Apa beza buah pulasan dengan buah rambutan ? Haha skema sangat soalan gini kan... Tengok dari jauh pun dah tahu beza buah pulasan dengan rambutan. Dari nama pun dah tahu bezanya, buah pulasan kena pulas untuk buka dan buah rambutan berambut di luarnya sebab tu di panggil buah rambutan, hehe :) 


buah pulasan
buah pulasan


Buah pulasan 


Kak ana beli buah pulasan ni sewaktu ke MAHA 2024 di Maeps, Serdang hari tu. Beli di Pavilion negeri Selangor, di jual di booth Selangor Fruit Valley, Rawang tu . Dua kilo berharga RM10. Murah sangat kan.. 



Buah pulasan
buah pulasan


Isinya manis, tebal juga dan lekang. Buah pulasan jarang yang tak tebal isi nya kan, dan selalunya lekang berbanding rambutan, kan. Manis buah pulasan ni manis-manis mild sahaja berbanding manis cik rambutan, kalau dapat yang betul-betul bagus memang manis leting. 

Nak buka tu kena pulas kadang-kadang sakit juga jari memulasnya sebab ada rerambut tebal tu kan. Kalau ada pokoknya mesti seronok kan. Tapi ruang kak ana terhad nak tanam pokok-pokok besar . Kak ana tanam pokok bersifat sementara sahaja .

Dapat sekali sakala makan buah pulasan ni memang sedap sangat kan. Alhamdulillah di rezekikanNya menikmati ciptaan Tuhan yang Maha Sempurna dan Bijaksana..