Kak ana memang peminat sangat dengan tradisi dan kehidupan unik baba & nyonya ni. Dari pakaian kebaya kasa rubiah dengan kain batik, dialek pertuturan mereka dan juga aneka resepi masakan mereka yang amat mirip dengan budaya orang Melayu dan nusantara, walaupun berlainan bangsa dan agama.

Dari dulu lagi kak ana suka menonton drama-drama siri berkisar kan kaum baba dan nyonya seperti siri Little Nyonya yang di tayangkan di NTV7 waktu tu. Kemudian kak ana juga menggemari dekorasi rumah mereka yang sangat unik dan tersendiri. 

Arwah mak kak ana pernah belajar masak resepi kaum nyonya ni yang sangat sedap iaitu masakan perut ikan, bukan lah guna perut ikan tapi isi ikan kembung dan udang serta sayuran. Nama nya sahaja perut ikan dan kini sejak mak tak ada, tak merasa dah la nak makan juadah isitimewa ni.


kuih angku

Kuih angku 


Baru-baru ni kak ana ada minum petang di restoran Kakatoo , yang menyajikan sajian baba dan nyonya. Sebelum tu, kak ana dah cari info dahulu dan tertera di halaman menu depa, Kakatoo main kitchen adalah mendapat Halal certified Jakim. 

Kami sekadar minum menghilang dahaga je petang tu, suami makan cakoi dan kak ana order set kuih angku ni. Kuih angku ni memang sedap sangat pada kak ana. Lembut sangat tepung nya dan inti ada 3 perisa kalau tak silap inti kelapa, inti kacang merah dan inti kacang tanah. 

Proses nak buat kuih angku ni bukan lah mudah bila kak ana baca di internet. Kalau zaman dahulu warna-warna yang digunakan adalah menggunakan bahan semulajadi. Sebagai contoh, warna oren atau ungu di ambil daripada ubi keledek , warna hijau pula dari daun pandan. dan warna biru dari bunga telang. Tapi laa nih semua ada pewarna dah kan. 

Menarik kan bila kita mengenali kepelbagaian menu makanan di negera kita nih. Kuih muih tradisional yang pelbagai rasa dan ada keunikannya yang tersendiri. Kalau korang penggemar makanan baba & nyonya boleh lah ke mana-mana restoran Kakatoo dan kak ana hari tu singgah di outlet Setia City Mall, Setia Alam. Semoga bermanfaat... 

2 Comments

  1. Pernah nampak kuih ni tapi tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  2. nieyl penah makan kuih ni, dalam dia inti kelapa..sedappp

    ReplyDelete