Agak lama juga kak ana tak bercerita kisah pokok-pokok kan. Asyik sembang kisah makan jer selalunya :) Kak ana masih lagi diberikan Allah swt kudrat untuk melayan tanaman di laman. Di laman hadapan kak ana hiasi dengan pokok-pokok bunga hiasan taman dan di kebun sekangkang kera belakang rumah masih ada tanaman herba untuk masakan dan sebagainya. 

Itulah aktiviti kak ana luangkan setiap hari, pagi di hadapan rumah belah petang pula kat belakang melayan pokok. Kadang-kadang bila badan tak berapa sihat, ermm... rehat kan sahaja, dah datang semula kudrat barulah kak ana sambung. 


cara tanam pokok ros jepun


Kisah hari ini adalah aktiviti kak ana tanam semula pokok bunga ros jepun. Sepasu ros jepun ni anak kak ana , Adik Ika belikan di nurseri Kusta Sungai Buloh beberapa bulan lepas. RM15 sepasu, penuh bunga ros jepun warna pink. 

Sampai lah ke hari ini, entri ini di terbitkan 6hb September 2024, ia masih lebat berbunga tanpa henti. Kak ana gantungkannya di bahagian luar pagar rumah. Memang cantik sangat reflexs dari pagar warna putih tu. 


Cara tanam pokok ros jepun 


Cara tanam pokok ros jepun


Cuma kak ana tengok dah mula tua batang-batang dahannya dan banyak bunga-bunga dah mula mengecil saiznya. Erm.. dah tiba masa nak kena re potted nih atau tanam semula. Kalau di biarkan lama-lama ia akan terus kering dan pupus dengan sendiri. 


Cara tanam semula / semai pokok ros jepun 



Cara tanam pokok ros jepun


Kak ana angkat pasu dari gantungannya dan bawa ke meja. Memang kena duduk lama juga proses nak trim dan tanam semula sebab dahan-dahannya banyak. Kena belek satu per satu. Cari dahan yang dah tua , yang dah tak berbunga lagi tu tapi yang masih berdaun lebat hijau, potong dan asingkan. 



Cara tanam pokok ros jepun


Masa susun tu kena buh selari supaya kita tahu mana yang nak cucuk semula untuk re potted. Kalau tak salah pacak nanti tak jadi pula ia tumbuh dengan elok. Mana yang dah terlalu kering tu , buangkan sahaja dan buangkan juga baki bunga-bunga yang dah layu dan kering yang masih melekat pada dahan-dahan kecil. 



Cara tanam pokok ros jepun


Sediakan medium tanah campuran, selalunya kak ana gunakan tanah beli di nursery Kusta Sungai Buloh ni hat campuran organik berharga RM1.50 se paket tak pun beli di MR DIY pun elok-elok jenis tanah campuran berharga RM2 kalau tak silap. 

Cucuk kan semula batang-batang pokok ros jepun yang kita dah trim dari induk asalnya. Cucuk-cucuk sahaja ke dalam tanah tu. Siram dengan siraman perlahan dan teduhkan dahulu semaian di tetapi biar ada cahaya matahari . Maksud kak ana bukan di tempat terbuka lagi di awal-awal semaian ni. 



Cara tanam pokok ros jepun

In Syaa Allah.. dalam seminggu kita dah boleh nampak ia mula hidup dan sambung berdaun baharu dan berbunga semula. Sama lah yang baki induk dalam pasu yang kita trimed tu pun akan naik daun-daun dah dahan baharu dan kembali berbunga. Siram hari-hari kalau cuaca panas, naa ..

Memang senang sangat penjagaan pokok bunga ros jepun ni. Kak ana sendiri tak buh apa-apa baja , tetapi ia masih banyak berbunga. Pokok ni sejenis yang suka pada pancaran matahari terik. Ia berbunga waktu pagi sahaja kembangnya hingga ke tengahari. 

Selalunya ia kembang mulai jam 10 pagi, sebab tu kadang-kadang ada orang panggil ia bunga pukul 10. Macam-macam nama ikut tempat masing-masing. Ia memang cantik dan ada pelbagai warna ,  ada juga yang saiz selapis tapi besar-besar bunga. Warna-warni yang terang tu sangat menarik hati bagi pencinta keindahan bunga-bunga hiasan... Indahnya ciptaan Tuhan yang Maha Sempunra.. 

11 Comments

  1. Orang tangan subur ni tanam apa pun menjadi... Cuba uncle yg tanam... Hampeh!

    ReplyDelete
  2. Rajinnya kak ana menanam bunga. Cantik juga bunga dia kan warna tu terang je.

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat tanam pokok ni, cantik + senang juga nak tanam berbanding pokok bunga yang lain

    ReplyDelete
  4. Betul, kami panggil bunga pukul 10 :D
    Dulu dekat rumah Makcik PH, lamannya dia mmg dihiasi pokok ros jepun ni, terhampar elok je di halaman, bukan dlm pasu, tanam atas tanah. Kdg berangan jadi org kenit, dok guling² dekat pokok bunga tu 😆
    Semoga pokok ros jepun Kak Ana ni terus subur dan lebat berbunga

    ReplyDelete
  5. Cantik ros jepun macam2 warna kena ubah n tanam ganti pokok lama

    ReplyDelete
  6. Sebelum baca ini, saya tadi lihat iklan ttg bunga mawar yg biasa ditanam merambat pada dinding. Cantiiik sangat. Kalo kata iklan bunga Ros atau mawar jenis yg mudah dipelihara. Ntahlaah, Krn saya merasa banyak gagal kalo pelihara tanaman. Padahal memang sukaa sangat kalo melihat tanaman cantik berkembang begini

    ReplyDelete
  7. wahhh terbaiklah! lps ni boleh cari yg kaler putih pulak... baru cun👍👍👍😀

    ReplyDelete
  8. Rajinnya. Kalau saya, memang minat tumbuhan berbunga juga tapi masa tu terhad untuk tanam semula tu. Tapi kalau rajin memang hasilnya cantik sangat.

    ReplyDelete
  9. bunga2 nya cantik!! cuma bila dh penuh sgt pasu, jd serabut plak..saya pernah jugak tanam2 bunga2 ros jepun ni zmn PKP then dh bosan, so tanam pokok bunga lain plak hahahah

    ReplyDelete
  10. Dulu kt rumah banyak laa tanam pokok rose kepun ni . Macam- macam warna .. bila kembang bunganya nampak cantik ..ibarat taman bunga . Penjagaan pun sangat mudah

    ReplyDelete