Kak ana kan, memang kurang minat sangat nak makan ikan cencaru ni, kiranya bukan lah ikan favourite kak ana. Sebabnya dulu masa dalam pantang, inilah ikan yang arwah mak kak ana masakkan dan bagi makan sebahagian tempoh berpantang hehe :) 


Zaman dulu, memang kuat dalam bab berpantang ni. Ayam pun ayam kampung jer arwah mak bagi makan. Masa tu kak ana berpantang pun di kampung, yang jaga pun arwah opah yang merupakan bidan kampung dan arwah mak.

Tapi laa nih, waktu kak long dalam pantang, kak ana jaga dia , kak ana tak straight sangat bab lauk pantang melainkan ia boleh mendatang kan alahan atau angin, selebihnya kak ana beri sahaja dia makan. Sekarang mudah bila kita boleh rujuk di laman web atau blog pakar perubatan atau pun ahli pemakanan, kan. 



Resepi ikan cencaru sumbat kelapa


Resepi ikan cencaru sumbat kelapa 


Panjang nau mukadimah kak ana yer, jom lah kita masuk ke bab resepi ikan cencaru sumbat kelapa . Di rumah nih, suami kak ana lah peminat ikan cencaru. Tapi kak ana jarang nak masakkan berkuah , selalunya kak ana goreng masak sambal tak pun bakar. 

Kalau buat cencaru sumbat, ada dua versi yang kak ana selalunya buat sama ada sumbat sambal atau pun macam hat ni laah.. ikan cencaru sumbat kelapa. Resepi ni nak kata bakar pun tidak sebab kak ana hanya panggang atas frying pan dengan sedikit minyak sahaja. Jom kak ana kongsikannya dengan ampa semua.. 




Resepi ikan cencaru sumbat kelapa


Bahan-bahan ikan cencaru sumbat kelapa


Ikan cencaru - belah belakang kedua-dua belah
Serbuk kunyit & garam - untuk lumurkan pada ikan cencaru
Kelapa parut
Cili blend
Bawang merah
Bawang putih 
Serai
Daun kunyit atau daun pisang untuk balutan - jika ada kalau tak ada pun tak pe
Minyak masak

Kesemua bahan ikut pada kuantiti ikan cencaru yang nak di masak, adjust laa naa.. 


Cara masak ikan cencaru sumbat kelapa : 


1. Lumur ikan cencaru yang dah di belah belakang dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Ketepikan dahulu kerana kita perlu masakkan bahan kelapa sumbat .

2. Blend atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. 

3. Hiris halus serai. 

3. Tumiskan bawang blend dalam minyak panas, masukkan cili blend hingga pecah minyak.

4. Masukkan hirisan serai dan gaul sebati. Masukkan serbuk kunyit sedikit . 

5. Masukkan kelapa parut ke dalam bahan tumisan dan gaul sebati secukupnya, rasakan dengan sedikit garam. Matikan api, sejukkan seketika.

6. Ambil ikan cencaru yang dah di lumur kunyit dan garam, sumbatkan serunding kelapa tadi ke bahagian belahan ikan.

7. Balut pula luar ikan dengan daun kunyit atau daun pisang supaya isi sumbat tak terkeluar bila di panggang atau goreng nanti. 

8. Letakkan sedikit minyak untuk basahkan ikan sahaja lebih kurang dalam kuali leper. 

9. Letakkan ikan cencaru yang dah di sumbat dan terbalik-terbalikkan sehingga isi ikan masak. 




Resepi ikan cencaru sumbat kelapa


Lupa nak bagitau , tak perlu buang kulit tebal ikan cencaru. Biarkan sahaja dengan kulitnya. Bila dah masak, siaplah menu makan tengahari kak ana sekeluarga hari tu. Ada ikan cencaru sumbat kelapa, masak lemak bayam kampung dan ulam salad serta sambal tempoyak.

Memang sejak meningkat usia ni, kak ana lebih selera makan menu kampung . Dah memang begitu fitrah hidup kita ni agaknya. Tapi kak ana suka juga mencuba menu-menu moden, sedap juga kan sesekali tukar selera. 

Sentiasa mensyukuri setiap suapan yang Allah swt berikan nikmat selera pada kita walau apapun menunya. Tak perlu banyak mengeluh , hadapi hari demi hari kehidupan ini dengan tenang dan mencari keredhaanNya jua.. In syaa Allah... Semoga bermanfaat.. 

4 Comments

  1. saya pula dah jadi fav ikan cencaru ni kak ana..ingat zaman kecik dulu kalau sahur bulan puasa mak memang umpan dengan ikan cencaru sumbat sambal nak suruh anak2 bangun sahur...

    ReplyDelete
  2. Sy suka ikan cencaru tapi yg sederhana besar la. Kalau yg kecik tu sy tak suka sbb kulit jer tebal isinya sikit tak puas makan. Sy dulu berpantang, macam ni la.. yg angin² aje tak amkan. Ayam masak akri ke, kurma ke, semua sy makan, Kak Ana.

    ReplyDelete
  3. ammi pulak..ini antara ikan faveret ammi. masa kat hostel dulu bila dorang sajikan ikan cencaru punyalah ammi happy tak kengkawan lain murung. ammi stress bila dorang hidangkan daging sbb dulu tak suka sgt makan daging

    ReplyDelete
  4. Kena elok gu cencaru + tempoyak tu...suka juga mkn ikan bakar tu sumbat tempoyak...alahaiii teringinnn ni nak kena buat ke

    ReplyDelete