Dari bulan lepas kak ana dapat tahu ada event Expo Kucing ni bakal berlangsung kat WTC KL dari tiktok. Memang dah plan dah nak pii dengan Adik Ika. Siap buat reminder kat phone huhu :) Expo Kucing ni cuma berlangsung selama 3 hari sahaja iaitu mulai 6-8hb September 2024. 

Mudah kalau event buat di WTC KL ni kerana boleh pii dengan LRT , MRT atau KTM Komuter, ada access nak ke sana. Kak ana sampai awal pagi juga sebab tumpang suami nak ke pejabat sekitar jam 9 pagi dah sampai sana. Semangat sungguh naahh :) 


 EXPO Kucing WTC KL


Expo Kucing WTC KL 2024

Lepas bersarapan dengan suami, kak ana ke ruang legar WTC dan sekitar jam 9.30 pagi dah mula orang ramai beratur di kaunter penjualan tiket masuk. Aah! Memang ada bayaran tiket masuk ke pameran EXPO KUCING 2024 ni, cuma berharga RM5 seorang dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun kalau tak silap. 

Kak ana biar depa berbaris dulu sebab kaunter belum buka lagi kan. Bila dah mula buka kaunter tiket mulalah beransur reda kerana kaunter ada 4 di buka. Pembelian tiket hanya di kaunter sahaja dan tidak ada pembelian secara online.


Expo Kucing WTC KL 2024


Kita akan di berikan tag gelang sebagai tiket masuk. Kak ana ke Dewan Merdeka di aras 4 sebagai lokasi Expo pertama kerana ada dua dewan di gunakan kalau tak silap satu lagi di Dewan Tun Razak 4 yang boleh di access dari Dewan Merdeka.


Expo Kucing WTC KL 2024


Di Dewan Merdeka tak banyak booth kucing yang ada, kebanyakannya booth jualan makanan, pasir , perubatan kucing dan sebagainya. Namun tetap ramai pengunjung di sini. Macam-macam booth dan jenama makanan serta pasir dan ubat-ubat dak bulus ada di jual di sini. 


Expo Kucing WTC KL 2024


Selepas ronda-ronda Dewan Merdeka kak ana terus ikut laluan ke Dewan Tun Razak 4. Sepanjang laluan terdapat jualan dan pameran anak-anak kucing pelbagai cat breed. Dari harga yang puluh ribu ringgit hingga lah untuk di adoption pun ada kat sini. 


Expo Kucing WTC KL 2024


Bukan setakad kucing dan makanan serta pasir depa, peralatan accesories depa, katil, sofa, stroller malahan ada mansion kucing yang mewah juga ada di jual dan di pamerkan disini. Meriah sungguh kerana ada pengunjung yang datang dengan membawa anak-anak bulus masing-masing sama ada dalam carrier atau stroller. 


Expo Kucing WTC KL 2024


Masyaa Allah.. sepanjang berada di ruang pameran, tak habis duk senyum tengok gelagat kucing-jucing yang datang bersama tuan depa. Agak terperanjat juga kak ana kerana ramai sangat kaum Chineese yang datang dengan kucing dari breed yang mahal-mahal ni. 

Memang di penuhi oleh kaum Cina dan Melayu secara majoritinya, tak nampak ramai kaum India di ruang pameran. Dan kebanyakannya memang friendly sangat bila orang ramai sentuh dan ambil gambar atau video kucing depa. 


Expo Kucing WTC KL 2024


Selain kucing, ada juga pameran arnab, guinea pig , ular dan alpaca kak ana jumpa di pamerkan di Dewan Tun Razak 4 ni yang lebih besar dan meriah dari Dewan Merdeka. 

Kat bawah ni kak ana sertakan beberapa keping gambar kucing-kucing sama ada di booth pameran atau di bawa pengunjung secara rawak yang sempat kak ana rakamkan. Comel semuanya tak kiralah breed apa sekali pun, kalau dah nama kucing memang semuanya comel-comel. 


Expo Kucing WTC KL 2024


Expo Kucing WTC KL 2024


Expo Kucing WTC KL 2024


Expo Kucing WTC KL 2024


Expo Kucing WTC KL 2024

Expo Kucing WTC KL 2024


Kak ana di baca di brocher yang di berikan bersama tiket, akan datang pada 27-29 Disember 2024 nanti akan berlangsung pula Aquatic Expo pameran ikan-ikan hiasan di Pavilion Bukit Jalil. Khas untuk peminat ikan-ikan hiasan pula laa tu. 


Expo Kucing WTC KL 2024

In syaa Allah kalau ada rezeki di izinkanNya tahun hadapan boleh lah pi sekali lagi Expo Kucing kerana kak ana memang sayang sangat dengan anak-anak bulus ni.

Di rumah ni ada tiga ekor sahaja yang masih ada, Icipan, Melor Sari dan Mama Meyah. Pernah satu ketika ada 17 ekor bila 4 ibu beranak sekali serentak dalam masa dekat-dekat.


Expo Kucing WTC KL 2024


Kak ana sempatlah beli 3 pek kibbles untuk anak-anak bulus, dapat dua pek free gift dari Power Cat dan satu mainan anak bulus berharga RM5 sahaja. Kucing-kucing kak ana ni dah tua-tua dah tak aktif main macam anak-anak kecil lagi, jadi beli makanan depa dah cukup dah untuk depa. 





5 Comments

  1. saya suka main2 dgn kucing cuma tak komited nak bela sbb costly la kalau bela kucing..my kakak ada 2 ekor kucing dan she spent ratusan ringgit every month utk cat food, vet etc

    ReplyDelete
  2. Ni gambar2 kucing2 kayangan semuanya

    ReplyDelete
  3. Semua kucing comel-comel . Bulu pun gebu gebas . Best juga dapat attend event ni kan .. at least kita boleh tahu jenis-jenis pasir kucing ..makan kucing ..ubat ubatan kucing .tools untuk kucing lagi

    ReplyDelete
  4. Memang pencinta kucing betul ni Kak Ana 👍
    Sama la yg dekat rumah ni, yg dia nak kalau boleh 24 jam is food ja 😂

    ReplyDelete