Bila kak ana beli ikan bawal mas nih, teringat kat kak long masa dia dalam pantang. Inilah lauk pertama dia makan kak ana sediakan bawa ke Hospital Cyberjaya selepas bersalin. Lapar sungguh dia masa tu, bergegas pagi-pagi ke kedai Acheh beli seekor ikan bawal mas, kukus dengn halia, bawang putih dan lada hitam sahaja untuknya. 

Alhamdulillah... dah empat bulan dah Baby H sekarang sihat membesar. Kali ni kak ana masak sekali lagi ikan bawal mas kukus, cuma kali ni resepi kukus ala Thai , sebab dah tak ada orang dalam pantang nak makan. 

Memang sedap kukus ala Thai ni, ada rasa masam masam manis . Kak ana memang suka dari kukus biasa. Sos ala Thai tu kita tuang kemudian jadi tak lah rasa kukus sangat. Kak ana pernah try buat ikut resepi Khairul Aming dan kali ni kak ana ikut style dan resepi Che Nom pula. Dua-dua pun sedap. 


Resepi ikan bawal mas kukus ala Thai


Resepi ikan bawal mas kukus ala Thai 

Jom lah kak ana kongsikan resepi ikan bawal mas kukus ala Thai inspirasi dari Che Nom dan kak ana olah semula ikut bahan yang ada dalam peti sejuk di rumah. 

Bahan-bahan untuk ikan bawal mas kukus ala Thai : 

1 ekor bawal mas

1 batang serai

1 inci halia

Kiub pati ayam 

5 ulas bawang putih - cincang halus

perahan jus dari  limau nipis

1 sudu besar gula merah ( brown sugar ) 

6-7 biji cili padi ikut kepedasan masing-masing - hiris halus

hirisan daun ketumbar - kak ana gunakan daun bawang sahaja sebab tak ada daun ketumbar

1-2 sudu besar sos ikan


Kukus ikan bawal mas 

1. Bersihkan ikan bawal mas dan  kelar .

2, Titik serai , hiris halia nipis-nipis dan masukkan ke dalam perut ikan.

3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.

Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.

Cara-cara untuk buat sos kukus ala Thai :

1. Panaskan air di dalam periuk.

2. Masukkan kiub ayam, Kak ana guna separuh sahaja. Masak sehingga mendidih dan tutup api.

3. Masukkan bawang putih yang dicincang halus, jus limau nipis, gula merah, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar atau daun bawang dan sos ikan. Kacau sebati. 

4. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Siap dan mudah untuk hidangan panas-panas di makan bersama nasi. Kak ana lebih suka makan ikan bawal mas dari ikan bawal hitam kerana isi nya lembut dan ada lelemak pada bahagian perut yang lemak manis rasanya. Selamat mencuba naa :) 

3 Comments

  1. Bawal mas memang sedap dikukus gini kan Kak Ana, sy pun suka. Kulit dia tu tebal jadi isinya tak lembik sangat bila dikukus pun. Sedappp

    ReplyDelete
  2. wah sedap tu menambah selera n memberi tenaga ibu beranak kecil

    ReplyDelete
  3. Sedapnya .... Dulu masa wife berpantang kita masak lauk pantang makan sekali dgn wife hihii

    ReplyDelete