Hebat insan bernama Khairul Aming nih kan, Alhamdulillah influencer yang baik-baik sahaja perkongsian dan contentnya. Mengajar resepi-resepi masakan pastilah mendapat pahala perkongsian yang bermanfaat. 

Saat entri ni di terbitkan, kak ana tengok beliau dah pun melancarkan produknya yang kedua selepas Sambal Nyet iaitu Daging Dendeng Nyet pula. Masyaa Allah.. semoga anak muda ini akan terus sukses dunia akhirat.. Aamiin. 


burger mc ming khairulaming


Beberapa bulan lepas rasanya, Khairul Aming ada lah share resepi buat burger oblong ala-ala yang trending ketika sambutan CNY dari salah sebuah rangkaian restoran makanan segera tuuutttt. Punya lah trendingnya resepi tu, sampai habis stok daging burger oblong Ramly di pasaran. 

Benda dah lama trending, kak ana baru-baru nih jer laa nak mencuba. Tu pun derhaka sikit dengan resepi. Sebabnya kak ana tak ada cendawan shitake, kak ana gantikannya dengan cendawan butang. Daging oblong Ramly pun tak dapat, kak ana gantikan dengan daging ayam oblong Ramly. 


Resepi Mc Ming Burger  Khairul Aming 


Mula-mula kak ana buatkan dipping sauce untuk celupan daging oblong Ramly tu. Bahan-bahannya adalah :

1 biji bawang holland - dadu kecil 
1 ulas bawang putih - ketuk dan dadu halus
2-3 biji cendawan butang / shitake - hiris kecil 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
sedikit butter untuk menumis
1 sudu besar lada hitam - yang di tumbuk kasar
1 sudu tepung gandum 
garam secukup rasa



resepu burger oblong khairul aming


Cara untuk buat dipping sauce blackpepper ni sama dengan yang Khairul Aming pernah buat untuk brown sauce sebelum ni. 

1. Panaskan sedikit butter. Tumis bawang holland dan bawang putih yang di dadu kecil.

2. Masukkan cendawan yang di potong kecil dan masak sekejap.

3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan sedikit air untuk memasakkannya. Agak-agak air tak mau jadi kuah naa.

4. Masukkan kicap pekat manis dan sos tiram, gaul sebati.

5. Taburkan garam secukupnya jangan banyak nanti masin dan taburkan serbuk lada hitam yang di tumbuk kasar sahaja. Biar nampak lagi teksturnya. 

6. Masak hingga didih, matikan api dan sejukkan seketika. 

7. Dah sejuk sikit baharulah masukkan dalam blend dan blender hingga lumat dan pekat. Ketepikan. 



resepi oblong burger Khairul Aming


Seterusnya keluarkan daging oblong Ramly dan gril sekejap atas kuali leper, terbalik-balik kan supaya masak kedua bahagian hingga garing sedikit. Toskan minyak dan ketepikan. 




Roti burger oblong pun sama juga hiris sapu mentega dan gril sekejap atas kuali leper. Bawang holland hiris bulat nipis dan panaskan atas kuali dan masukkan sedikit butter serta renjiskan blackpepper tumbuk kasar untuk sedikit perisa. 

Bolehlah mulakan proses menyusun burger oblong kita. Buh roti oblong lapisan bawah, kemudian dipped kan daging oblong dan letakkan atas roti oblong. Lapiskan pula dengan bawang holland yang kita sauteing tadi. Kemudian katup kan semula dengan roti burger oblong lapisan atas pula. 





Siaplah burger oblong ala-ala Mc Ming . Sekali lagi derhaka resepi bila kak ana tersilap beli fries :) Ingatkan dah ambil curly fries macam Khairul Aming buat, boleh pula beli yang jenis jaring gini. Adoiyai... 

Jadilah kan janji fries. Bolehlah buat ghaso-ghaso makan malam kami sekeluarga. Sedap juga tau , lebih kurang lah dengan hat ori tuu.  

Sememangnya kak ana rindu juga nak ke restoran makanan segera tu, tapi tuu laa.. hati ni masih belum mampu nak menjamahnya bila teringat kan kesengsaraan dan kekejaman yang sedang berlaku kepada saudara kita di sana. 

Walaupun ia milik orang tempatan, namun royalty jenama masih terus di bayar dan pihak sana pula seakan mencabar kita bila menghantar menu-menu depa pada tentera laknatullah tuu. Sama-sama kita doakan semoga saudara kita di sana dipermudahkanNya juga atas ujian mereka yang terlalu dekat menuju  syurgaNya.. Aamiin. 

6 Comments