Resepi sambal kicap
Sambal kicap ni antara kegemaran kak ana di rumah untuk kawan makan dengan nasi jika tak buat menu bersambal. Selalunya kat rumah, kak ana akan masak satu menu berkuah, lauk atau sayur ikut lah mana-mana kan, kemudian ada juga menu bersambal penambah selera.
Kalau bukan sambal tumis ikan atau makanan laut, kak ana buat kan sambal kicap sebagai pencicah dengan ikan goreng atau menu bersup. Ada dua kaedah penyediaan sambal kicap resepi kak ana nak share dengan korang.
Resepi sambal kicap
Satu resepi kak ana belajar dengan mak saudara , sambal kicap mentah sahaja. Bahan-bahan yang di gunakan adalah :
Cili api - ikut kepedasan masing-masing
Kicap pekat manis
Bawang putih - seimbangkan dengan bilangan cili api yang di gunakan 1:4 lebih kurang
Cuka masakan
Gula
Garam
Cara buat sambal kicap mentah
1. Tumbuk atau blend cili api bersama bawang putih .
2. Tuang kan kicap pekat manis .
3. Tuangkan sedikit cuka masakan.
4. Rasakan dengan garam dan gula .
5. Gaul sebati dan siap dah sambal kicap mentah cara kak ana.
Ada satu lagi versi sambal kicap yang kak ana belajar dari tiktok lebih kurang sahaja resepinya, cuma hat ni di gorengkan terlebih dahulu cili api dan bawang putih . Kemudian sejukkan seketika dan blend atau tumbuk.
Cuma beza versi ni dia gantikan cuka tu dengan perahan limau . Bahan lain masih sama menggunakan kicap dan rasakan dengan garam dan sedikit gula. Sedap juga lah cuma kak ana lebih suka menggunakan rasa masam cuka dari perahan limau.
Ikutlah selera masing-masing kan. Tapi kalau makan mihun sup atau mee sup atau apa juga sajian sup tanpa sambal kicap memang tak lengkap rasanya kan. Semoga ada manfaatnya dari perkongsian kak ana nih, In Syaa Allah...
1 Comments
Makasih kak ana. Saya sukaaaa sambal kecap ini. Memang lebih sering pakai perasan jeruk limau, tapi kalo tak ada jeruk, saya pun pakai cuka. Sama saja enaknya 😄👍.
ReplyDeleteBiasa sambal kecap ini saya pakai utk sambal tahu goreng, tempe goreng atau yg goreng2 lah. 🤤❤️. Memang sedap.