Latok latok ni merupakan sejenis rumpai laut kalau tak silap kak ana. Kebanyakannya maii dari Sabah. Pertama kali kak ana makan latok latok pemberian jiran yang baru balik dari bercuti ke Sabah. Dia beri hat yang kering dan ajarlah kak ana cara nak makan. 

Kali pertama rasa tu, suka juga sebab teksturnya macam makan telur ikan, ia akan letops letops dalam mulut . Kemudian pernah viral suatu ketika dahulu, sampai ada sepupu kak ana jual pula dalam pek. Lama dah la, kak ana beli siap pos lagi tu. 


cara makan latok latok

Cara makan latok latok 


Kak ana pun tak tahu lah cara makan latok latok yang sebenar benarnya untuk komuniti asal Sabah. Tapi bila beli dalam pek tu, depa tulis situ cara nak makan latok latok, khasnya yang dalam pek segera tu adalah , pertama kena rendam dalam ais sejuk. 

Rendam dalam 3 minit macam tu hingga kembang sepenuhnya. Kemudian bilas air rendaman tu dengan aliran air paip di sinki dan boleh lah di makan. 

Hat dalam pek tu dah di keringkan dan nampak sikit. Tapi selepas rendam ia akan mengembang semula ke bentuk asalnya. Boleh lah buat ghaso ghaso makan bertiga, cuma suami kak ana tak berapa gemar. 

Kak ana dan Adik Ika sahaja ler yang menikmatinya. Sedap di cicah dalam air asam yang diberikan sekali dalam pek tu. Latok latok ni rasa dia masin sahaja, maklumlah rumpai laut kan. Bila cicah dalam sos hijau depa tu, baru ada gabungan rasa yang sedap. 

Ada rasa pedas-pedas , masam manis dan masin secukupnya. Kiranya macam kita makan ulam-ulaman sahaja lah kan. Tak pasti kak ana kalau kita buat kerabu sedap ke idak. 

Cuma tu laa kan, kuantitinya sangat terhad, sikit sahaja dalam pek yang Adik Ika beli di Food Republic baru-baru ni harganya RM15.  Tapi memang unik dan kak ana suka makan latok latok nih sekali sekala.