Rasanya dalam 2 bulan lepas, kak ana ada ke Seremban menyantuni resepsi perkahwinan anak kawan sekolah menengah di satu venue event hall. Tak lah jauh sangat dari Kuala Lumpur, sebab adanya lingkaran infrastruktur lebuhraya menghubungkan KL - Seremban. 

Pernah juga lah berbual dengan rakan-rakan yang tinggal di Seremban, pada mereka ia merupakan lokasi perumahan yang tenang dan mendamaikan. Walaupun berulang kerja di KL, bila pulang ke rumah ia memberi ketenangan dan harmoni untuk hidup kekeluargaan. Menarik kan... 


Dan inilah yang kak ana nak kongsikan dengan korang semua, satu pilihan rumah impian bercirikan rumah pintar atau smart home, di lokasi yang mendamaikan tepian tasik ...


Izara2  @ Bayu Sutera , Seremban


Apa yang istimewa di Izara 2  @ Bayu Sutera , Seremban ? 

Penampilan gaya moden dan versaltile setiap ruang interior rumah dengan kamar tidur dan kamar mandi yang luas pastinya menjadi idaman setiap kita sebelum memilih untuk membeli rumah. Kak ana sendiri amat impikan ruang dalaman dari ruang tamu, ruang makan dan dapur yang luas dan berkonsep terbuka kerana ia mampu memberikan ketenangan penghuninya serta pengudaraan yang lebih baik.

 

Ruang begini pasti mudah untuk kita mendekorasi setiap ruang mengikut tema yang di minati. Kak ana sangat berpegang pada prinsip ' Rumahku Syurgaku ' kerana sebagai penghuninya, pasti kita ingin tinggal di dalam rumah lebih lama dari berada di luar sebagai tempat riadah dan berkeluarga. 


Izara2 @ Bayu Sutera


Izara 2 @ Bayu Sutera , Seremban adalah merupakan hartanah Pegangan Bebas atau - Freehold landed property  menawarkan rumah teres dua tingkat double storey link house ) yang luas bukaan  lot size 20’ x 70’ (intermediate).


Keluasan dalaman sehingga 2,315 sq.ft (intermediate), layout yang versatile malahan ia merupakan kediaman dengan ciri-ciri smart home atau rumah pintar di mana di lengkapi dengan kunci digital ( digital lock ). Dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi dan semua ini pada harga bermula dari RM553,xxx . 


Dah nama lagi smart home kan, pasti lah penataan modul pencahayaan atau lighting module secara digital , penghawa dingin IR blaster secara maya menggunakan kawalan suara atau pun voice control. Inilah era kediaman berciri futuristic masa kini. 



Majoriti lokasi kediaman kini, menitik beratkan riadah keluarga di sekitar kediaman. Pastilah kan, bila tinggal di satu-satu kediaman kita ingin kan ruang riadah khasnya di hujung minggu atau selepas balik dari kepenatan seharian bekerja. 


Tak ketinggalan di Izara 2 @ Bayu Sutera juga mempunyai taman rekreasi seluas 3 hektar lakepark. Tak perlu ke mana-mana dah untuk aktiviti riadah jogging, taman permainan, gelanggang badminton ,reflecxology dan sebagainya. 


Untuk aspek keselamatan, kak ana sangat selesa jika adanya sistem keselamatan berpagar dengan anggota sekuriti di guard post agar pergerakan keluar masuk orang luar atau non resident dapat di pantau sebaiknya. Zaman sekarang macam-macam kejadian tak terjangka banyak berlaku, ini amat penting untuk kita semua mendapatkan perlindungan keselamatan kediaman . 




Malahan di sekitar kediaman di Izara @ Bayu Sutera ni turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas tanpa perlu keluar jauh di antaranya d’Tempat Country Club, yang memberikan Membership Percuma kepada setiap residen dengan kemudahan kolam renang gymnasium, snooker, bilik totonan dan pelbagai lagi. 


Berdekatan juga dengan  X Park Sendayan, pusat hiburan utama di Negeri Sembilan di mana adanya aktiviti riadah seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, archery, gelanggang futsal dan badminton dan sebagainya. 


Pusat pendidikan Matrix Global yang merupakan sebuah kawasan hub pendidikan dengan bangunan bertema Classic British Colonial merangkumi keluasan 30 hektar dimana terletaknya  Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School.. 



Untuk pusat komersil yang di sediakan oleh pemaju sendiri iaitu deretan Sendayan Merchant Square . Merangkumi163 unit kedai dan pejabat di  Carnelian Park dan stesen minyak. Plan masa depan bakal di bina juga sebuah pusat membeli belah seluas 6.4 hektar. 


Kalau korang ingatlah kan, kak ana pernah menerbitkan juga advertorial untuk beberapa fasa kediaman yang awal sebelum ni dan untuk pengetahuan semua, hampir kesemua unit telah pun terjual dalam masa yang singkat . Ini dapat membuktikan yang Izara 2 @ Bayu Sutera merupakan pilihan yang bijak dan selamat untul memiliki kediaman idaman. Tidak ada projek yang terbengkalai atau tidak terjual.




Sempena nak raya ni, pemaju ingin berkongsi khabar gembira dengan kita semua di mana sekarang sedang berlangsungnya tawaran ‘Gempar Raya Bonanza’ . Promosi berlangsung mulai 23rd March – 12th May 2024 , di mana pembeli rumah yang membuat pembelian dalam tempoh masa kempen  layak untuk mendapat Rebate Tambahan berjumlah RM10,000, penjimatan sehingga RM74,000 .

Pasti ramai dah berminat kan, untuk segala pertanyaan dan butiran lengkap klik sahaja 

 izara2.bayusutera.com 

atau hubungi: Matrix Concepts di talian 

1 800 88 2688 

atau layari di socmed :

Instagram : @matrix_concepts

Facebook matrix concepts homes




5 Comments

  1. Ini kalau beli di sini, kena tukar tempat kerja ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Rumah sekarang memang banyak dibangun dengan konsep smart home dan cluster yaaa. Di sini pun juga begitu. Dan kebanyakan dalam 1 kawasan sudah lengkap dengan sekolah, rumah sakit, tempat perbelanjaan atau shopping complex.

    Saya dannsuami kadang joking, orang2 di kawasan ini mungkin bisa disebut negara sendiri Krn semuanya sudah lengkap 😄. Mereka ga perlu keluar komplek, semua dah tersedia.

    ReplyDelete
  3. Ramai kata Bandar Sri Sendayan ni mmg berbaloi kalau nak beli kediaman...kawasan dia pun strategik sgt! ðŸ˜Œ

    ReplyDelete

  4. Ni kat sendayan ke, Projek baru launch?

    ReplyDelete
  5. Luas juga rumah ni. Ada 4 bilik, sesuai didiami keluarga. Paling penting lokasi strategik

    ReplyDelete