Asam rebus ikan kembung
Kak ana masuk kebun belakang rumah baru ni, nampak ada bunga kantan beberapa kuntum. Dalam pasu ada daun kesum, dapat dah idea nak masak asam rebus. Asam rebus ni rasa dia sama macam kuah laksa utara. Sedap buat hirup-hirup.
Sebenarnya kak ana teringin nak masak laksa, tapi malas laa pula nak perisi ikan, nak rebus laksa dan lagipun nak makan bertiga je kat rumah ni.. sudahnya kak ana buat asam rebus ikan kembung, makan lah dengan nasi sedap Alhamdulillah..
Resepi asam rebus ikan kembung
Asam rebus ni sama kekdahnya macam masak singgang jer, campak-campak rebus dah siap. Paling sedap kalau masak buh belacan sikit, tapi kat rumah kak ana nih anak dengan suami alergic pula, bila makan mula naik ruam dan bersin. Jadi rumah ni masakannya semua tanpa belacan. Sedap juga lah.. cuma kurang kick jer .
Setakad ni kak ana cuma tahu masak asam rebus ni guna ikan kembung sahaja. Kalau belah utara kami panggil ikan temenung . Kalau hat kecil-kecil tu kak ana panggil ikan pelaling. Ia lagi lemak dan manis rasa isinya.
Bahan-bahan asam rebus ikan kembung
Ikan kembung
2 ulas bawang merah
1 batang serai
cili blend - ikut pedas sendiri
1 sudu kecil serbuk kunyit atau isi kunyit pun sedap
2-3 keping asam keping
daun kesum
bunga kantan
garam secukup rasa
Cara masak asam rebus ikan kembung
1. Tumbuk bawang merah dan ketuk serai.
2. Dalam periuk masukkan ikan kembung, masukkan bawang merah dan serai yang di tumbuk tadi.
3. Masukkan cili pes secukupnya dan serbuk kunyit. Masukkan air secukupnya dan boleh lah masak hingga mendidih.
4. Lepas sekali didih, masukkan asam keping, rasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan lah daun kesum dan bunga kantan. Bolehlah matikan api.
Dah siap, senang kan.. rebus kan sahaja dan jadilah.. In Syaa Allah..
10 Comments
nieyl suka makanan mcnieee....simple...
ReplyDeletemakan tgh hari memang membangkitkan selera makan niii
Wahhh..Sedap ni kak..Mkn dgn nasi panas...bertambah2 nasi =D
ReplyDeletesedapnya kak ana asam rebus ni makan nasi mesti nak kuah banjir...tapi kalau saya masak ni makan sorang je orang lain tak suka
ReplyDeleteSedapnya ni. Makan dengan nasi panas memang best la Kak Ana.
ReplyDeleteSedapnya asam rebus. Buat hirup kuah tu.
ReplyDeleteini boleh bertambah makan ni kak
ReplyDeleteSediakan nasik tambah banyak2... komfom berselera ni!
ReplyDeleteSedap ni. Jarang dah nak jumpa kat kedai menu ni.
ReplyDeleteammi kena praktis lagi buat asam rebus. haritu buat kuahnya jadi pekat, ammi pun confuse asam rebus ke kengsom ntah hahaha
ReplyDeletesedapnyaaaa
ReplyDelete