Adik Kiikaa tiba-tiba bagitau ayahnya, mengidam nak makan ice shaves Mykori. Memang lama sungguh kak ana tak makan di Mykori rasanya. Ye laa Mykori Cafe ni kan Dessert Cafe, kadang-kadang dah makan malam tak terfikir nak keluar cari dessert pula kan.

Bila Adik nak makan, ermm ayahnya laju je bawa kan anak bongsunya nih. Kami ke Mykori Cafe tak jauh dari kediaman di Anggun City, Rawang. Mykori ni lama dah beroperasi di sini. 


mykori anggun rawang


Dah jarang nak ke sini kecuali betul-betul ada cafe yang nak kami kunjungi atau pun ke Mr DIY.  Antaranya ZAS Coffee, Ad Astra dan Noona Steamboat yang mana semuanya milik Muslim. 


Mykori Cafe Anggun Rawang 


Mykori Cafe Anggun Rawang


Masa kami sampai lepas Maghrib macam tu dalam jam 8.30 malam. Parkir pun banyak di bahagian luar cafe ni sahaja. Di sini sekarang parkir dah berbayar cuma RM1.50 kalau tak silap di bayar secara cashless untuk per entry. Murah sesangat la kan. 


Mykori Cafe Anggun Rawang


Malam tu kami memang makan dessert sahaja. Mykori Cafe , dessert depa semua yang sejuk-sejuk. Suami kak ana ambil 1 Scoops Ice Cream Buttermilk Waffle . Korang boleh pilih aiskrim flavour yang korang nak. Macam ni, suami pilih chocolate ice cream.

Harga untuk 1 Scoop Ice Cream Buttermilk Waffle ni adalah RM12.00 dan saiz waflle tu besar dan cukup untuk seorang makan. Scoop ice cream dia pun large laa bukan hat kecil tu. Memang sedap lah kan makan waffle panas garing bersama aiskrim coklat yang sejuk. 



1 Scoops Ice Cream Buttermilk Waffle


Hat ni la Adik Kiikaa nak sangat makan tu, favourite dia Ice Shaves , Mount Mauve Kakigori . Ice Shaves atau Kakigori ni di hidangkan bersama mix berry ice , strawberries , blueberries . raspberries dan creme chantilly kuriaro rose powder . 

Hat tu kak ana copy paste dari laman web depa naah.. sebab tu details sangat huhu :) Ada dua saiz untuk korang pilih sama ada Large : RM25 atau Mini : RM17 . Adik ambil hat mini tu pun dah cukup sebab sangat sejuk untuk di habiskan .  Memang sedap lah masam manis dari rasa berries dan lemak manis dari topping dan ice shaves tu. 


Mount Mauve Kakigori


Dan kak ana pilih untuk makan Classic Shibuya Honey Toast . Lebih kurang menu yang ada di Secret Recipe Shinjuku Bake tu jer. Cuma di Mykori ni Shibuya Toast nama dia dan menggunakan roti toasted sebagai base bersama 2 scoop ice cream pilihan dan juga souce topping pilihan. 

Kak ana tak ingat apa flavour ice cream yang kami pilih malam tu tapi salah tu tu ice cream mints. Memang sedap gabungan rasa panas dan sejuk di makan bersama. Harga untuk menu ini adalah RM16.50


Classic Shibuya Honey Toast


Sekali sekala memang seronok makan pencuci mulut sejuk bersama kawan-kawan atau family. Kalau makan di Mykori , kami akan ambil air penapis air yang di sediakan secara percuma di sini dan free flow . 

Ye laa kan, semua menu dah manis-manis , kena lah minum air kosong sahaja. Di Rawang ni ada 2 outlet Mykori Cafe , satu di sini lah di Anggun Rawang dan satu lagi di The Reef berdekatan dengan Lotus Rawang sana. 

Mykori Cafe Halal ? 


Mengenai status Halal Mykori , kak ana sertakan kenyataan dari laman web :  Mykori Holdings Sdn Bhd telah diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan ini memastikan kami mematuhi piawaian dan peraturan Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.

Korang boleh rujuk di https://mykori.my/halal-mykori/ . Semoga bermanfaat , In Syaa Allah... 


1 Comments