Pertama kali kak ana makan ni masa kami lunch di Restoran Mohd Chan. Memang sedap sangat ada rasa rempah dan kicap manis. Bila ada ayam di rumah, kak ana try la buat sendiri dengan berpandukan resepi youtubers hebat Che Nom. 

Alhamdulillah sedap juga kejadiannya. Jadi hari ni kak ana share semula di sini, untuk rujukan kak ana di masa hadapan kalau nak try masak sekali lagi, In syaa Allah... Jom tengok resepi ayam masak kam heong yang kak ana olah sedikit mengikut bahan yang ada di rumah. 


Resepi ayam masak kam heong


Resepi ayam masak kam heong 


Kak ana mula kan proses masak kam heong ni dengan perap dan goreng ayam terlebih dahulu. Bahan-bahan yang di gunakan ialah : 

Bahan-bahan untuk perapan ayam:
1/2 ekor ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
secubit garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung jagung



Resepi ayam masak kam heong



1. Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap manis, sedikit garam & serbuk lada sulah.

2. Gaul sekata.

3. Masukkan tepung jagung.

4. Perapkan selama 15-30 minit.

5. Panaskan kuali. Gorengkan daun kari sekejap dan angkat (untuk hiasan).

6. Goreng ayam sampai garing kekunigan. Kemudian boleh la angkat.


Resepi ayam masak kam heong


Kemudian kita masakkan pula kuah kam heong dan bahan-bahan yang di gunakannya. 

Bahan-bahan untuk kuah:

1 1/2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair
1/2 -1 sudu kecil gula
sedikit air
minyak masak untuk menumis
2-3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 tangkai daun kari
1/2 biji bawang holland
6-7 biji cili padi
sedikit air

Cara-cara untuk masak kuah kam heong 

1. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih.

2. Potong dadu bawang holland/ bawang besar.

3. Hiris nipis cili padi.

4. Tumbuk serai .

5. Bancuh serbuk kari, sos tiram, kicap pekat manis, kicap cair (optional), gula perang/gula putih, dan sedikit air.

6. Keluarkan minyak sikit dari kuali gorengan ayam tadi.

7. Panaskan minyak. Masukkan bawang yang telah dicincang, batang serai, daun kari, bawang holland dan cili padi.

8. Goreng sekejap sehingga semua bahan lembut.

9. Kemudian masukkan sos yang dibancuh tadi. Masak sehingga kuah pekat dan masak sebati.

10. Tambah air sikit dan reneh sehingga masak rempah kari.

11. Bila dah pekat, masukkan ayam goreng. Kalau nak lebih berkuah, tambahkan air. Masak sehingga ayam empuk dan menyerap semua kuah dengan sekata.

Selesai dah masak resepi Che Nom yang kak ana olah sedikit dengan bahan kak ana di rumah. Memang sedap makan ayam masak kam heong bersama telur dadar dah cukup. Selamat mencuba naa.. 

Dan ini merupakan entri pertama kak ana di tahun baharu 2024. Selamat menyambut tahun baru dan semoga kita di kalangan umat yang banyak bermandaat sesama insan, aamiin... 

7 Comments

  1. Saya suka sangat masakan ayam kam heong ni.

    ReplyDelete
  2. Linda x pnh try lagi...x taw anak2 suka ke tak... Skang nie, msak ikot tekak anak2... Hahaha

    ReplyDelete
  3. Kam Heong mmg sedap..first time try ialah udang kam heong .. Thanks for the resepi.. :D

    ReplyDelete
  4. tk pernh try lg masak menu kamheong..bole cuba nanti

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru Ana. Sedap n simple masakan ayam ni. Blh cuba nanti.

    ReplyDelete