dalam jam 11 pagi macam tu dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dengan waze melalui Lebuhraya Pantai Timur. 


Drawbridge Kuala Terengganu


Jambatan Angkat / Drawbridge Kuala Terengganu 


Perjalanan melalui LPT Kuantan ke Kuala Terengganu ni agak bosan dengan pemandangan ladang kelapa sawit sepanjang kira-kira 2 - 3 jam juga kalau tak silap. Kami singgah sekejap di RnR mana entah tak ingat dah.. kemudian sambung perjalanan semula dan sampai ke Kuala Terengganu dalam jam 3 petang macam tu lebih kurang.


Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu 


Tanjung Vista Hotel Kuala Terengganu


Sampai jer kami terus waze ke Tanjung Vista Hotel dan baru Adik Ika nak buat booking sebab kami nak tengok dulu hotel ni macam mana kan, sebab sebelum ni kami ada hubungi satu chalet tapi agak jauh nak ke bandar Kuala Terengganu dalam 45 minit gitu.

Dah sampai depan Tanjung Vista baru adik booking di Agoda dan rezeki masih ada bilik untuk triple . Sampai reception dan check in. Mudah sangat. Bilik kami berada di aras 10 . Agak seram juga nak naik melalui ruang parkir ke bilik sebab lif agak lama. Tapi alhamdulillah tak ada apa-apa semua okay sahaja sepanjang malam, lena tido .

Selesai check in bilik, kemudian kami turun untuk cari makan tengahari walaupun dah lewat dan banyak kedai makan nasi campur dah habis. Kami ke mall yang betul-betul nampak dari bilik hotel penginapan kami di Tanjung Vista Hotel iaitu KTCC Mall.


KTCC Mall , Kuala Terengganu 


KTCC Mall Kuala Terengganu
KTCC Mall dari pandangan bilik kami di Tanjung Vista Hotel , Kuala Terengganu 


Dekat je KTCC Mall ni dari hotel dan hadapan KTCC Mall ni adalah laluan masuk ke Drawbridge Kuala Terengganu. Masuk KTCC Mall ronda sekejap nak makan pun macam malas laa pulak sebab outlet makanan dalam ni sama sahaja macam yang ada di mall di KL. 

Ronda-ronda sekejap dan sempat Adik Ika duplicate kunci rumah di sini. Jauh dia buat kunci yer... Seronoknya di sini majoriti staff adalah orang kita. Ramah mesra semuanya . Kami keluar dan cuba cari tempat makan, dapat makan panas-panas pun sedap memandang cuaca baru lepas hujan waktu tu. 


Gerai makan di Drwabridge Kuala Terengganu


Mujur Adik Ika teringat dia pernah makan di benteng berhadapan dengan Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan kami cari juga lah hingga jumpa berpandukan daya ingatan Adik yang sebelum ni dah 3 kali ke Kuala Terengganu atas urusan kerjanya.

Ia merupakan food court tapi kak ana rasa untuk penempatan sementara mungkin sebab ia agak tidak punya ruang parkir dan jalan masuk yang sempurna. Tapi di sini banyak gerai masakan panas-panas dan betul-betul tepi muara laut menghadap Drawbridge Kuala Terengganu. 

Kami antara yang awal duduk dan order makanan. Kami order nasi goreng ikan masin. nasi paprik ayam dan nasi goreng ayam serta minuman dan kerang bakar. Itu kira lunch dan dinner sekali lah sebab dah lewat petang. 


Masjid Abidin atau Masjid Putih - masjid negeri Terengganu 


Masjid Abidin Kuala Terengganu


Lepas makan, kami masuk semula bandar Kuala Terengganu dan singgah solat jamak Asar dan Zuhur di Masjid Negeri Terengganu iaitu Masjid Abidin atau pun di kenali juga dengan panggilan Masjid Putih. Cantik sangat senibina lama bangunan masjid ni. 

Dan sesuatu yang kak ana suka tentang bumi Terengganu ni ialah ia mempunyai banyak masjid dengan senibina yang indah-indah.

Dari situ , kami waze dan sampailah menaiki Drawbridge dan merasa lah dengan izin Allah swt melintasi Jambatan Angkut Kuala Terengganu hingga ke seberang. Pendek je Jambatan Angkat ni rupanya tetapi menarik lah untuk di kunjungi. Kat seberang banyak food truck dan ada jualan bazar ala pasar malam petang tu. 

Kami lepak sampai dekat waktu Maghrib dan kembali ke hotel. Malam tu memang tak keluar ke mana dah sebab suami penat sangat dan Adik pun tak berapa sihat. Lagipun kami tak tahu nak pii mana malam-malam di bandar Kuala Terengganu. Rehat dan sambung keesokan paginya untuk perjalanan seterusnya... 







4 Comments