Dalam bulan Ramadan Mubarak nih, rasanya kak ana akan share resepi masakan yang kak ana masak untuk keluarga waktu berbuka atau sahur. Ada dua tiga lagi entri sebelum puasa nak terbitkan tapi , atas faktor usia ni, nak edit foto dan taip panjang-panjang tuu agak terbatas sangat masa rasanya.

Tapi In syaa Allah, semoga di izinkanNya kelak akan terbit juga, dan kak ana minta maaf sangat pada rakan blogger yang hadir blog walking ke blog picisan kak ana, masih tak ada ruang nak terjah korang semua semula.

Siang hari dah seminggu sepanjang Ramadan Kareem ni, mencabar sungguh bahang cuaca panas terik. Malam pula lepas berbuka, rasa masa terlalu kejap mata pun dah nak lelap dengan sendiri nya lepas Isyak dan terawih.. Ermm.. gitulah agaknya bila kian di meningkat usia ni kan.. 


Resepi sambal terung

Resepi sambal terung  


Kak ana masak sambal terung ni untuk Adik Ika, ada sehari tu kak ana masak juga, ayahnya pii habiskan kempunan laa budak tu nak makan lebih, bebel dia baru satu dia makan ayah dah habiskan .. Hehe .. Jadi kak ana buatkan lah untuk dia sekali lagi untuk iftar. 

Mudah sangat nak masak sambal terung, meh laa kak ana kongsikan naa... 

Bahan-bahan sambal terung 

4 biji terung panjang tapi hat ni kak ana guna yang kontot-kontot je terungnya 

2 ulas bawang besar 

3 ulas bawang putih 

Segengam ikan bilis 

2-3 sudu cili pes ikut la kepedasan masing-masing

2 sudu cili sos

2 sudu sos tiram 

garam secukup rasa dan minyak untuk menumis

Cara masak sambal terung


1. Kak ana bersihkan terung buang tangkainya dan belah dua.

2. Panaskan minyak dan goreng terung hingga layu. Ketepikan seketika.

3. Tumbuk kasar atau blend bawang merah dan bawang putih. 

4. Panaskan minyak, tumis bahan blend dan masukkan pes cili. Masak hingga pecah minyak,

5. Masukkan ikan bilis . 

6. Masukkan sos cili dan sos tiram , masukkan sedikit air jika terlalu kering sambal kita.

7. Rasakan dengan sedikit garam secukupnya dan masukkan terung yang dah di goreng tadi gaullah sebati.

8. Siap lah hidangan sambal terung kesukaan Adik Ika.

Korang kalau suka boleh try masak sambal terung, saja laa kan kak ana kongsi-kongsi idea masakan. Resepi macam ni semua orang dah tahu ye dak, kadang-kadang kita buntu juga nak masak apa juadah. Jadi perkongsian begini lebih kepada perkongsian idea sahaja. Semoga bermanfaat sesama umat... 
In Syaa Allah...