Lama sungguh tak ke Ikea Cheras, bersebelahan Mytown tu. Sejak Adik Ika bekerja di Mutiara Damansara nih, kerap lah kak ana ke Ikea The Curve sana. Kadang-kadang saja singgah minum atau makan dessert je, tapi bukan boleh percaya kalau dah masuk Ikea ada je laa yang di bawa balik.

Minggu lepas, macam dah tak tahu nak ke mana, kami singgah ke Ikea Cheras. Memang lama sangat rasanya tak ke sana. Yang bestnya di sana selain ke Ikea, kak ana sempat menyinggah je Uju Home dan SSF Home Decor yang ada di Mytown. Jalan-jalan cuci mata gitu. 


Soft Serve di Ikea dengan menikmati yogurt ice-cream



Soft Serve di Ikea dengan menikmati yogurt ice-cream 


Dah habis ronda-ronda show room Ikea kami ke Market Place dan eh! eh! ada pula depa buh kiosk Soft Serve kat ruang landskap dan garden. Hanya menjual minuman sejuk dan ais krim serta kek dan pastries sahaja.



Soft Serve di Ikea dengan menikmati yogurt ice-cream

Mula nya macam malas juga nak beratur, tapi sebab ada surau kat area situ, kami solat terus di sini tak yah nak keluar cari masjid nanti. PKP dulu mengajar kita sampai lah ke hari ni, walau ke mana sekali pun wajib dah bawa telekung dan mini sejadah sendiri. 

Senang kan, kat mana pun nanti boleh terus solat. Sebab tu kak ana suka tas tangan yang saiz besar-besar boleh je sumbat travel telekung kat dalamnya. Kadang-kadang kak ana akan bawa tote bag kalau tak muat. Sekarang tote bag pun cantik-cantik dah. 

Lepas solat tengok dah tak ramai queue dan Adik Ika pun pii laa beli dua aiskrim yogurt. Murah sangat dengan topping semua tu cuma RM5.90 sahaja. Satu topping peanut butter dan satu lagi chocolate . Keduanya pun ada rasberries dan corn flakes . Memang murah kan. 

Sedap ke ? Eh sama je rasa yogurt ice cream nih jenama apa sekali pun , yang beza kan nya cuma topping yang kita pilih tu sahaja lah kan. Boleh sahaja dah beli tu duk lepak makan di display area untuk ruang garden di dalam Ikea ni. 

Siap makan, jangan lupa lah masukkan bekas ke dalam tong sampah yang dah di sediakan. Jangan lah tinggal pula kat display area tu. Tak ada pula staff yang nak pungut. Displin kan diri dan anak-anak kita untuk bertanggung-jawab menjaga kebersihan. Amalan terpuji tu... 

6 Comments

  1. tempat ice cream sentiasa beratur panjang huhuhu...
    dah lama rasanya nieyl tak singgah ikea ni kak ana...

    ReplyDelete
  2. wah murah je ye ? nak try la nanti

    ReplyDelete
  3. Dah lamaaa sangat tak ke IKEA. Nantilah nak kesana lagi, hanya utk makan di cafe nya 😁. Ice cream yoghurt dia memang sedap, juga menu2 yg lain saya sukaa

    ReplyDelete
  4. Ehh murah tu k.ana..Worth it...

    ReplyDelete