Kak ana bawa Adik Ika ke Balai Seni Lukis Negara atau Art Galery selepas selesai sessi bergambar outdoor untuk konvokesyen nya bulan lepas di Taman Tasik Titiwangsa. Dua lokasi ni memang cantik dan esthetic sangat untuk bergambar pre konvo atau saja-saja nak ber ootd.

Kalau Taman Tasik Titiwangsa lawa dengan latar belakang kehijauan tasik dan di banjaran bangunan pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur, di dalam Balai Seni Lukis negara pula sangat cool dan tenang untuk bergambar indoor dengan latar belakang lighting dan galeri yang sangat sangat esthetic.


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery 


Lokasi Balai Seni Lukis Negara ni bersebelahan sahaja dengan Istana Budaya , di sebelah hadapan sahaja dengan Taman Tasik Titiwangsa, KL . Tiada bayaran masuk di kenakan tetapi korang cuma perlu scan dan register sebagai pelawat. 

Mai ramai-ramai tapi seorang sahaja yang perlu daftar. Untuk rujukan depa laa kan, bilangan pelawat yang datang pada hari-hari . Sampai sahaja di ruang lobi utama korang boleh lah mula kan pengembaraan .


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Di dalam Balai Seni Lukis Negara ni terdapat beberapa galery mengikut tema pameran tetap dan ada juga bermusim. Memang puas lah bergambar di setiap sudut dengan nilai esthetic dan seni yang tersendiri. Pepandai laa ampa cari angle yang cun untuk bergambar. 


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Kak ana rasa lah kan, ramai yang datang ke sini adalah untuk bergambar dari melihat hasil seni yang di pamerkan, termasuk lah kami huhu :) . Kak ana bukan faham sangat apa yang ingin di sampai kan dalam arca dan lukisan yang di pamerkan di sini, walaupun ada sahaja penerangan di berikan di setiap sudut pameran. 



Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Tak apa lah, bukan salah pun ye dak. Tak semua kita ni di kurniakan dengan jiwa seni yang halus untuk menghayati lukisan dan arca di sini. Cukup sekadar kita menghargai betapa halusnya jiwa dan bakat seni yang ada pada penggiat seni lukisan dan arca ni memberikan persembahan di ruang pameran. Sangat kreeatif dan ilustrasi yang dalam. 





Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Selain daripada seni lukisan , arca dan pameran seni 3D di sini juga ada pameran seni secara visual. Korang kena terokainya hingga ke tingkat atas sekali melalui laluan jalan berpusing di bahagian tengah balai. 



Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Pandai-pandai lah guna kan lighting yang ada dalam dewan ni dengan filter camera korang untuk dapatkan hasil photografi yang esthetic kerana di dalam ni kebanyakannya adalah suram dan gelap. Seram pun ada juga kalau sengsorang, tapi biasanya hujung minggu memang ramai je orang datang. 



Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Balai Seni Lukis Negara @ Art Galery


Tak banyak yang dapat kak ana ceritakan mengenai Balai Seni Lukis Negara atau Art Galery Kuala Lumpur ni sebab ia merupakan sebuah galeri pameran seni. Korang yang suka pada seni atau bercadang nak cari port bergambar instagramable di Kuala Lumpur, boleh la ke sini bersama kawan-kawan. 

Waze jer naa senang sangat untuk datang dan parkir adalah percuma di sekitar kawasan galeri. Kalau nak naik MRT pun paling dekat untuk ke sini ialah stesen MRT Hospital Kuala Lumpur. Semoga bermanfaat. 


3 Comments