Masak singgang budu makanan pantai timur
Kalau belah utara ni , di kampung kak ana Teluk Intan, kami panggil menu masakan ni pindang. Selalunya ikan kembung atau pelaling arwah mak kak ana selalu buat pindang. Tapi selepas kak ana berhijrah ke KL dan bertemu jodoh pula dengan orang Kelate. kak ana mengenali pula nama masakan ni sebagai singgang atau singgei' .
Resepi bahan sama lebih kurang cuma di Pantai Timur wajib kena buh lengkuas tetapi belah utara dulu arwah mak cuma masukkan hirisan halia. Lain-lain sama sahaja bahannya seperti bawang merah, bawang putih, cili, serai dan asam keping.
Resepi masak ikan singgang
Lagi satu perbezaan ketara pindang dengan singgang ni adalah ikan nya. Resepi pantai timur paling sohor adalah singgang ikan aye . Kalau belah utara kami panggil ikan kayu atau ikan tongkol. Selalunya sedap kalau menggunakan ikan tongkol hitam, isinya lebih lembut dan manis berbanding ikan tongkol putih silver tu, lebih keras sebab tu panggil ikan kayu agaknya :)
Cara nak masak singgang nih rasanya adalah resepi paling mudah selepas telur dadar. Bahan-bahan mudah dan hiris-hiris semua, campak dalam periuk buh ikan dan air. Dah didih masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Kan senang sangat.
Meh laa kak ana kongsikan juga bahan dan cara masak singgang untuk yang pertama kali nak cuba. Semoga ada juga manfaatnya, In Syaa Allah...
Bahan-bahan masak singgang
Ikan - ikan tongkol hitam , bersih dan potong ikut saiz yang di kehendaki. potong keping.
1 ulas bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris nipis
4 biji cili api atau ikut kepedasan sendiri
1 biji cili merah - juga di hiris
2 inci lengkuas - hiris tebal pun boleh
1 batang serai - di ketuk
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara masak singgang
1. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili, lengkuas dan serai di dalam kuali atau periuk.
2. Masukkan air secukupnya jangan banyak sangat agak-agak tenggelam ikan dah cukup. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan kepingan ikan dan masak sekali didih lagi hingga masak sempurna.
4. Masukkan asam keping dan rasakan dengan garam. Dah siap. Senang kan..
Singgang budu
Selalunya di pantai timur, mereka akan makan ikan singgang dengan budu. Arwah mertua kak ana kalau musim durian, akan ambil seulas isi durian dan buh dalam piring berisi budu bersama cili api patah, tenyeh-tenyeh kat budu tu. Makan dengan ulam. Kena sangat dah tu, memang berselera makan dengan nasi putih.
Kalau tak ada durian tempoyak pun sedap. Begitu lah kepelbagaian menu makanan kita di Malaysia nih. Penuh harmoni dan meraikan perbezaan dalam kesamaan. Lain negeri lain cara resepi nya jadi tidak ada mana-mana resepi dan cara masakan yang salah pun.
Kak ana paling tak suka bila orang akan komen, masak ini bukan begini, kalau saya buh ini dan itu.. Adoiyai.. resepi ni ikut lah selera dan citarasa masing-masing. Takkan sama semuanya. Raikan perbezaan kan lebih baik. Barulah hidup kita aman dan jauh dari sifat terpaling tahu dalam semua perkara. Jaga jari naa... setiap satu yang kita tulis akan ada audit akhirat nanti.. hati-hati..
7 Comments
boleh bertambah2 makan ni
ReplyDeleteEmak wak pun sebut masak pindang
ReplyDeleteUncle pandai makan budu bila da dengan nasik kerabu je....
ReplyDeleteSetujuuu kak ana. Masing2 orang berbeda selera, JD terkadang ada resep yg dimodifikasi supaya sesuai dengan lidah dia. Saya pun suka modif resep, apalagi kalo pakai jahe. Pasti saya skip jahe nya 🤣.
ReplyDeleteSinggang ini kalo di tempat saya juga disebut pindang. Tp sejujurnya saya tak terlalu suka 😅. Papa dan mama yg sukaaa sangat.
Oh, mula kita ingat tadi masak singgang tu bubuh budu, Kak Ana. Mengusik air liur ni, belum makan lunch lagi.
ReplyDeletemsk singgang ni sy suka kuah dia je. kalau ada ikan tongkol mmg tolak tepi😁
ReplyDeletefuh.. sedapppp ni esp kalau ikan fresh.. lagi la terasa kemanisan ikannya
ReplyDelete