Restoran Paradise Reyan , Aeon Big Wangsa Maju untuk sajian timur tengah
Nasi Arab antara menu kegermaran kak ana sekeluarga. Tapi tak pernah hayat lagilah kak ana cuba masak sendiri di rumah. Kalau kami teriingin nak makan , kami akan makan di restoran makanan Arab di luar.
Selalunya, kami lebih suka makan di restoran original orang Arab untuk makan nasi Arab. Bukan apa, lain sangat rasanya masakan nasi Arab ni bila di masak oleh tukang masak dari negara Asal dengan yang pernah kak ana makan dari masakan warga tempatan.
Bukan lah kata orang tempatan masak tak sedap, sedap je cuma bila di makan di restoran Timur Tengah ni ada kelainan rasa yang berbeza. Mungkin rempah ratus depa agaknya atau pun teknik masakan. Ye la kan, dah menu makanan depa.
Lain kaum atau lain budaya masakan pasti lain cara masakan dan resepi depa. Macam masakan Thai original sangat berbeza dengan yang kebanyakan kita makan di kedai tomyam, walau nama menu tu sama, betul tak ?
Restoran Paradise Reyan , Aeon Big Wangsa Maju
Kebetulan kak ana dan suami ada urusan di KL baru-baru ni dan kami berada waktu makan tengahari di Aeon Big, Wangsa Maju. Ada banyak restoran di sini dan suami nak try menu nasi Arab kat Restoran Paradise Reyan.
Nampak menarik juga dari pandangan luar restoran ni. Kami belek dulu menu yang ada di luar pintu masuk restoran, dan nampak okay, boleh masuk untuk dine in tengahari tu .
Kat sini , staff akan datang ke meja bawa menu dan kita order di meja sahaja. Kak ana dan suami ambil set family untuk 2 orang iaitu 2 pax chicken mansaf. Macam selalu dalam set menu nasi arab, depa akan bagi 2 jenis nasi mandy rice dan kabsa rice.
Sebab set ni ayam diberikan 2 potongan ayam quarter bersama sup dan sos salsa. Di hidangkan dalam talam tapi depa bagi jer 2 pinggan untuk kami ceduk dan makan. Cukup banyak portion nasi yang diberi, boleh makan bertiga. Alhamdulillah..
Kami order juga lamb soup, ataupun sup kambing semangkuk kecil . Masyaa Allah.. kesemua menu makan tengahari kami sedap secukup rasa semuanya dan sangat mengenyangkan.
Untuk minuman kak ana minum teh ice lemon dan teh arab panas ni pula untuk suami. Sedap teh ni mana nak cari agaknya sebab kak ana memang peminat aneka jenis teh di rumah. Selalunya kak ana ada koleksi pelbagai English Tea dan Japanesse Tea kegemaran Adik Ika. Rumah kami siap ada tea station sebab memang suka pelbagai pilihan teh.
Kalau korang berada di Aeon Big, Wangsa Maju boleh lah singgah makan di restoran Paradise Reyan ni. Tidak mengecewakan. Kami makan berdua tengahari tu dalam harga sekitar RM70 lebih kurang, kalau tak silap. Lupa dah hehe :) Syukur atas segala nikmat rezeki dariNya..
7 Comments
Hehe buat masa ini semua nasi Arab saya rasa sedap.
ReplyDeleteTidak pernah makan dalam kedai Arab lagi.
Betul tu kalau nasi arab tempatan ni lain sikit rasa dia. Cie banyak kali jugak masak NA ni ikut tekak sendiri. Makan dalam talam memang best.
ReplyDeleteAYAM BESAR DLM SEPINGGAN NASI PENUH PERUT
ReplyDeleteLalu je, tak pernah singgah sini Kak Ana. Dulu masa Pizza Cottage dua kali juga makan.
ReplyDeleteBetul tu, Kak Ana. Memang berbeza rasa nasi arab masakan orang arab dan masakan orang bukan arab, hehe. Kalau sesat ke sana boleh try ni.
ReplyDeletemakanan bila diclose up mcm tu nampak sgt sedap.. tapi kene puasa dlu ni.. puasa makan karbo n gula :D
ReplyDeleteNasi Arab nasi mandi dan nasi briani antara kegemaran saya kalau nak makan luar...tidak juga selalu kerana hargan bukan mesra poket hehehe
ReplyDelete