Resepi paling mudah French Beans Garlic
French beans Garlic atau dalam bahasa Melayu kita kacang buncis tumis bawang putih. Menu ni selalu di masak oleh kaum Cina di restoran depa laa kan. Ada juga di jadikan side dish untuk menu western bersama steak . Resepi ni agak viral juga di tiktok dan baru-baru ini Adik Ika try la buat di rumah.
Tersangat lah senang dan rasanya pun sedap buat kudapan. Bahan tak banyak dan cepat dalam 5 minit dah siap. Rangup berkrup-krup bila makan. Tetapi kenalah ikut teknik nya yang betul untuk dapatkan tekstur yang rangup dan sedap. Meh kak ana share kan di sini resepi dan cara nak buat French Beans Garlic .
Resepi french beans garlic
Bahan-bahan:
French Beans @ Kacang Buncis atau boleh juga gantikan dengan green beans
Bawang Putih , kak ana guna dalam 1 labu kecil sahaja
Kiub ayam atau ikan bilis atau pun boleh guna serbuk perasa
Garam - hati-hati kuantiti kerana serbuk perasa atau kiub ayam dah masin kalau dah guna tak perlu masukkan garam dah.
Minyak Masak
Cara-cara memasak french beans garlic
1. Cincangkan bawang putih. Kuantiti bawang putih ikut selera masing-masing.
2. Trim ke semua green beans @ kacang buncis dan potong kepada dua untuk mudah kita makan nanti. Basuh bersih. Tos kan air dan letak atas tisu dapur supaya betul-betul kering.
3. Panaskan kuali dengan api yang kuat, masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sudah panas, sederhanakan api dan masukkan kacang buncis yang sudah di trim dan goreng kira-kira 3-4 minit sehingga layu. Angkat, tos, dan ketepikan.
5. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan pula bawang putih yang sudah dicincang tadi. Biarkan ia ditumis sehingga naik bau. Jangan terlalu lama nanti cepat bawang putih cepat hangus. Masukkan serbuk perasa atau kiub ayam. Gaul.
6. Kemudian masukkan kembali kacang buncis yang sudah layu dan gaul biar sebati.
7. Siap angkat dan bolehlah di makan panas-panas. Memang akan rangup dan sedap rasanya buat kudapan atau pun side dish untuk hidangan ampa.
Mudah dan cepat sahaja, kan. Kalau nak gantikan dengan butter pun boleh lagi sedap dari minyak masak. Cuba naa... Hidangan ni kalau di restoran dim sum harga dia RM16 pun ada, kan senang buat sendiri di rumah buat ghaso-ghaso kata orang. Semoga bermanfaat...
8 Comments
senangnya... kacang buncis ni mmg fav... sy suka tumis udang sos tiram atau tumis telur... lps ni boleh try chinese style ni pulak... mst sedap diratah mcm tu saja
ReplyDeletesedapnya! saya suka mkn sayur2 kacang2 gini, cuma jrg2 mkn kcg buncis ni..biasanya mkn kacang panjang jer
ReplyDeleteBuat lah lebih... hantar sini... hehee
ReplyDeleteok balik ni nak buat la sbb ada kacang buncis di rumah..hehe
ReplyDeleteThank you for sharing..
Senang sangat ni....nanti boleh buat.
ReplyDeletemasakan mudah cepat siap sedap nmpknya
ReplyDeleteBerarti buncis 2x goreng ya kak? Saya suka buat tumis buncis bawang putih. Tp digoreng terpisah..nak coba lah cara ini, kalo digoreng 2x.
ReplyDeletekacang buncis ni faveret anak dara. kalau abah dia tanya nak beli sayur apa jawapan dia confirm "kalau tak buncis mesti siew pak choy". masak maggi pun letak buncis...adoilah anak
ReplyDelete