Suami kak ana nih laa nii rajin sungguh ajak food hunting. Selalunya kami suka pii hari bekerja, lebih selesa dan tak sesak bila ke port makan viral . Bila tonton di tiktok tu banyak lah kan, tempat-tempat makan yang boleh di kunjungi.
Kami suka pilih yang ada kelainan sikit dan selalunya pemilik Muslim serta menyajikan menu makan Melayu. Kadang-kadang kami try gak menu western, hat tu selalunya malam laa kan, baru orang makan western ni.
Lepas hantar Adik Ika ke pejabat di Damansara, kami waze ke Dapor Berasap King Salai di Subang. Tempat makan ni viral juga di tiktok kerana lokasinya bersebelahan landasan kapal terbang, Lapangan Terbang Subang. Sambil makan tu orang share laa boleh laa nampak kapal terbang mendarat dan berlepas.
Kami pun sampai dalam jam 11 am lebih kurang, baru sahaja nak di buka kedai makan Dapor Berasap King Salai nih. Tak ramai lagi orang sampai . Cuma parkir agak terhad sebab kedai ni betul-betul berada di tepi jalan. Ada sedikit ruang parkir di hadapan kedai.
Dapor Berasap King Salai, Lapangan Terbang Subang
Kedai makan ni biasa sahaja , lauk pauk tak banyak kerana depa memang mengetengahkan menu lauk pauk salai sebagai signature dish. Kak ana suka konsep begini, kita tak pening nak pilih lauk pauk yang banyak dan senang nak bajet kerana setiap menu salai dah tertera harga di banner yang tergantung.
Tapi, ada juga lah lauk sampingan selain dari menu gulai lemak salai. Macam hari kak ana maii tuu, ada ikan keli goreng, ikan keli sambal dan ayam. Kiranya boleh lah buat kawan untuk makan dengan gulai salai. Tapi tak banyak masakan, just nice sahaja. Lauk tu banyak laa, cuma menu dia tak banyak, haa faham dak maksud kak ana hehe :)
Okay hat nii laa kaunter lauk-lauk salai. Nanti korang pilih dan staf depa akan ceduk kan buh dalam mangkuk . Dia macam makan kat Ikea juga lah konsepnya. kita ambil nasi, lauk goreng-goreng,kemudian ke kaunter salai, pas tu kaunter ulaman dan sambal.
Sampai kaunter cashier, kita bayar makanan sekali dengan harga untuk segelas air. Uniknya di sini, air boleh refill tau, free flow cuma bayar RM1 sahaja untuk satu gelas plastik tu. Cari tempat duduk dan pii laa ambil air minuman ada 3 balang besar dengan 3 pilihan air dan air kosong. Semua pun free flow.
Waktu kak ana makan tu ada 4 pilihan gulai salai atau depa tulis situ masak lomak salai. Ada ayam salai, daging salai, itik salai dan siput sedut. Siput tu dak salai laa.. Kak ana tak pasti pula sama ada menu ni bertukar atau memang gitu sahaja.
Itu pula senarai harga untuk setiap menu lauk salai atau pun secara set. Senang kan nak bajet ambil lauk untuk makan kalau dah terang-terang buh harga macam nih. Harga pun sangat berpatutan pada harga barang basah yang kian tinggi laa nih.
Ulam-ulaman dan sambal belacan pun ada. Segar-segar ulaman yang di sajikan. Sangat lengkap untuk hidangan makan tengahari, ada lauk goreng, kuah lomak salai, ulam dan sambal belacan. Paduu ..
Tengahari tu ,kak ana ambil nasi putih, ikan keli goreng dan semangkuk siput sedut. Kak ana suka makan siput sedut ni kalau ada di kedai makan sebab kak ana malas sungguh nak masak lauk siput sedut nih walau pun kesukaan suami dan Adik Ika. Renyah nak bersihkannya tu.. huhu :)
Banyak isi semangkuk siput sedut, ikan keli goreng tu kak ana suka, garing dan rangup. Sangat sedap di makan bersama kuah siput sedut dan cicah pula dengan ulam bendi , tempe goreng dan sambal belacan. Masyaa Allah... laju je habis sepinggan nasi. Alhamdulillah...
Suami kak ana, ambil nasi dan semangkuk masak lomak daging salai. Memang sedap aroma salai daging tu. Lembut di kunyah dan kuah lomak nya sesedap rasa, lemak cukup pekat dan tak lah terlalu pedas macam kami makan di negori sembilan dulu.
Just nice dengan selera orang tak tahan pedas macam kak ana nih. Isi daging salai tu di hiris nipis dan kak ana nampak ada rumah salai di hadapan kedai makan ni. Maknanya depa salai di sini lah agaknya kan.
Makan tepi landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Subang
Ya, memang betul kedai ni terletak di sebelah sahaja landasan atau runway kapal terbang untuk Lapangan Terbang SAAS Subang . Airport lama kata orang kan. Cuma kalau tak silap kak ana airport Subang ni untuk penerbangan domestik sahaja, kan.
Sepanjang berada di situ ada juga beberapa buah pesawat yang mendarat yang sempat kak ana lihat. Tak dan nak ambil gambar sangat. Agar jauh landasan mendarat dari pandangan foto nih, tapi kalau di lihat memang jelas la nampak.
Anak-anak suka la kan tengok kapal terbang. Ada juga pesawat ringan yang turun naik kat sini, cuma tak besar dan banyak seperti di KLIA tu. Okay laa, seronok juga bawa anak-anak sambil makan lauk salai di Dapor Berasap King Salai, Lapangan Terbang Subang . Semoga bermanfaat...
9 Comments
Nampak sedap semuanya
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Sedap nya masak lemak dgn ulam ulam tu .. hurm tepi airport subang jer ker.. kalau tau dah lama lepak situ sebelum ke airport subang hihii..
ReplyDeleteNaniey pernah makan kat sini awal tahun hari tu. Ramai orang dan kena que. Kebetulan masa sampai tu nak masuk lunch hour. Masak lemak siput sedut dia banyak dan murah. Cuma tak dapat nak menikmati sangat sebab ramai orang dengan anak kecil. Teringin nak repeat lagi tapi tak tahu la bila. hehe..
ReplyDeletebestnya lauk² kampung cenggini... sy pun suka lauk MSLA yg berasaskan salai ni
ReplyDeletefav juga siput tu memang kalau nak makan beli yang dah siap masak,tak rajin nak potong bontot dia...kedai ni kalau tak silap saya owner dia ex-blogger juga rasanya
ReplyDeletesedapnyaa.....
ReplyDeletebanyak ulam suka2..
SEDAP SEMUA MENU SIPUT SEDUT N ULAM SEGAR
ReplyDeleteAisssh kak, teringinnya nak rasa jugaaa 😁. Masih penasaran dengan rasa lauk salai di Malaysia. Sama tak dengan Indonesia maksudnya.
ReplyDeleteTHN depan saya ada plan nak ke Malaysia lagi, nanti coba lah 🤭❤️
Saya pun suka siput sedut, tapi tak mimpilah nak buat sendiri 🤣🤣. Dah paling betul beli saja 🤭
After much research, I decided to go with car wrap Melbourne to change the color of my car. The team was knowledgeable and assisted me in selecting the perfect shade. The application was seamless, and the car appears to have just left the showroom. Car wrap Melbourne is the best option for anyone looking to update the appearance of their vehicle at a reasonable cost.
ReplyDelete