Makan satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri
Adik Ika laa nih, ngidam nak makan satay Pak Wan. Kalau di sekitar kediaman kak ana ni, banyak je orang berniaga satay. Ada tu di tepi jalan pun ada kak ana nampak dua tiga peniaga satay. Tak pernah try, kalau nak makan satay selalunya kak ana beli dari food truck Satay Warior atau pun di restoran Satay Pak Wan.
Paling dekat dengan kediaman kak ana, cawangan Satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri. Makan panas-panas di restorannya lagi laa best dari take away sebab nak sampai ke rumah , perjalanannya boleh buat satay tu jadi sejuk, dah tak syok kan.
Restoran Satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri
Haa.. tuu kak ana dan letakkan harga untuk pelbagai menu di Satay Pak Wan. Untuk satay ayam RM1.20 , Satay Daging RM1.60 dan Satay Perut juga RM1.60 secucuk. Harga ni pada tarikh entri kak ana nih di terbitkan. Akan datang Waallahu a'lam ...
Korang juga boleh request nak satay tanpa lemak. Lain lah harganya. Boleh je hubungi nombor kat gambar tu untuk sebarang pertanyaan. Alhamdulillah.. memang terbaik dan padu sungguh makan satay di Satay Pak Wan.
Sedap rasa perapan satay, isi satay yang bersaiz besar dan gemoks serta kena dengan kuah kacang nya yang secukup rasa. Kalau korang nak try Satay Pak Wan carilah di carian internet, kut kut ada cawangannya di sekitar kediaman ampa naa... Semoga bermanfaat.. In Syaa Allah...
5 Comments
Lama dah tak makan satay ni....
ReplyDeleteHarga sate pun berpatutan. amboi , terasa lapar plak tengok gambar sate hehe
ReplyDeleteMemang sedap sesekali pekena Satay. Hari tu LeYa dan family pun baru menikmati satay. Memang padu!
ReplyDeletesedapnya sate....
ReplyDeleteSaya catat dulu 😍😍😍. Nanti ke KL coba nak cari 👍. Tak apalah agak mahal, asalkan memang sedap , lagian terlihat juga di foto size memang besar yaa 😍🤤
ReplyDelete