Kak ana suka beli ikan siakap dan ikan kembung setiap kali ke pasaraya atau kedai Acheh untuk stok lauk di rumah. Sebab nya ikan kembung atau ikan siakap ni banyak pilihan menu nak di jadikan masakan sekeluarga. Masak lah apapun, In Syaa Allah kena je dengan rasa dan selera. 

Ikan siakap misalnya, nak kukus, masak sweet sour, sambal ikan, gulai , kari , masak lemak apa pun boleh je di warnai. Mudahkan. Kalau goreng makan gitu pun sedap dah . 


Resepi acar ikan

Resepi acar ikan 


Hari tu, kak ana masak kan acar ikan siakap untuk hidangan kami sekeluarga. Senang sangat ni kira resepi penyelamat lah kan, setelah buntu nak masak apa dah :) Tapi tak lengkap juga kerana tak buh biji sawi. 

Tak ada stok biji sawi di rumah, dan kak ana pun selalu keliru biji sawi dengan chia seed hehe . Biji selasih pun lebih kurang je rupa bentuknya kan. Lagipun kak ana tak suka sangat makan ada biji-biji halus dalam makanan ni, rasa macam tak perlu jer. 

Tapi kalau ikut resepi arwah mak kak ana masak, dia akan taburkan biji sawi dalam masakan acar ikan ni. Ni kira acar ikan versi moden, caca marba sikit. Jom tengok bahan yang kak ana masukkan dalam resepi mudah acar ikan siakap. 

Bahan-bahan acar ikan

1 ekor ikan siakap , potong keping
3 biji bawang kecil - kalau tak de bawang besar pun sama jer 
3 ulas bawang putih
1 inci halia - mayang halus
1-2 biji cili merah ( kalau suka pedas buh la cili api )
1-2 sudu cuka masakan
sedikit gula dan garam untuk perasa
tomato -jika suka 

Cara masak acar ikan 


1. Ikan siakap lumur dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan dahulu.

2. Dalam minyak yang sama, kurangkan sedikit, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah hingga masak.

3. Masukkan cuka dan tambah sedikit air. Jangan sampai berkuah sangat, cukup sekadar basah-basahkan lauk sahaja.

4. Dah didih kuah masukkan tomato. Rasakan dengan gula sedikit untuk meneutralkan rasa cuka. Masukkan garam secukupnya.

5. Akhir sekali masukkan ikan siakap yang dah di goreng dan gaul sebati dalam kuah. 

Siap dah menu ringkas acar ikan siakap. Lain tempat lain gelaran nama untuk menu masakan seperti ini, kan. Inilah uniknya kepelbagaian dalam negara kita. Tak ada yang salah dan benar dalam resepi masakan masing-masing ada cara yang tersendiri. 

Semoga bermanfaat... 

13 Comments

  1. Dari gambar SA tau mesti sedap...nanti nak cuba laa

    ReplyDelete
  2. nampak sgt sedap!! saya suka ikan siakap, biasanya kalau kat restoran, order siakap steam asam boi/limau/halia..dan kat cafe uia ada jual siakap masak sup, pun sgt sedap laaa

    ReplyDelete
  3. Dapat rasa sedap lauk ni. Thanks kongsi resepi ni Kak Ana.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Rasa dia ada masam2 sikit kan?. Sorry komen sebelum salah ejaan.

    ReplyDelete
  6. Pernah makan tapi belum pernah masak acar ikan siakap ni.. sedap huhuu :D

    ReplyDelete
  7. Wah.. nanti boleh try. Tq share resepi

    ReplyDelete
  8. Papa Krn sukaaa sangat ikan, jadi dulu saat masih tinggal di Aceh, memang sering mama masak kuliner ikan termasuk dibuat acar seperti ini. Saya sendiri kadang suka, kadang tak. Tergantung ikannya kak. Tapi kalo siakap memang sedap 😍👍. Susah nak tolak kalo dah siakap 😄

    ReplyDelete
  9. kalau ada bayam goreng ni fuhhhh cukup dah mkn dgn nasi panas2

    ReplyDelete