Tempat jatuh lagi di kenang , inikan pula tempat bermain.. kata pepatah Melayu. Ukay Perdana , banyak juga nostalgia kak ana di sini. Rumah pertama kami adalah di Apartment Sri Kayangan, Ukay Perdana. 

Pernah tinggal di sini dari pada tahun 2001 hingga 2004, sebelum kami berpindah ke kediaman sekarang ni. Alhamdulillah.. seronok sepanjang masa tinggal di sana, sejuk cuaca mendamaikan waktu tu. 

Beza dari sekarang, laa nih dah banyak penghuni di sini, jalan agak sesak dan parkir pun sampai ke luar pagar apartment dah kak ana tengok. Kalau dulu semua kami boleh parkir di dalam gated kediaman. 


car boot sale Ukay Perdana


Car boot sale Ukay Perdana 


Car boot sale Ukay Perdana


Dah cukup dah throwback nya , yer.. Jom sambung kisah car boot sale di Ukay Perdana. Kak ana selalu nampak lalu di fyp tiktok ramai yang datang ke sini hujung minggu. Kebetulan suami ada urusan kerja sikit pagi tahun baru 1.1.2024, kak ana dan Adik Ika ikut lah sekali ke KL .


Car boot sale Ukay Perdana


Sekejap je suami perlu ke tempat kerja dan dalam jam 10 pagi kami pun menuju ke Ukay Perdana. Singgah di car boot sale atau di kenali juga dengan Bazaaria Thrift Market. Ia berada di tapak pasar malam Ukay Perdana. Berhampiran dengan restoran Ali Maju yang dari zaman kami duk sana dulu lagi dah ada sampai laa masih ada bertahan.




Mungkin di sebabkan waktu kami datang tu cuti tahun baru, jadi tak ramai peniaga dan tak ramai pengunjung yang ada pagi tu. Ada jualan barangan pre love dari bonet kereta masing-masing antaranya pakaian, kasut, tudung, patung dan sebagainya.

Ada juga yang menjual koleksi kereta mainan seperti Hot Wheels dan pastilah yang rare macam model Hot Wheels Proton Saga lama pun ada kat sini waktu tu. Harga nya mestilah jauh lebih mahal dari harga Hot Wheels di pasaran kerana nilai nya.


Car boot sale Ukay Perdana


Suami kak ana seorang collector model kereta dan model scale 1:24 , terjumpa dua biji model Vespa. Murah sangat satu berharga RM10 sahaja dan suami beli kedua-dua yang ada di car boot penjual ni. Bertambahlah koleksinya. 


car boot sale Ukay Perdana


Selain itu ada juga jualan makanan dan minuman. Kak ana sempat beli dua potong kek carrot dan cake tiramisu yang berharga cuma RM5 satu potong. Sedap sangat. Tak ada pula ambil gambarnya . 

Dan yang paling awesome, kak ana beli sengkuang calit lejen nih. Ianya memang sengkuang calit dengan sos merah masam manis tu, hat yang kami makan waktu kecil-kecil dahulu di kampung. Bukan menggunakan sos rojak . 

Laa nih kebanyakan penjual sengkuang calit menggunakan sos kuah rojak, itu tak ori dan tak sesedap makan sengkuang calit sos merah. Memang payah nak jumpa dan alhamdulillah berkesempatan menikmatinya lagi di car boot sale , Ukay Perdana . Harga cuma RM5 dua keping sengkuang yang di calit sos merah dengan taburan kacang goreng dan gula. 

Bagi korang yang nak ke sini, kak ana dapatkan info dari FB Ukay Bazaaria , waktu perniagaan depa adalah mulai hari Jumaat 6 pm - 12am , manakala untuk hari Sabtu dan Ahad pula ada 2 sessi pagi dan petang iaitu : 7 am - 12 pm dan malam 6 pm - 12 am. 

Tak dan maii siang boleh pi sessi malam. Ia terletak di Jalan UP1/1, Ukay Perdana atau korang waze sahaja Car Boot Sale, Ukay Perdana pun sampai waze bawa, naa... Semoga bermanfaat, In Syaa Allah... 




6 Comments

  1. Biasanya pegi tempat macam ni cari makananlah

    ReplyDelete
  2. Tak pernah perg car boot sale i tapi area rumah Naniey ni ada buat kat masjid. Biasa makanan kat car boot sale ni murah murah

    ReplyDelete
  3. car boot sale pelbagai jualannya

    ReplyDelete
  4. WOW! Menarik ni. kita tak sempat pun nak pergi car boot sales bila ada anak kecik ni. tak sabar nak tunggu si baby ni besar . hihi

    ReplyDelete
  5. lama tak pergi cbs...eqin xleh makna sengkuang..angin,,dulu pernah kena gerd..ya Allah xberani da nk mkn lepas tu

    ReplyDelete
  6. teringin nak pergi, tapi bukan untuk membeli tapi nak menjual. thank u share info kak Ana. boleh saya buat research cara nak bukak tapak

    ReplyDelete