Hari tu duk jalan-jalan dengan Adik waktu tunggu ayahnya habiskan kerja sedikit di pejabat, kami lepak sat di Sunway Putra Mall. Selepas ronda-ronda kejap masuk Daiso beli barang dekor dapur kak ana, kak ana bagitau Adik Ika nak makan dessert sejuk-sejuk pula rasanya. 


Perfect Ice, Sunway Putra Mall


Kami turun ke aras LG Sunway Putra Mall dan ternampak lah kiosk Perfect Ice. Ia merupakan satu lagi kiosk Korean Desserts lebih kurang sama menu macam Mykori juga. Macam biasa lah sebelum nak try kak ana akan research sedikit mengenai halal menu sebelum di kongsikan dengan pembaca blog khasnya. 

Merujuk kepada satu pernyataan di FB Perfect Ice Malaysia, di nyatakan bahawa mereka menggunakan bahan dari pembekal Halal certified di Malaysia. Alhamdulillah ada pernyataan yang tidak lah meragukan. 

Lagipun kak ana dan Adik memilih untuk makan pencuci mulut dan signature utama Perfect Ice ada lah milk shake , menu yang berasaskan susu . Di situ tidak ada keraguan untuk menikmati hidangan dessert di sini, In Syaa Allah.. 


Perfect Ice, Sunway Putra Mall 


Kami berdua order Bingsu dan Korean Yogurt . Sama seperti kebanyakan Korean Desserts yang lain, kita boleh memilih set menu dengan pilihan topping menggikut harga. Kita juga boleh pilih sos, buahan atau crunchies. 

Ada pelbagai pilihan minuman panas dan sejuk serta croffle , Korean Streets Bites dan sebagainya. Peminat makanan Korea pii laa try naa.. 


Perfect Ice, Sunway Putra Mall


Kak ana dengan Adik Ika makan Bingsu Chocolate Cookies dengan Korean Yogurt . Harga dalam belasan ringgit macam tu je. Korean Yogurt tu kami ambil base sahaja tak buh topping pun. Memang nak makan ice cream Yogurt buat basah basah mulut sejuk-sejuk gituew. Kalau base sahaja ni murah bawah RM10 kalau tak silap kak ana. 




Perfect Ice Sunway Putra Mall

Padanan bingsu chocolate dengan cookies tu sangat lah sedap. Cuma cookies tu dia bagi sekeping saiz Large. Susah sikit nak hancurkan dalam bingsu tapi cookies tu pun dah sedap di makan. Shave ice coklat tu, heaven sangat rasa premium dark chocolate . Kak ana suka sangat dan boleh lah repeat lain kali, In Syaa Allah.

Jadi selain Mykori , kita juga boleh makan Korean Desserts di Perfect Ice ni. Harga pun masih berpatutan dan sedap pada selera kak ana dan Adik Ika . Perfect Ice ni ada banyak juga outlet di beberapa mall utama sekitar KL dan Selangor atau mungkin seluruh negara kak ana tak pasti.. 

8 Comments

  1. WOW! Nampak menyelerakan tu. nanti bolehla cuba

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh nampak aiskrim tu.. dah terasa sejuk je tekak2..

    ReplyDelete
  3. ini kalau ada di Kuantan ni mau DakPia duk ulang2 ajak datang sini..

    ReplyDelete
  4. Dah lama saya tak pekena Perfect Ice ni hehe

    ReplyDelete
  5. yang manis-manis ni saya sukaaaa sangat haha

    ReplyDelete
  6. Menarik untuk masuk dalam list ni..
    Dah lama tak ke Sunway Putra Mall...

    ReplyDelete
  7. gambar no 2 tu sekali pandang ingatkan bihun. haha. nampak nau mengantuk. tak pernah try lagi ni

    ReplyDelete