Buah pulasan
Apa beza buah pulasan dengan buah rambutan ? Haha skema sangat soalan gini kan... Tengok dari jauh pun dah tahu beza buah pulasan dengan rambutan. Dari nama pun dah tahu bezanya, buah pulasan kena pulas untuk buka dan buah rambutan berambut di luarnya sebab tu di panggil buah rambutan, hehe :)
![]() |
buah pulasan |
Buah pulasan
Kak ana beli buah pulasan ni sewaktu ke MAHA 2024 di Maeps, Serdang hari tu. Beli di Pavilion negeri Selangor, di jual di booth Selangor Fruit Valley, Rawang tu . Dua kilo berharga RM10. Murah sangat kan..
![]() |
buah pulasan |
Isinya manis, tebal juga dan lekang. Buah pulasan jarang yang tak tebal isi nya kan, dan selalunya lekang berbanding rambutan, kan. Manis buah pulasan ni manis-manis mild sahaja berbanding manis cik rambutan, kalau dapat yang betul-betul bagus memang manis leting.
Nak buka tu kena pulas kadang-kadang sakit juga jari memulasnya sebab ada rerambut tebal tu kan. Kalau ada pokoknya mesti seronok kan. Tapi ruang kak ana terhad nak tanam pokok-pokok besar . Kak ana tanam pokok bersifat sementara sahaja .
Dapat sekali sakala makan buah pulasan ni memang sedap sangat kan. Alhamdulillah di rezekikanNya menikmati ciptaan Tuhan yang Maha Sempurna dan Bijaksana..
12 Comments
masa wak keje kt jakarta tuari tu, ramai dorg tak kenal buah pulasan nih., huhu
ReplyDeletesaya tak pernah mkn buah pulasan wpun tahulah kewujudan buah ni..teringin la nak try
ReplyDeleteSy suka pulasan tapi kadang susah nak jumpa yg langkah isinya.
ReplyDeleteKalau diberi pilihan, Uncle lagi suka pulasan.
ReplyDeleteBuah pulasan ni sedap kalau tebal dan manis isinya.
ReplyDeleteBetul, nak kena pulas² tu kdg sakit tangan haha... Tapi worth it sebab sedap buah ni. Cuma itulah kecik² dulu Sy x suka, macam ada bau sikit buah pulasan ni. Dah besar ni suka pulak :D
ReplyDeleteDah lama sangat tak makan buah pulasan ni.
ReplyDeletesedapnya pulasan fevere kak tu
ReplyDeletesedapnya buah pulasan niiiii...
ReplyDeleteSusah juga nak cari buah ni di pasaran.
ReplyDeleteSaya pernah coba juga, kali lagi musim di Medan banyak yg jual. Dan memang rasanya seinget saya lebih mudah lekang buahnya. Kalo rambutan saya tak suka Krn daging buahnya sering nempel dengan kulit Ari biji. Yg pulasan ini seinget saya LBH mudah dimakan.
ReplyDeleteTp di jakarta memang jarang ada. Medan yg banyak.
Bagi saya pulasan ni lebih mudah nak kupas sebab kulit dia agak rapuh, pulas pakai tangan je. Kalau rambutan saya kena gigit dulu kulitnya😅
ReplyDelete