Menu paling senang nak fikir bila dah buntu nak masak apa, kan ibu-ibu sekalian alam ?? Hehe ! Paling mudah kita jadikannya ayam masak kicap. Kak ana ada dua versi masak kicap, satu hat guna cili api dan air asam jawa, tu selalunya untuk ikan keli. Kalau ayam, kak ana masak ala chinesse style guna cendawan dan sos tiram. 


Resepi ayam masak kicap



Rasa dia ala-ala hot-plate sziling tu jer. Cuma kak ana jadikannya berkuah sedikit untuk makan dengan nasi . Nak lauk tambah buat je telur mata, sedap sangat dah tu. Kalau ada anak-anak kebanyakan depa suka la lauk-lauk gini kan. 

Meh laa kak ana kongsikan resepi ayam masak kicap versi kak ana. Sambil tu nak bagitau, daun bawang yang kak ana tabur tu hasil tanaman bawang beberapa minggu yang lepas. Entrinya kak ana ada terbitkan di Cara tanam daun bawang

Mudah kan, bila nak masak, potong je daun bawang dari dalam pasu belakang rumah. Segar dari ladang, gituew. 

Resepi ayam masak kicap 


Resepi ayam masak kicap

Bahan-bahan ayam masak kicap 

setengah ekor ayam- potong kecil 
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada sulah atau lada hitam pun sedap
sedikit serbuk kunyit - untuk menggoreng ayam
sos tiram secukupnya
kicap pekat manis
garam secukup rasa
cendawan butang 
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
daun bawang 

Cara masak ayam masak kicap 

1. Ayam yang dah dibersihkan, gaul dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan sos tiram. Panaskan api perlahan dan goreng separuh masak. Ketepikan.

2. Untuk kuah ayam masak kicap, tumis kan bawang putih dan halia yang dah di tumbuk kasar sahaja. Minyak cukup sekadar untuk menumis tak perlu banyak.

3. Masukkan serbuk lada sulah atau kalau nak guna lada hitam pun sedap juga. Jadi rasa ayam blackpepper gituew :) 

4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat manis. Masukkan sedikit air supaya tidak kering dan mercik tumisan. 

5. Masukkan ayam yang dah di goreng tadi bersama hirisan cendawan butang. Masak hingga didih dan masukkan bancuhan tepung jagung dalam kuah agar pekat.

6. Rasakan dengan sedikit garam, adjust elok-elok supaya tak masin. Matikan api, dan boleh lah tabur kan hirisan daun bawang. 

Sedap pada selera kak ana sekeluarga. Kalau nak jadikan menu mee szling pun boleh juga resepi ni. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah... 

17 Comments

  1. kalau tak ada idea untuk masak, ayam kicap jer lah menunya......

    ReplyDelete
  2. Lain macam seronoknya bila dapat guna daun bawang tanam sendiri ni kan? Hal kecil yang membuat kita gembira.

    ReplyDelete
  3. Ayam masak kicap memang sedap. Tak tolak punya.

    ReplyDelete
  4. Paling senang nak buat & disukai ramai. Hihi

    ReplyDelete
  5. lauk kicap ubah la macam mana pun mmg sedap...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Uncle ni apa-apa masak kicap semua uncle suka... Ye, uncle hantu kicap

    ReplyDelete
  7. Bila tengok akak share pasal masak kicap, dana baru teringat dah lama tak masak ayam kicap hahahha, asik ayam goreng je

    ReplyDelete
  8. Kalau xde selera, buat ayam goreng kicap..memang laju aje menyuap

    ReplyDelete
  9. suami saya yang suka lauk macam ni... ayam kicap. ikan kicap.. daging kicap

    ReplyDelete
  10. masak kicap ayam ramai peminat sedap n cpt nk masak

    ReplyDelete
  11. Salah satu masakan kegemaran Naim, benda senang orang lelaki macam Naim pun boleh buat

    ReplyDelete
  12. Ayam masak kicap memang LZ akan masak at least sekali dalam seminggu.. Memang sesuai dengan menu bila takde idea.. Betul sangat Kak Ana, hehehe

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaaa mkn dgn nasi panas2

    ReplyDelete
  14. Walaupun resepnya beda dengan yg saya biasa pakai, tp menu ayam kecap di manapun selalu sedap , dan mudah 😁👍. Memang masakan yg saya favoritkan kalo dah bingung nak masak apa 🤭

    ReplyDelete
  15. lamanya tak buat ayam masak kicap.. tengok ni, nampak sedappp pulak

    ReplyDelete