Tak ingat dah bila, tapi awal tahun ni juga lah, kak ana, suami dan Adik Ika ke Pasar Seni atau Central Market sekali lagi. Owh Okay! Ingat dah masa ni sebelum puasa hari tu. Punya laa lama baru nak terbitkan entri. 

Sebabnya ni kan entri makan-makan , kalau tak silap kak ana kami pii seminggu sebelum bulan puasa. Dah masuk Ramadan tak kan lah nak terbit entri makan-makan ye dak. Perap punya perap sampai laa nih baru teringat nak terbitkan. 


tempat makan di Pasar Seni , KL


Masa tu kami sempat lah singgah ke Pasar Saloma di bahagian luar tepi bangunan Pasar Seni. Memang best pelbagai makanan dan jualan ada di jual di sana. Menarik tengok kreativiti anak-anak muda berniaga. 

Lupa nak cerita kami ke Pasar Seni kali ni, naik MRT. Suami parkir di Kwasa Damansara dan naik MRT dari sana terus ke Stesen Pasar Seni. Lama juga lah perjalanan tapi menarik sekali sekala. 

Restoran Pak Jen , Pasar Seni, KL 



Restoran Pak Jen , Pasar Seni, KL

Bila dah sampai Pasar Seni, tengahari mesti lah nak cari makan. Ada jer food court kat tingkat atas Pasar Seni tu, tapi macam jemu dah makan food court. Sambil ronda-ronda di luar Pasar Seni tu, kak ana ternampak lah sebuah restoran di luar bangunan utama Pasar Seni di bahagian belakang tu. Tak pasti nama bangunan tapi ia memang sebahagian dari Pasar Seni, sama warna biru. 

Ianya adalah Muslim Owner hasil carian di internet dan dari banner yang kak ana nampak di luar restoran, ada beberapa menu yang menarik untuk di cuba.  Kami masuk dan tengok menu antaranya nasi lemak dengan pelbagai lauk macam rendang ayam, rendang daging, sambal paru dan sebagainya. 

Ada juga menu masakan goreng seperti nasi goreng, mihun goreng dan juga hidangan daging salai masak lemak. Range harga pun masih reasonable untuk makan sekeluarga. 


Restoran Pak Jen , Pasar Seni, KL

Antara menu yang kami makan nasi lemak sambal paru, mihun goreng dan nasi lemak rendang ayam. Alhamdulillah... kesemua menu-menu nih sedap pada selera kami. Air macam biasa kami pilih minuman yang biasa-biasa sahaja. Selalunya teh o ais dan air kosong. Kak ana dan suami jarang minum minuman manis-manis kalau pi makan-makan nih. 

Jadi perkongsian kali ini, kalau korang ke Pasar Seni dan tak tahu nak makan mana, boleh lah try ke Restoran Pak Jen di bahagian belakang bangunan Pasar Seni. Pelbagai menu sajian kampung dan makanan melayu ada di sajikan pada harga yang berpatutan, In Syaa Allah... 

6 Comments

  1. Lamanya tak pi CM ni. Teringat dulu interview manager KFC kat KFC CM tu la.

    ReplyDelete
  2. betul, kalau ke pasar seni selalu mkn kt food court je..ikin selalu jgk ke cm dlu sb office kt dua sentral je

    ReplyDelete
  3. Dah berzaman saya tak ke Pasar Seni. Dulu selalu singgah solat kat surau situ then makan nasi ayam kot kat food court tu. Lupa dah 😅

    ReplyDelete
  4. dah 20 tahun rasanya tak pergi CM...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jejak ke sana. Menu tu nampak fresh.

    ReplyDelete
  6. ldy rasa ldy baru sekali pergi ke pasar seni...

    ReplyDelete