Memang tempat wajib pada kak ana lah kalau korang bercuti ke Terengganu khasnya berada di Kuala Terengganu kalau tak singgah ke Pasar Payang atau kompleks Pasar Kedai Payang. Ini kali kedua kak ana di rezekikanNya singgah ke sini dan sama macam hat mula dulu, rambang mata seronok sangat bila masuk sini.

Kompleks Pasar Kedai Payang laa nih baru dah dari yang kak ana pii dahulu, lama sangat dah tak ingat bila waktu sepupu bertunang dengan orang Ganu, laa nih anak depa dah darjah 4 ke 3 ke dah. Sepuluh tahun juga lah kan rasanya.


Pasar Kedai Payang , Kuala Terengganu


Apa yang best ke Pasar Payang, Kuala Terengganu ? 


Pada kak ana yang jarang jarang sampai ke Kuala Terengganu ni, apa yang best bila berada di Pasar Payang adalah aneka jualan yang di jual di dalamnya. Dari makanan basah, makanan kering, pakaian khasnya batik dan perhiasan serta banyak juga kedai jual barang kemas.


Apa yang best di Pasar Payang Kuala Terengganu ?


Ada yang kata, bukan semua kedai emas tulen ada juga kedai jual emas korea. Waallahu a'lamm , kak ana mai sini tidak singgah pun mana-mana kedai emas. Ralit dan sakan beli barang makanan kering dan makanan basah serta kain batik sarung serta cenderahati untuk cucu , patung kain penyu dan rompers Ganu Tomey. 



Pasar Payang Kuala Terengganu


Aneka produk makanan kering ada di jual di sini seperti keropok macam-macam jenis, kekacang, jeruk, jajan , pulut, beras nasi dagang, beras siam dan macam-macam lah. Pendek kata sebut je makanan Pantai Tmur atau dari negara seberang ada jer di jual di sekitar pasar kering.

Hampir sama sahaja produk yang di jual tetapi ada banyak lot lot penjual di kiri kanan pasar. Kita boleh sahaja buat pilihan nak beli di kedai mana. Kadang-kadang dah ronda-ronda baru teringat nak beli, tak perlu patah balik sebab banyak kedai dalam ni menjual produk yang hampir sama. 


Pasar Payang Kuala Terengganu


Ada bahagian menjual pakaian sahaja, deretan kedai menjual aneka pilihan pakaian khasnya bertema kan batik. Kain batik sarung siap jahit, kain ela, kaftan, kemeja lelaki, baju wanita dan yang paling geram kak ana tengok adalah batik lukis atau canting. 

Harga ikut jenis batik ada yang premium dan ada yang batik cetak lebih murah. Banyak sangat pilihan yang ada. Kak ana seronok membelek dan membeli sampai tak ingat nak ambil gambar buat entri. Sempat kak ana beli 10 helai kain batik sarung dah siap jahit sehelai RM8 sebab beli banyak.


Pasar Payang Kuala Terengganu


Kak ana belikan cucu rompers Ganu Tomey dan untuk kak long sehelai kaftan bercorak batik. Suami sempat juga beli sehelai kemeja batik nak pakai waktu konvo Adik Ika bulan November ni. Kain batik sarung tu kak ana nak hadiah kan pada kawan-kawan dan besan. 


Pasar Payang Kuala Terengganu


Di bahagian makanan basah pula menjual aneka juadah makanan. Kami beli durian crepe, jeruk ceremai, jeruk jaber dan kuih muih Ganu untuk di makan kat sana. Pelbagai sungguh cuma pagi tu tak jumpa orang jual sata. 

Adik Ika nak sangat makan sata tapi tak ada rezeki pagi tu. Syukur waktu kami sampai Kemaman dapatlah jumpa orang bakar dan jual sata untuk Adik.


Pasar Payang Kuala Terengganu


Adik Ika belikan juga anak buahnya seekor anak patung penyu dengan tulisan Terengganu. Murah juga lah saiz sederhana cuma RM15 walaupun harga tertulis situ RM18 , tak tawar pun depa bagi harga murah.

Sempat juga kak ana beli fridge magnet Ganu sebagai kenang-kenangan. Kak ana sorang je habis dalam RM200 lebih juga di Pasar Payang nih.  Beli kacang gajus dan kacang pistachious juga sebab kat sini agak murah harga berbanding di pasaranya kedai arab di KL. 


Pasar Payang Kuala Terengganu


Pada kak ana lah kan, wajib singgah ke Pasar Kedai Payang kalau korang bercuti di Kuala Terengganu ni dan shopping apa yang patut. Parkir berbayar di hadapan kompleks sahaja tak mahal RM1 kalau tak silap kak ana boleh bayar di mesin menggunakan TnG .

Satu pengalaman yang seronok membeli belah juadah makanan dan ole-ole untuk di bawa pulang. Dan waktu kami singgah di gerai jualan tepi jalan di Kemaman, harga produk yang sama adalah lebih mahal dari dalam Pasar Payang nih. 

Jadi kalau rasa nak beli, beli terus dalam kompleks jangan duk kata nanti boleh beli di tempat lain kerana dari perbandingan harga yang kak ana tengok sendiri, di Pasar Payang jauh lebih murah dari di luar kompleks. 

Sekadar perkongsian pengalaman semoga ada manfaatnya buat semua, In Syaa Allah.. 


4 Comments

  1. Selalu kawan-kawan yg kursus ke balik kg ke dieorg selalu beli ole-ole dekat situ bawa balikkkk

    ReplyDelete
  2. sakan shopping k.ana..kalau saya pun sama ni.macam-macam beli..eh lama tak singgah blog k.ana, dh ada cucu rupanya..wah opah cantik ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. rambang mata kalau masuk pasar payang. tak jumpa jalan keluar. hahaha

    ReplyDelete
  4. Noted, berarti kalo nanti saya ada kesempatan ke Kuala Terengganu, nak belanja souvenirs di pasar payang ini lah. Paling sukaaa dengan pasar seperti ini, yg jual berbagai macam. Jadi seperti one stop shopping. Tak payah cari banyak tempat 👍

    ReplyDelete