Tempe ni kesukaan Adik Ika .  Tapi jenis yang bergoreng lah, kalau buat menu masak berkuah macam masak lemak atau kuah lodeh, dia tak suka. Tapi kalau di goreng dahulu, kemudian buat lah sambal jawa ke, sambal pedas ke atau goreng begitu sahaja, cicah sambal kicap pun dia suka dah.

Ini kali pertama kak ana buat sambal garing tempe dan menjadi kekal garing tempe dan juga ikan bilis. Menu ni sebelum ni kalau kak ana masak dia tak kekalkan kegaringan ikan bilis dan juga tempe tu, ia jadi lembut dan tak berapa syok nak makan. 

Kak ana dapat petua nak kekal kan ikan bilis garing bila di jadikan sambal ni kak ana dapatkannya di internet lama dah. Baru kali ni nak try pula dan Alhamdulillah menjadi, apa lagi, excited kak ana nak berkongsi kan tips ni dengan korang semua. 



Resepi sambal garing tempe dan ikan bilis


Resepi sambal garing tempe dan ikan bilis


Masakan ni pun kak ana buat sebab ada lebihan 2 keping tempe semalam. Semalam dah goreng biasa sebab kak ana cadang nak masak ayam penyet. Jadi ada lebih 2 keping lagi, terfikir nak buat sambal garing dengan ikan bilis. Resepi ni olahan rasa kak ana sendiri, dan sedap lah pada selera kami sekeluarga. 

Bahan-bahan sambal garing tempe dan ikan bilis 


2 keping tempe 
segenggam ikan bilis - kak ana gunakan ikan bilis halus 
2 sudu cili giling
2 biji bawang besar 
4 biji bawang putih 
2 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam 
Minyak untuk menumis


Cara masak sambal garing tempe dan ikan bilis 

1. Hiris tempe biar tebal sedikit, lumur dengan garam dan goreng hingga agak garing.

2. Goreng kan pula ikan bilis hingga garing dan ketepikan kedua bahan  goreng ini.

3. Blend bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis kan bawang.

4. Masukkan cili giling , hat nih ikut kepedasan masing-masing naa..

5. Bila dah cukup masak atau pecah minyak sambal, masukkan sedikit air asam jawa dan sos cili tetapi jangan sampai berkuah, sekadar basahkan tumisan sahaja.

6. Rasa kan dengan garam dan gula secukupnya, bila dan cukup masak, matikan api dan biar sejuk dalam kuali.

7. Inilah tips untuk ikan bilis kekal garing dalam masakan sambal, pasti kan sambal dah sejuk dahulu baharulah gaul rata bersama ikan bilis dan tempe yang dah di goreng tadi.


Ia seolah macam sira sambal sahaja pada ikan bilis dan tempe. In syaa Allah sambal tempe dan ikan bilis kekal garing. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat.. 



5 Comments

  1. sedapnya kak ana. Cie suka sambal tempe. Anak2 pulak suka tempe goreng celop tepung bestari.

    ReplyDelete
  2. Makanan ni pair dengan sayur lemak putih. Bertambah nasi.

    ReplyDelete
  3. ammi pun, kalau tempe tak kisah lauk apa asalkan bergoreng. kalau lembik gitu hmmm

    ReplyDelete
  4. Kegemaran kami sekeluarga juga sambal tempe bilis ni. Anak-anak kalau nak balik ke kolej mesti dibekalkan untuk makan dengan nasi..

    ReplyDelete