25hb Mei lepas, tamat dah tempoh lesen memandu P atau Percubaan Adik Ika selama 2 tahun. Alhamdulillah... Kak ana pun banyak lah cuba dapatkan info bagaimana cara nak renew lesen P ni kerana rasanya tak boleh nak renew di pejabat pos, kena terus berurusan di kaunter JPJ. 

Memandangkan Adik Ika dah bekerja jadi perlu lah ambil cuti untuk urusan ni. Kak ana terus dapatkan info demi info berkaitan dan bertanya dengan kawan kak ana yang merupakan seorang kakitangan JPJ. 

Darinya kak ana dapat info yang betul, kena berurusan ke kaunter JPJ untuk urusan penukaran lesen P kepada lesen penuh selepas tamat tempoh, dan tidak boleh di lakukan di pejabat pos. 

Malahan tempoh untuk renew juga adalah 12 bulan selepas tamat tempoh dan sekiranya ia tidak di tukar kepada lesen penuh, perlu untuk mengambil ujian memandu semula . Korang boleh rujuk sini untuk artikel penuh : https://bjak.my/blog/lesen-p-tamat-tempoh/


renew lesen P kepada lesen penuh CDL


Adoi, seram kan.. kena buat rayuan dan kalau pegawai JPJ tak benarkan maknanya perlu pula untuk ambil lesen sekali lagi. Jadi kak ana nak kongsikan disini dengan anak-anak yang dah tamat lesen P cepat-cepat ke kaunter JPJ dan buat penukaran naa.. Kak ana kongsikan di sini pengalaman kak ana temankan Adik Ika untuk penukaran lesen memandu P kepada lesen penuh. 


Penukaran lesen memandu P ( percubaan ) kepada lesen penuh CDL 



Penukaran lesen memandu P ( percubaan ) kepada lesen penuh CDL


Hasil carian di internet, kak ana cadang nak renew lesen P Adik Ika di UTC sahaja kerana UTC ni buka pada hari Sabtu dan Ahad berbanding ke Pejabat JPJ . Paling biasa dengan kak ana adalah di UTC Keramat kerana dahulu kami tinggal di area Ampang memang lalu lalang lah di sekitar UTC. 

Renew Lesen Memandu P di UTC 


Kami sampai ke UTC Keramat dalam jam 1130 pagi lebih kurang. Bila sampai depan Pejabat JPJ di UTC Keramat ni, pengawal keselamatan akan suruh kita download apps JPJeQ ni di telefon. Isi kan matlumat urusan dan dari situ lah kita akan dapatkan nombor giliran urusan. 

Jadi tips dari kak ana pada korang yang pertama kali nak berurusan dengan JPJ laa nih, kena download dahulu apps JPJeQ . Kiranya ambil nombor online sahaja di sini. Sekiranya masih ada nombor giliran , maksudnya kita masih boleh masuk dan berurusan di dalam. Tapi sekiranya nombor dah habis pada hari tu, datang lah semula esok, haa gituew... 


Penukaran lesen memandu Penukaran lesen memandu P ( percubaan ) kepada lesen penuh CDL P ( percubaan ) kepada lesen penuh CDL


Alhamdulillah walaupun hari Ahad, kami sampai dalam 11:30 pagi lebih kurang masih ada nombor giliran dan kami pun masuk ke pejabat menunggu. Lebih kurang 20 orang juga dalam queue nombor giliran. Tapi ada 3 kaunter beroperasi dan nampak cepat setiap satu urusan di kaunter.

Lebih kurang pukul 12:45 tengahari, dah tutup nombor giliran di luar dan guard turunkan roller shutter sedikit di pintu masuk. Maknanya nombor untuk sessi pagi dah habis kena datang selepas pukul 2 petang. UTC beroperasi hingga pukul 5 petang sahaja rasanya.

Bagi yang dah dapat nombor dan berada dalam pejabat, urusan masih di teruskan dan sampai giliran Adik Ika. Perlu bawa kad pengenalan dan lesen memandu P serta ada apps MyJPJ dalam telefon kerana tidak ada lagi lesen fizikal yang akan di berikan.

Adik perlu membayar RM55 untuk tempoh masa lesen selama 2 tahun dan urusan adalah secara cashless . Tempoh tamat lesen penuh Adik juga telah bertukar mengikut tarikh hari lahirnya.  Kejap sahaja dah selesai. Adik dah pun mendapat lesen penuh CDL tertera di dalam apps MyJPJ nya. 

Itulah serba sedikit pengalaman yang kak ana nak kongsikan dengan ampa semua, khasnya bagi yang tercari info cara nak renew lesen dari P kepada lesen penuh selepas tamat tempoh 2 tahun. Semoga bermanfaat... In Syaa Allah... 


4 Comments

  1. Tahniah buat adik sis, saya mac depan baru cukup 2 tahun... Tak sabarnya nak dapat lesen penuh.. Hehee

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info..... terus whatsapp anak-anak suruh check dia orang punya lesen..... Si Abang dah dapat lesen penuh manakala adik tahun depan....

    ReplyDelete
  3. Bagus juga kalo lesen memandu ada tingkatannya seperti ini. Dari P lalu menjadi penuh yaa. Soalnya di sini langsung penuh, tak ada level P. Padahal terkadang skill drivingnya blm lancar sangat

    ReplyDelete
  4. eh, lepas P kene renew pula ek... baru tahu ni... nti ldy check lesen memandu ldy.. dah lama x jenguk lesen ni...

    ReplyDelete