Kak ana nak coretkan kisah ni buat kenang-kenangan, buat pertama kali kak ana lepas kan Adik Ika out station seberang Laut China Selatan sejak di mula bekerja dah hampir setahun nih, Alhamdulillah... Sebenarnya Adik mula out station pada hari kedua dia di rezekikan bekerja lagi. Pertama kali dia dan rakan sekerja nya ke Seremban, tapi masa tu balik hari sahaja.

Kemudian dalam bulan pertama tu dia di arahkan ke Sungai Petani, Kedah selama 4 hari 3 malam bersama team sekerjanya. Adik bekerja di dalam bidang pengajian kejuruteraan elektrik nya, namun lebih kepada bidang agrotech. 

Ini membuatkannya banyak bertugas di kawasan luar bandar. Sebagai ibu dan ayahnya, kak ana sentiasa beserah dan mengiringinya dengan doa sepanjang masa dia berjauhan dari kami. Lagipun semakin hari, kami semakin mengenali rakan sekerjanya dan selalunya mereka bergerak dalam team lelaki dan perempuan yang ramai. 



Awal bulan Disember 2023 yang lepas, kali pertama Adik dan 2 rakan sekerjanya di tugaskan ke Kota Kinabalu, Sabah. Erm... rezekinya lah untuk jejak kaki ke negeri di bawah bayu ni, dan ketiga-tiga team kali ni adalah perempuan. 

Mujur juga salah seorang rakan depa tu merupakan bekas graduan UMS , jadi dia agak biasa lah berada di Kota Kinabalu.  Penerbangan mereka adalah pada jam 6 pagi dan kami menghantarnya ke KLIA2 seawal jam 3 pagi untuk check in barang dan peralatan kejuruteraan terlebih awal. Inilah sebab nya entri kak ana bermalam di Hotel Sani, KL yang lalu. 


Ole-ole dari Sabah 


KLIA2 parkir


Adik berada di Sabah selama 4 hari 3 malam. hari pertama dan kedua berada di Kota Kinabalu dan hari ketiga mereka bermalam pula di Kundasang , Sabah. Adik selamat mendarat di KLIA2 pada jam 11 malam dan kami menjemputnya di KLIA2 . Ini lah antara ole-ole yang Adik bawa balik dari Sabah untuk kak ana dan Kak Long. 



ole ole dari sabah


Adik bawa balik 2 pek emping blinjo atau kerepek buah belinjo. Dua jenis yang manis dan pedas. Memang sedap makan, ada rasa pahit-pahit belinjo dan adunan rasa sambal sira pedas manis serta satu lagi versi masin. 

Adik juga belikan ibu nya bilis mata biru Sabah 500g. Tak ingat dah berapa harganya tapi belasan ringgit juga kalau tak silap. Kak ana dah masak dan makan, sedap dan bersih sangat rasa ikan bilis Sabah nih. Memang segar walaupun saiz halus-halus sahaja. Tiap kali nak masak kak ana cuma buang perut cubit gitu jer sebab sangat halus. 

Dia juga belikan sebungkus teh Sabah. Hat ni memang kena scam juga lah harganya di pasar Kota Kinabalu tu, sebab dia beli RM6 sebungkus. Teh Sabah ni ada di jual di Speedmart dan harganya cuma RM2 lebih sahaja untuk pek yang sama. 

Tak apa lah kan, mana lah Adik tahu sangat sebab bukan dia yang beli groceries kat pasaraya hehe :) Paling tidak dia belikan ole-ole dari sana. Memang selalu macam tu pun, di tempat asal khasnya kawasan pelancongan ni harga produknya lebih mahal dari pasaraya atau online. 




ole-ole dari Sabah

Adik ada juga belikan ibunya serbok kopi Tenom, Sabah sepaket. Serius kopi ni sangat sedap pada citarasa kak ana penggemar kopi o. 

Dan yang kak ana pesan dengannya adalah pin tudung panjang tu. Susah nak dapat di Semenanjung ni, pertama kali kak ana pakai pun pemberian jiran, Ida dan Man,  yang juga beli dari Sabah. Memang kak ana suka pin tudung ni sebab ia panjang dan mudah untuk di lekatkan pada bahu atau bahagian tengah, pemakaian tudung bawal.

Banyak Adik beli, 6 pasang kesemuanya. Nak beri pada Kak Long juga. Cuma kali ni dia tak dapat nak belikan mainan patong orang utan atau moo di Kundasang kerana sangat mahal harganya di sana. Tak kisahlah, apapun... kak ana bersyukur sangat atas segala rezeki yang di limpah kurniakanNya kepada Adik selama setahun pengalaman kerjayanya setakad ini.

Semoga tahun baharu ni, di permudahkanNya segala urusan kerja Adik Ika dan diberikan keselamatan dan di dalam perlindungan Allah swt setiap masa, Aamiin... 

5 Comments

  1. Selalu dengar akan kesedapan kopi Tenom. Tak pernah cuba. Alhamdulillah, anaknya bawa ole-ole dari Sabah, ye kak.

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat pengalaman bekerja macam nie kan Ana, semoga Adik Ika sentiasa dalam jagaan Allah.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  3. For me ada byak juga yg scam pelancong terutama yg bukan org sabah (khasnya di Pasar Filipin tu) ... Sbb kebanyakkan yg menjual pun bukan org Sabah.. Sy sendiri sbagai org Sabah kdg malu dgn sikap2 peniaga yang mcm nie... Apapun byak juga ole-ole yg dibeli.. kopi tenom antara fav sy...

    ReplyDelete
  4. busyra penah minum kopi tenom, memang sedap rasanya. dulu abg ipar mmg kerja di sabah. selalu bawak balik..

    ReplyDelete