Beberapa kali kami lalu lalang di Behrang, nampak dah sign board Nasi Bamboo Sungai Klah di deretan kedai. Nii mesti cawangan baharu ni kan. Best juga kalau dah buka nanti, sebab kalau hat yang original di Sungkai tu memang sentiasa penuh dan ramai pelanggan.

Akhirnya waktu kami balik majlis kenduri aqiqah baby Harraz, bulan November 2023 lepas, dalam perjalanan balik semula ke KL, kak ana sempat singgah makan tengahari kat sini. Nasi Bamboo Sungai Klah di Behrang Stesen. 


Nasi Bamboo Sungai Klah cawangan baru di Behrang Stesen


Nasi Bamboo Sungai Klah  di Behrang Stesen 


Kat sini parkir agak terhad juga kerana ia berada di deretan kedai. Nampak je dari jalan utama Tanjung Malim ke Sungkai tu, kalau dari KL kiranya belah kanan. Kalau tak silap kak ana depa ambil 3 atau 4 lot kedai dan ia agak luas juga ruang makan yang di sediakan. 


Nasi Bamboo Sungai Klah cawangan baru di Behrang Stesen


Kalau nak di banding kan dengan Nasi Bamboo Sungai Klah di Sungkai , pada kak ana vibe dia berbeza lah. Kat sana lagi syok . Menu yang di sediakan pun di Sungkai lebih meriah dan banyak pilihan serta kaunter.

Mungkin sebab kat sini baharu di buka jadi tak banyak sangat menu yang ada di kaunter. Kekdahnya masih sama, ambil dulang isi lauk dan nasi bayar di kaunter dan bawa ke meja makan. 



Nasi Bamboo Sungai Klah cawangan baru di Behrang Stesen


Menu bakar-bakar masih sama seperti yang di Sungkai. Kak ana pilih ayam bakar bunian dan ikan gerut bakar. Ikan gerut bakar tu pertama kali kami makan di Ikan Bakar Semporna Sabah di Puchong beberapa tahun lepas. 



Nasi Bamboo Sungai Klah cawangan baru di Behrang Stesen


Ayam bakar bunian tu sedap lah dengan perapan dan di bakar lembut isi dalamannya. Ikan gerut bakar tu harga nya RM29 waktu kami makan, saiz agak besar tapi ikan ni keras sisik . Isi pun tak banyak agak nipis pada kulitnya. Tapi rasa sedap dan segar.

Kami cicah dengan air asam kicap dan sambal tempoyak. Suami ambil ulam jantung pisang celur sebagai ulaman. 



Nasi Bamboo Sungai Klah cawangan baru di Behrang Stesen


Nasi bamboo masih sama seperti di Sungkai. Aroma daun yang di kukus dalam buluh cukup menarik selera untuk di nikmati. Harga kak ana tak ingat pula tapi rasa sama jer tak ada kenaikan harga. 



Nasi Bamboo Sungai Klah cawangan baru di Behrang Stesen


Cuma tuu laa, tak banyak pilihan lauk sampingan tengahari tu. Sayur pun tak banyak dan kak ana ambil sup petola dan suhun untuk di jadikan kuah basah nasi makan tengahari tu. Semua pun sedap dan kena pada selera kami bertiga, Alhamdulillah.. 

Total makan bertiga untuk ayam bakar bunian, ikan gerut bakar, 3 bekas nasi bamboo , sayur petola sup dan air minuman teh ais , ais laici dan air suam lebih kurang RM60 . Syukur atas segala rezeki yang di kurniakanNya. 

Kalau korang terlepas peluang nak makan nasi bamboo di Sungkai, boleh lah try yang cawangan baharu di Behrang Stesen ni pula. Tapi tuu laa macam kak ana cakap vibe dia tak sama.. kat Sungkai lagi syok :) 



6 Comments

  1. Insyaallah kalau ke belah2 sana, bolehlah cuba kalau teringat :)

    ReplyDelete
  2. wah, nasi bamboo betul2 dalam bamboo lah :D

    ReplyDelete
  3. Linda banyak kali nk cuba...tp tak tersinggah pun yang dekat sungkai tu, sebab kena turun dr hgway kan...mlas betul nk menyinggah2...hahaha

    ReplyDelete
  4. nanti ada rezeki pergi area sana teringin juga nak cuba..

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang suasana pun mainkan peranan kan bila makan

    ReplyDelete