Inilah antara hasil borong waktu kak ana ke Pekan Sehari Termeloh hari tu yang entrinya kak ana ada terbitkan di SINI . Kak ana sempat membeli sebungkus jeruk maman, petai, tempoyak baru dan ikan pekasam. Selang beberapa hari terhidang lah menu dari bahan-bahan yang di beli di Temerloh.
Kak ana masakkan rendang maman tapi menggunakan maman jeruk yang di beli. Kalau ikut resepi asal negori depa guna daun pucuk maman segar, dan ada tips juga untuk elakkan rendang jadi pahit, katanya. Tapi hat nih, kak ana masak dengan maman jeruk sahaja dan mudah tak pahit dah.
Rendang jeruk maman
Dari pemerhatian kak ana, rendang maman ni selalu di masak dalam kuantiti yang banyak dan kuahnya jauh lebih pekat dari yang kak ana masak nih. Biasanya mereka menggunakan ayam pencen dalam resepi asal menu rendang maman dan daun maman segar.
Ada juga yang menggunakan daging sebagai bahan rendang yang di masak untuk majlis dan perayaan. Betul kan kalau kak ana tersilap naa.. Ini adalah menu masakan orang negori, kak ana sekadar mencuba dengan olahan sendiri sahaja, bukan resepi asal naa...
Resepi dan cara masak rendang jeruk maman
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
1 pek jeruk maman
5-10 biji cili api - mengikut kepedasan masing-masing
1 sudu kecil serbuk kunyit atau kunyit hidup
1 pek santan
1 asam keping
garam secukup rasa
Cara masak rendang jeruk maman
1. Tumbuk cili api dan gaulkan dengan kunyit.
2. Dalam kuali masukkan ayam yang dah dibersihkan, bahan cili api dan kunyit serta santan kedua yang tak berapa pekat. Masak hingga empuk ayam.
3. Kemudian masukkan jeruk maman yang di buang airnya. Masukkan juga santan pekat.
4. Bila dah pekat kuahnya masukkan asam keping dan rasa kan dengan garam secukupnya. Siaplah masakan rendang jeruk maman olahan resepi kak ana. Kak ana tiru resepi dari tiktoker Che Sayang.
Pekasam goreng
Pekasam wadi ikan talapia yang kak ana beli di Pekan Sehari Temerloh nih pun sedap sangat dan bersih serta tak kuat sangat baunya bila di goreng. Kut-kut laa ada nak belajar cara goreng pekasam meh la kak ana share kan disini.
Cara goreng pekasam
Bahan-bahan
Ikan pekasam
Bawang holland atau bawang besar - hiris bulat atau separuh bulat
Cili api dan cili merah - hiris-hiris kan juga
Minyak untuk menggoreng
Cara goreng pekasam :
1. Panaskan minyak, masukkan pekasam dengan beras-beras kering tu sekali. Jangan basuh naa pekasam tu, terus sahaja goreng.
2. Angkat bila dah balikan kedua bahagian dan garing. Sekejap sahaja menggorengnya. Buh laa dalam piring.
3. Dalam minyak yang sama, goreng pula hirisan bawang dan cili api. Angkat dan taburkan di atas gorengan pekasam ampa. Dah siap dah laa... Boleh laa di hidangkan.
Menu tengahari tu memang menu-menu makanan eksotik juga lah, ada pekasam, rendang jeruk maman, garam berlada dengan tempoyak dan petai jeruk. Alhamdulillah sekali sekala menikmati menu kampung memang sedap lah kan ...
7 Comments
dekat opis nieyl ada org jual masa bulan puasa, rendang mamam ni..nieyl tak pernah lagi rasa. .
ReplyDeleteTak pernah miss bila balik kampung beraya dapat makan rendang daging + maman.. sedap sungguh.
ReplyDeletesedapnya rendang jeruk maman
ReplyDeleteTak gheti makan jeruk atau pucuk maman ni
ReplyDeleteKat kebun banyak pokok maman tumbuh, wak buang aje
Maman ni pemes kat nogori.
ReplyDeletekak ana, dr hari tu yg pekan temerloh tu sy baca pasal jeruk maman, akhirnya sy google jugak apalah benda maman ni... rupanya sejenis tumbuhan herba ek... hihihi
ReplyDeleteSaya browsing dulu Maman itu apa yaaa. Kalo lihat dari google ini semacam tumbuhan kah kak? Lalu dibuat manisan (jeruk)?
ReplyDeleteUnik juga. Saya belum pernah rasa samasekali ❤️