Malam Ahad yang lepas kak ana dan suami sempat menghadirkan diri ke Majlis Makan Malam Amal &  Konsert THE LEGENDS Karyawan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, KL. Meriah sangat menikmati makan malam sambil di hiburkan oleh barisan artis legends era zaman-zaman kami berdua. 

Siapa tak kenal Dato' Khadijah Ibrahim, Dato' Ramli Sarip, Dato' Awie, Rahimah Rahim dan turut sama malam tu adalah Hairee Kool , Norshiela Amin dan juga Izlyn. Sangat-sangat mengibau nostalgia zaman remaja dendangan lagu-lagu evergreen yang di sampaikan sungguh bertenaga oleh barisan artis legenda kita. 

Di samping itu, turut berlangsungnya majlis pelancaran produk baharu ,  VIT'S Ramen Asam Laksa IBU  berkolaborasi antara Ibu Khaty dan Vit's yang merupakan menyumbang terbesar untuk makan malam dan konsert malam itu. Meh kak ana kongsikan butirannya.... 


Vit's IBU Ramen Asam Pedas


VIT'S berkolaborasi bersama Datuk Khadijah Ibrahim sempena keluaran produk terbaharu " Ramen Asam Laksa Ibu " pada Makan Malam Amal 


Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para pengiat seni tempatan telah menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana tabung Persatuan Karyawan. Persatuan ini bergiat aktif dalam menjaga kebajikan ahli persatuan yang dalam kesusahan terdiri dari golongan belakang tabir, individu yang terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti karya seni di Malaysia.


VITS Ramen Asam Laksa IBU


Turut berminat dalam membantu golongan yang telah berjasa dalam dunia seni ini, VIT'S sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah di tubuhkan sejak tahun 1975 telah mengambil inisiatif positif dengan membantu memberi bantuan dana sejumlah RM50 000 ( lima puluh ribu ringgit Malaysia ) kepada Persatuan Karyawan. 


VIT'S Ramen Asam Laksa IBU


" VIT'S ingin bersama membentuk sebuah komuniti yang mengambil berat dan menghargai sumbangan seni serta memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan menyumbangkan jasa dalam bidang seni ", kata Pengarah Eksekutif , En YT Lai. 


VIT'S berkolaborasi bersama Datuk Khadijah Ibrahim sempena keluaran produk terbaharu " Ramen Asam Laksa Ibu "


Selain itu juga, VIT'S telah mengambil satu lagi langkah untuk membantu ahli persatuan ini dengan berkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahum dan menghasilkan produk kerjasama iaitu Ramen Asam Laksa Ibu

VIT'S Ramen Asam Laksa IBU 



VIT'S berkolaborasi bersama Datuk Khadijah Ibrahim sempena keluaran produk terbaharu " Ramen Asam Laksa Ibu "


Dengan pembelian Ramen Asam Laksa IBU, RM 1.00 ( satu ringgit ) akan di dermakan kepada Persatuan Karyawan dan di harap agar orang ramai dapat membeli produk terbaharu ini sambil beramal dan juga berharap agar insiatif ini dapat membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan bantuan.



Vit's Ramen Asam Laksa Ibu


Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah di lancarkan oleh Yang di-Pertua Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Pengarah Eksekutif VIT'S Encik YT Lai dan Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim di Konsert Makan Malam Amal ini. 

 

Vit's Ramen Asam Laksa Ibu


Konsert yang bermula pada jam 8 malam tersebut telah menyatukan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, Rahimah Rahimdan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribu penonton yang terdiri daripada penderma yang turut bersama turun padang berhibur sambil memeriahkan konsert ini.

VIT'S turut menghidangkan menu Ramen Asam Laksa Ibu di mana pengunjung boleh merasai sendiri produk tersebut. Produk keluaran terbaharu ini boleh di dapati melalui aplikasi Tiktok Shop vits_official . Segala informasi sila lawati www.vitsnoodles.com untuk maklumat lanjut. 




3 Comments

  1. Semua artis lagenda negara ^^ Semoga dipermudahkan urusan untuk membantu dana persatuan buat mereka

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sumbangan dana membantu persatuan artis

    ReplyDelete
  3. zaman ldy zaman arrow, spring, expedisi, budak kacamata, slam, awie, newboys.. hihi.. zaman kemudian sedikit (mungkin kot)

    ReplyDelete