Rumah kak ana ni memang suka simpan stok cendawan di rumah. Bukan apa kak ana selalunya beli sayuran yang boleh tahan lama bila restock bahan basah di dapur. Salah satunya cendawan lah, sama ada cendawan tiram, cendawan shitake, shimeji dan minggu ni beli pula cendawan hitam atau black fungus sebab kak long kirim dia nak masak mee tarik.

Cencawan hitam yang kak ana beli ni jenis lembut dan kalau orang kampung kak ana dulu panggil cendawan telinga kera. Huhu :) Tapi sedap cendawan ni masak sup, masuk dalam pasta goreng dan tumis pun sedap . 

Malam semalam resepi makan malam kak ana mudah je, ayam goreng kunyit , sambal gesek belimbing buluh dan tumis cendawan dengan terung. Resepi sayur ni versi menghabiskan stok sayur dalam peti ais. Semua sayur dah tinggal satu jer, terung sebiji, karot separuh jadi kak ana jadikan sayur campur dengan cendawan hitam dan shimeji. 


resepi cendawan hitam tumis

Alhamdulillah.. sedap sangat walaupun kak ana masak tanpa perencah. Malas nak kopek ikan bilis malam-malam huhu :) Hanya masukkan kicap pekat manis Jalen merah tu bersama sos tiram . Meh laa nak share dengan korang, tapi kena masak time nak makan, bila panas-panas baru ngam .. 


Resepi tumis terung bersama cendawan 


Bahan-bahan :

1 biji terung panjang - potong kecil-kecil

separuh batang karot - hiris nipis bulat

Cendawan hitam atau black fungus

Cendawan shimeji satu pek potong bahagian bawah biar lerai

2 ulas bawang putih

1 biji cili merah - hiris

1 biji cili hijau - hiris

Kicap manis - kak ana guna Jalen botol merah

Sos tiram 

Minyak untuk menumis 


Cara masak :

1. Masukkan minyak , tumis bawang putih yang di ketuk.

2. Masukkan karot dan terung terlebih dahulu hingga lembut.

3. Barulah masukkan cendawan hitam dan shimeji .

4. Masukkan sos tiram dan kicap, tak perlu garam dah tapi korang rasa lah kan.

5. Masukkan sedikit sahaja air jika tumisan terlalu kering. Taburkan hirisan cili merah dan cili hijau. 

6. Gaul sebati dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba naa... 

6 Comments

  1. nampak sedap kak ana...boleh cuba nanti ni..

    ReplyDelete
  2. Nampak senang je nak buat boleh try ni.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tu kak...
    nieyl kdg2 tak ada idea nak masak cendawan ni selain dari goreng, tomyam hehehe

    ReplyDelete
  4. masak mcm ni ratah saja pun sedap kak ana

    ReplyDelete
  5. Simple Dan sedap nih ❤️. Saya nak coba buat masakan nanti. Kebetulan semua bahan ada di rumah.

    Black fungus itu kalo di sini malah disebut jamur kuping gajah kak 😄

    ReplyDelete