Selalu kalau makan malam di rumah, kak ana suka masak yang simple dan panas-panas. Baru ada selera nak makan kan, kalau siang tu boleh lah makan nasi campur berlauk bagai. Malam ni kadang-kadang makan yang ringan pun dah memadai untuk alas perut.

Paling senang makan roti lah kan. Cuma kak ana nak pesan, jangan amalkan makan mee segera kalau malas nak masak sekali pun. Begitu juga dengan makanan frozen, boleh makan tapi bukan dalam jumlah yang banyak dan kerap. Sekali sekala In Syaa Allah tak memudaratkan.. 


Resepi ayam paprik

Resepi ayam paprik 


Beberapa hari lepas, kak ana masakkan Adik Ika ayam masak paprik untuk makan malam. Adik Ika dalam rawatan kulit wajahnya yang mengalami breakout dari doktor pakar derma di KPJ, ada supplement yang dia perlu ambil setiap malam, doktor pesan kena makan malam sebelum ambil supplement tu. 

Kali ni kak ana masakkan dia dan kami semua lah sekali makan ayam paprik sahaja. Kawankan dengan telur dadar, dah siap menu makan malam ala kedai tomyam untuk kami sekeluarga. Meh kak ana kongsikan resepi dan cara kak ana masak ayam paprik. 

Bahan-bahan ayam paprik 


Isi ayam di potong dadu kecil sederhana ikut lah masing-masing kan. 
separuh carrrot - di hiris nipis
2 jurai kacang panjang - potong panjang dalam 2 inci gitu
1 batang serai
cili api - ikut kepedasan sendiri 
2 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 sudu cili giling 
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
daun limau purut
sedikit air 

Cara masak paprik ayam 





1. Tumbuk kasar atau nak blend pun boleh jer bawang putih, cili api, bawang merah dan serai . 

2. Tumis dalam minyak panas, bahan tumbuk dan masukkan 1 sudu cili giling.

3. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kak ana dah guna sos ikan yang agak masin jadi kak ana dah tak masukkan garam dalam masakan nih. Korang rasa lah dulu naa.. 

4. Masukkan isi ayam dan masukkan sedikit air untuk memasakkannya. Potong kecil ayam supaya cepat masak lah kan. 

5. Bila ayam dah masak dan empuk, masukkan sayur carrot dan kacang panjang. Biar masak sempurna dan barulah carikkan daun limau purut. 

Siap dah lah menu makan malam ala kedai tomyam, ayam paprik. Dadarkan 2 biji telur dan boleh lah buat kawan makan dengan ayam paprik kita tadi. Selamat mencuba naa... Semoga bermanfaat.. InSyaa Allah... 


7 Comments

  1. Wahhh, macam kat Restoran Tomyam la Kak Ana.

    ReplyDelete
  2. Mudah kerja
    Lauk dan sayur sekali jalan

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat dah menu gini Kak Ana kan...
    P/S: Tq Kak Ana bg idea nak simpan sabun² tu 😘

    ReplyDelete
  4. Nampak sedpa paprik ayam kak ana la...lapar plak SA ha..

    ReplyDelete
  5. Thank you for the resepi... Dah share pada wife.. Harap2 dimasak la hahaha

    ReplyDelete