Pelik kan bila tiba-tiba kak ana nak bermalam di hotel sekitar KL pula. Tinggal di Selangor takkan saja-saja nak tidur hotel tengah bandaraya KL ni. Lain lah kalau plan nak bercuti tengah KL , paling tak kita selalunya akan booking Air BNB jer kan. Kut nak merasa duk kondo mewah view KLCC contohnya.

Tapi kali ni kak ana , suami dan Adik Ika bermalam di SANI Hotel, KL. Sebabnya dekat dengan tempat kerja suami, haa lagi pelik.. Kenapa pula nak tidur hotel dekat area office suami. Hehe :) 

Tak yah pelik dah, meh nak cerita mengapa kak ana stay di SANI Hotel , KL ni. Sebenarnya, awal Disember lepas, Adik Ika akan ke Sabah atas urusan kerjanya. Dia bersama 2 lagi officemate akan menaiki pesawat Air Asia ke Kota Kinabalu, Sabah dari KLIA2.


SANI Hotel KL review
Gambar shaking nih kak ana ambil jam 2 pagi :) 


Flight depa pukul 6 pagi dan depa ni pula kena angkut peralatan kerja yang agak banyak. Jadi kena lah check in luggage bagai seawal jam 3 pagi kena ada di KLIA2 dah. Esoknya pula suami kak ana, kena punch in jam 6 pagi pula kerana ada event yang bermula awal.

Pening juga fikir nak hantar Adik ke KLIA2 kemudian nak rush pula masuk pejabat suami. Penyelesaiannya, kami bermalam sahaja di KL dekat dengan office suami. Jam 2 pagi kami gerak ke KLIA dan uruskan Adik Ika. 

Lepas tu patah balik ke KL dan sempat lah suami rehat sekejap dan masuk kerja jam 6 pagi pula. Kak ana stay sampai waktu check out hotel pukul 12 tengahari . Haa itulah kisahnya nak jadikan coretan kenangan di sini. 


SANI Hotel KL 

Biasa lah kan, kalau stay mana-mana hotel pun, kak ana suka nak share dengan pembaca semua. Mana tahu ada yang sedang tercari hotel yang terletak di tengah Kuala Lumpur pada harga yang mampu. Maksud kak ana bukanlah 4 atau 5 star hotel. Jadi korang boleh menginap di SANI Hotel , KL ni. 

Kami ambil Triple Room , satu katil queen dengan satu katil single. Adik pun tak sempat bermalam di sini. Tapi kami tidur awal juga lepas Isyak dalam jam 9 lebih kami tidur dah sebab nak bangun kul 1 pagi.


review SANI Hotel KL


Soory naa.. gambar ni pula kak ana ambil sebelum check out jadi katil dah tak kemas. Bilik ni luas, selesa pada kak ana yang paling lama berada dalam bilik ni berbanding suami dan Adik Ika yang keluar awal.



SANI Hotel KL



Amenities semua lengkap macam biasa lah semua ada. Aircond single unit tapi sejuk lah untuk satu ruang bilik. Bilik ni berada di aras 7 kalau tak silap, lupa dah. Tak ada tingkap. Ada sebenarnya tapi tak ada view sebab view bangunan hotel ni juga kerana bilik ni di tengah-tengah kedudukannya.


SANI HOtel KL


Setahu kak ana , SANI Hotel ni pemilik nya seorang bekas artis dan hasil rujukan di internet , betul di nyatakan owner SANI Hotel ialah *Dato’ Wan Mohammad Sani bin Salleh merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd, yang juga merupakan pemilik Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd. Sekali lah pemilik syarikat BAS SANI Express tu. 



SANI Hotel KL review


Ruang lobby cantik dan luas. Kebersihan bilik pun kak ana puas hati, Alhamdulillah... Cuma parkir kereta sangat-sangat terhad. Suami tanya pada staff kat mana nak parkir, dan staff turun ke basement dan rezeki kami malam tu dapat satu lot parkir di basement hotel.

Bawah tu memang sikit sangat ruang parkir dalam 10 unit sahaja kalau tak silap. Dan laluan nak masuk dan keluar juga sangat lah sempit. Kena hati-hati. Tapi malam depa tutup lah pagar dan pintu ke parkir juga di kunci. 

Waktu kami nak keluar jam 2 pagi tu, ada staff yang tolong buka kan pagar dan laluan. Jadi pada yang tak dapat ruang parkir di basement, korang kena parkir di luar sekitar bangunan hotel dan berbayar. Kak ana tak pasti per entry tau kiraan macam mana. Ia parkir public sekitar situ. 


SANI Hotel Review


Penginapan kami bertiga adalah di sertakan sarapan pagi di coffee house Dedaun bersebelahan ruang lobi hotel. Cantik cafe ni, cuma sarapan pagi dia agak mengecewakan kak ana. Bukanlah nak kata menu tak banyak ke apa, menu standard hotel biasa yang kita stay juga.

Ada nasi goreng, sosej, telur goreng, roti bakar, mee sup , bubur nasi dan sebagainya. Cuma ia agak kurang rasa pada selera kak ana . Hidangan buah dan mee dah habis pun tidak di refil semula. Erm.. pagi tu ada buah nanas jer yang kak ana nampak di meja buffet. Takkan nak makan nanas pepagi dek non , kan. 




Mungkin ia tidak kena pada selera kak ana, tapi okay jer pada selera penginap yang lain, Waallahu a'lam. Semoga pihak pengurusan boleh perbaiki lagi bahagian F&B depa di masa akan datang kerana kak ana yakin hotel ni selalu full house kerana lokasinya yang strategik dengan WTC yang mana sering di adakan event yang besar-besar. 

Lain-lain semua baik pada kak ana, staff dari receptionist dan F&B semua ramah membantu. Hotel SANI ni sangat sesuai lah untuk yang nak bermalam berdekatan dengan WTC dan untuk shopping dan makan korang boleh jalan kaki sahaja ke Sunway Putra Mall atau ke Chow Kit. 

Kami booking bilik di Agoda dan harga sekitar RM100 sahaja bilik triple ni pada weekdays rate. Murah kan untuk 3 orang. Jadi sangat recormended untuk yang nak mencari hotel berdekatan WTC KL , kan sekarang musim konvo... Semoga bermanfaat, In Syaa Allah... 



*https://www.majalahlabur.com/inspirasi/kenali-pemilik-bas-sani-ekspres-dato-wan-mohammad-sani-salleh/#google_vignette

9 Comments

  1. Parkir xd tu yg leceh.. Tp kedudukn hotel tu mmg strategik

    ReplyDelete
  2. memang artis owner Sani tu orang Terengganu kalau tak silap. ada bas jugak. hebat kan orang melayu ada bisnes besar macam tu.

    ReplyDelete
  3. oh.. tau ada sani express je... rupanya hotel pun ada.. tp kenapa sy x pernah jumpa dlm agoda ek.. murah sgt rate tu seklai breakfast pulak tu

    ReplyDelete
  4. wah terbaik sani hotel harga sewa rendah suasananya mewah

    ReplyDelete
  5. Ya laah kalo cuma nak bilik buat tidur saja, hotel ini dah sesuai. Saya pun kalo pergi dengan teman2, cari hotel yg murah saja, yg penting nyaman, bersih dan dekat kemana2. Tak perlu besar sangat. Beda cerita kalo dengan anak, pasti cari yg lebih nyaman dan ada pool buat mereka 😁

    Tx rekomendasinya kak👍. Bila saya ke KL lagi dengan teman atau suami, bisa lah stay di sini

    ReplyDelete
  6. Gem Globe Jewelry Supply has a fantastic selection of plumbing fixtures and supplies. Always my go-to for quality products!"

    ReplyDelete
  7. bouquet delivery dubai in Dubai offer a convenient and thoughtful way to express emotions and celebrate special occasions.

    ReplyDelete
  8. korean skin care products commitment to traditional Korean beauty wisdom is evident in every product. The results speak for themselves, amplifying my natural beauty in the most delightful way.

    ReplyDelete
  9. Healing Hands Hospitality Spa delivers healing and relaxation right to your hotel door. Our team of experienced therapists brings a combination of skill and compassion, offering hotel room massage designed to unwind both the body and mind. Elevate your stay with a touch of therapeutic luxury.

    ReplyDelete