Lokasi Gamuda Luge Garden ni tak sampai 10 km dari kediaman kak ana. Dari awal pembinaan sampailah ke hari ini, tiap kali lalu kak ana boleh nampak progress nya sedikit demi sedikit. Masa mula-mula di buka hujung tahun lepas 2023 kalau tak silap kak ana, ia bermula dengan permainan Skyline Luge tu sahaja bersama Big Bucket Splash Waterpark dan beberapa permainan untuk kanak-kanak.
Waktu tu, kak ana pernah singgah masuk waktu tengahari, memang panas rembang dan queue untuk naik The Luge tu punya lah panjang sampai beberapa meter dari gate untuk masuk ke cable car yang bawa ke atas tu.
Ferris Wheel Eye of Garden - Gamuda Luge di waktu malam
Lepas tu tak pii dah, sampailah baru-baru ni kami lalu balik dari KL dan ternampak Ferris Wheel tu dah siap dan beroperasi sepenuhnya. Kami saja-saja singgah masuk dan memang meriah dan berkerlipan lampu serta telah banyak permainan yang dah mula beroperasi.
Untuk pengetahuan pembaca yang tak pernah lagi ke Gamuda Luge Garden ni, sehingga waktu entri ini kak ana terbitkan, pengunjung boleh masuk secara percuma sahaja. Korang hanya perlu membeli tiket sama ada secara fizikal di kaunter atau online sekiranya korang nak main permainan yang ada di sini.
Sama seperti taman tema yang lain, ada tiket pakej permainan di tawarkan dan korang boleh lah check di laman web https://glplay.com.my/activities/eye-of-gardens . Kak ana sendiri tak pernah lagi cuba apa-apa permainan yang ada di sini, faktor usia dan keterbatasan kesihatan fizikal ni macam tak sesuai untuk sebarang permainan hehe :)
Serba sedikit mengenai Ferris Wheel Eye of Garden yang kak ana dapati dari internet antaranya ialah ia berukuran ketinggian 50-metres , dan merupakan Ferris Wheel yang terbesar dan tertinggi di Malaysia. *
Kalau berada dalam gondola ni korang akan menikmati pemandangan kehijauan sekitar dan laluan lebuhraya PLUS di sebelahnya. Itu kalau siang, kalau sebelah malam nya pemandangan lampu dan kerlipan permainan yang ada di sekitar dan lampu-lampu kenderaan di lebuhraya PLUS pastinya.
Disekelilingnya ada pelbagai permainan lain untuk korang cuba antaranya Carousel , alaa naik kuda pusing-pusing dengan lagu dan lampu-lampu cantik tu , Jumpshot, Jellycup twist, Vroomerang dan juga Big Bucket Splash taman tema air untuk kanak-kanak.
Waktu operasi Gamuda Luge Garden
Kak ana sertakan waktu operasi untuk taman tema The Luge Garden ni untuk panduan korang. Jangan nanti maii dari jauh-jauh tutup pula kan...
Operating Hours
FunPark (Dry Park) Operating Hours
Mon, Tue, Thurs : 12pm to 9pm
Fri, Sat & Sun, Malaysia School Holiday & Public Holidays : 10am to 10pm
Park Closed on Wednesday
Skyline Luge's Operation Hours (subject to change)
Mon, Tue, Thurs : 10am to 6pm
Fri, Sat & Sun : 10am to 10pm
Park Closed on Wednesday
Big Bucket Splash Operating Hours
Weekdays (Mon, Tue, Thurs & Fri)
- Session 1 : 12:00pm until 3:00pm
- Session 2 : 3.30pm until 6:30pm
- Session 3 : 7:00pm until 10:00pm
Weekend (Sat & Sun, Malaysia School Holiday & Public Holidays)
- Session 1 : 8:30am until 11:30am
- Session 2 : 12:00pm until 3:00pm
- Session 3 : 3.30pm until 6:30pm
- Session 4 : 7:00pm until 10:00pm
*https://glplay.com.my/activities/eye-of-gardens
9 Comments
Mmg nmpk tepi hway tiap.kali htr abam abin blk asrama... ntah bila dpt jejak situ hehee ooo mksd nya nk masuk free je eh bila nak main br bayar..menarik ni bole dipikirkan
ReplyDeletebyk kali jugak tengok tiap kali lalu tepi hgway tp blm berkesempatan masuk singgah hehehe
ReplyDeletesonoknya bermain-main di taman tema gamuda tapi berhati-hatilah
ReplyDeleteOwh, ni yg nampak dari highway tu kan?
ReplyDeletePernah nampak tepi highway Ferris Wheel ni tapi tak pernah sampai lagi ke sini. Nampak lawa la waktu malam.
ReplyDeleteDah beberapa kali lalu (kat highway), memang nampak cantik waktu malam. Setiap kali lalu tu tengok kosong je takde pengunjung, agaknya masa tu belum beroperasi.
ReplyDeletekalau dekat teringin juga nak ke sini😀
ReplyDeleteBelum jejak kaki ke sini lagi kak, faktor umur kot malam nak lepak rumah je hahhaha
ReplyDeleteBiasa lalu siang, jadi terasa panas kalau nak singgah. Bila tengok gambar yang KA post ni, malam cool dan cantik pula. Bolehlah nanti bila2 jalan-jalan tengok.
ReplyDelete