Selalu kak ana nampak je orang duk makan kat mamak, tinggi panjang nipis je tosei . Satu petang tu, kak ana teman suami lepak mamak, tanya lah dia, orang tu makan apa ? Suami kak ana kata, itu tosei tisu. Owh baru tahu nama benda alah yang rupa gituew , hehe :) 

Kak ana pun order lah satu tosei tisu. Bila sampai .... mak aii! Panjang melintang tosei tisu nya. Risau juga kalau duk cecah meja kan, sat gi tak bersih lak nak makan.. tapi tak kena pun pandai je mamak tu buh dalam bekas dan sampai dengan selamat tak kena pada permukaan meja. Jom kita try apa rasa tosei tisu nih ? 


tosei tisu

Tosei tisu 


Kak ana pun pelan-pelan patah kan dan isi dalam pinggan tu. Kena pecah-pecahkan elok-elok kalau tak tertumpah lak. Nipis, rangup sangat ... sedap laa dari makan tosei biasa yang lembut-lembut tu. Kak ana memang suka makan hat garing-garing macam ni. 

Okay, lepas ni tau dah nak order apa kalau makan lepak mamak. tosei tisu satuuuu !!! Makan dengan 3 jenis kuah depa bagi petang tu. Paling sedap hat hijau tu, sambal tosei , kan.. kak ana tak pasti nama sambal tu apa. Tapi sedap.

Makan dengan kuah dhal depa pun okay juga, cuma kari tu kak ana tak ngam sangat sebab cair sangat kuahnya. Menarik juga menu tosei tisu ni. Ada pernah kak ana tengok kat restoran mamak yang lain, tosei tisu di depa buh meninggi. Punya lah tinggi dah macam menara dah.. kreatif sungguh. 

Meriahkan tanahair kita ni dengan kepelbagaian menu yang ada. Raikan perbezaan, yakini halal dan bersih tak salah kalau kita nak menikmatinya. Rezeki yang baik dari Allah swt... syukur selalu.. Alhamdulillah... 

9 Comments

  1. Yg ni mmg fave kakak ngan mak nieyl klu makan kedai mamak...hehehe..
    Kak ana, sorry2 lupa la letak harga woodfire tu..nieyl dah reply komen akak dgn harga hehehe..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan tosei tisu sebab wak tak masuk kedai mamak

    ReplyDelete
  3. Wahh first time dengr ad tosei tisu.. menarik nii

    ReplyDelete
  4. Tosei tisu ni untuk orang berhati tisu.... betul ke? hahehehhe

    ReplyDelete
  5. Yang bentuk kon meninggi tu roti tisu kot kak. Ke memang ada tosei tisu bentuk kon sebab saya belum pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
  6. waahhhhh sedapnyaaa tosei tisu!

    ReplyDelete
  7. Kami panggil roti tisu Kak Ana, kegemaran anak²... Dia punya nipis tu kadang bila kipas berpusing hala ke pinggan, cepat² kena katup roti tu dgn tangan takut terbang 🤭

    ReplyDelete
  8. arwah mak cik sy yg perkenalkan roti tisu ni. dia bw sy g mamak n order. 1st time mkn sy rs tu laa roti tisu plg sedap penah sy telan😁

    ReplyDelete
  9. Roti Tisu dan tosai tisu sama tak? Saya kalo ke kedai mamak, pernah pesan roti tisu, meninggi macam kerucut. Garing crispy.

    Tp tosai pun pernah coba. Cuma yg biasa. Makanya baca ini jadi penasaran sama atau tak dengan roti tisu? Kalo sama, saya sukaa sangat memang. 😄

    ReplyDelete