Mengidam nak makan singgang budu Terengganu
Kisahnya percutian kak ana dari Kuantan - Kuala Terengganu - Kuantan kak ana sambung lagi. Tapi kali ni bukan lah nak cerita kisah makan-makan atau jalan-jalan. Ni kira bab akhir sepatutnya percutian kami, di mana kak ana singgah makan singgang budu di Marang, Terengganu dalam perjalanan balik.
Sebab kecewa sangat tengahari waktu kami sampai di bandar Kuala Terengganu, restoran Singgang Budu tu dah habis menu dan dah kemas-kemas nak tutup. Puncanya kami yang terlewat sampai dalam pukul 3 lebih, check in dahulu di hotel, kemudian baru nak pii cari makan.
Tak ada rezeki lah tu namanya. Keesokkannya pula kami terus selepas sarapan di hotel, check out ke Pasar Payang dan Muzium Terengganu sebelum bertolak balik ke Kuantan. Kami elakkan guna lebuhraya Pantai Timur sebab nak singgah laa konon di Marang dan Cherating.
Sempatlah makan tengahari di Marang. Rezeki merasa juga lah di sebuah gerai tepi jalan sahaja ada menu ikan singgang dan budu. Kami makan bertiga dan murah sangat makan di sini. Lauk ikan singgang, suami ambil ayam masak lemak, ulaman , Adik Ika dengan perut masak lemak , ayam goreng dan kak ana ambil seekor ikan bakar bersama budu dan minuman cuma RM29 sahaja.
Gerai ni tepi jalan jer dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan di daerah Marang. Gerai kampung tapi kak ana tak ingat dan tak catat pula nama kedai ni. Memang sedap masakan kampung dan terlepas lah kempunan nak makan ike singgang Ganu dengan budu. Alhamdulillah..
3 Comments
Kegemaran juga ni ikan singgang, biasanya warna kuning kalau letak kunyit. Yang putih biasanya singgang Pahang. Kadang2 banyak sahaja kedai2 makan yang tepi2 jalan yang lebih menarik berbanding yang telah tersohor.
ReplyDeleteIn the digital era, partnering with the best seo services company in usa is not just an investment; it's a strategic move for online success. The right company combines expertise, transparency, and a personalized approach to catapult your website to the top of search engine rankings.
ReplyDeleteBlm pernah rasa pula kuliner ini ☺️. Tapi dari deskripsi rasa , sepertinya memang sedap kak. Nantilah kalo balik Malaysia, saya nak cari juga ikan singgang 👍
ReplyDelete