Selesai dah event MAHA 2024 yang berlangsung dari 11hb - 22 hb September 2024 yang lalu. Alhamdulillah direzekikanNya kak ana hadir tahun ini dan kebetulan juga anak kak ana Ika bertugas di sana atas urusan syarikat yang di wakilinya.
Satu pengalaman baru buatnya kerana hampir dua minggu berkampung di sana bersama rakan-rakan sekerja dalam bidang kejuruteraan berkaitan pertanian moden. Penat sangat katanya namun ia satu pengalaman yang amat berharga.
Dua hari terakhir tu dia tak bertugas dah kerana di beri pelepasan oleh boss nya kerana jatuh pada hari lahirnya. Dapatlah dia berada di rumah bersama kami nak sambut birthday. Team sekerjanya lah yang bertugas hingga lewat pagi untuk teardown booth.
Mereka ada dua booth satu di Hall A dan satu lagi di Pavilion Rumah Selangor. Selesai semua urusan, pagi Isnin kawan-kawannya duk tanya sapa nak pokok-pokok bunga kerana banyak yang exhibitor tinggalkan suruh siapa yang nak ambil sahaja bawa balik.
Malam 22hb September tu lagi kak ana dah tengok di Tiktok, seronoknya orang ramai yang ada di sana bawa balik pokok bunga di sekitar pavilion negeri bila exhibitor beri depa ambil sahaja. Maklum lah banyak kan ribuan pokok tak semua depa nak bawa balik ke negeri masing-masing. Jadi rezeki lah siapa yang ada ketika itu.
Kawan-kawan Ika dapatlah beberapa pokok dan bawa ke pejabat depa di Damansara. Sampai office berbagi pula di kalangan kawan-kawan sepejabat khasnya geng perempuan lah kan. Lelaki ni tak heran pun depa pokok-pokok gini.
Siap bagi-bagi harta, Ika dapatlah 2 pollybag bunga marigold atau bunga tahi ayam oren, dua pollybag pokok bunga bayam merah, satu pollybag pokok zinnia putih dan satu pasu pokok orkid ungu putih. Alhamdulillah rezeki juga tu.
Petang Isnin tu dia bawa balik dan terus kak ana tukar ke pasu. Pokok marigold dan bayam merah tu nampak dah tak sihat. Tapi kak ana cuba juga trimmed dan tanam semula ke dalam pasu. Paling tidak pun boleh jadikan biji benih kerana pokok-pokok ni senang hidup dengan taburan biji benih sahaja, In Syaa Allah.
Zinnia putih halus-halus tu kak ana trimmed juga yang dah layu-layu, tanam semula dalam pasu dan nampak macam ada harapan nak hidup lama, In Syaa Allah. Zinnia pun boleh jadikan biji benih dari kuntuman yang dah kering nanti.
Dan orkid ni lah paling kak ana teruja dapat. Ini merupakan percubaan pertama kali kak ana bermain dengan pokok orkid. Kak ana tak pernah beli atau tanam pokok orkid kerana risau ia tidak menjadi. Dulu mak saudara kak ana ada juga tanam dan bela orkid di kampung kami, Teluk Intan.
Tapi biasanya lepas berbunga sekali dua langsung dah tak muncul bunganya. Itu yang kak ana malas sikit nak berjinak dengan orkid. Ni sebab dapat free kan, cubalah tengok macam mana. Kak ana perlu study juga cara penjagaannya. Mudah-mudahan bertahan lah yer.. Aamiin...
12 Comments
Wah untung Kak Ana dapat banyak bunga dari MAHA. Kalau beli kat nursery tu berapa agaknya dah habis duit kan. Ni dapat free je. Mak saya dulu suka tanam orkid, katanya sebab senang nak jaga. Kalau saya pulak, apa2 saya tanam semua tak menjadi sebab tangan panas ðŸ¤
ReplyDeletewahhh best tuuuu dapat bunga free... kalau adaaha lg sy nk.pokok cili boleh x?🤣🤣🤣
ReplyDeleteBestnya dapat pokok bunga gratis
ReplyDeletewah bestnya..dpt bunga..
ReplyDeleteBetul² nampak juga dekat TT org bawa balik pokok² hiasan di MAHA ni... Arwah nenek suami pernah bagi sepasu pokok orkid. Sy tak pandai jaga last² mati pokok tu ðŸ¤
ReplyDeleteseronok tanam okid ni ana cuba hobi ni pulak
ReplyDeleteCantiknyaaa
ReplyDeleteOh? Ada pokok yg ikut balik eh?
ReplyDeleteCantik-cantik la bunga tersebut dan boleh buat taman mini kalau ada tempat atau masa terluang
ReplyDeletecantiknya warna orkid tuu.. soft je
ReplyDeleteKalo lihat aneka bunga seperti ini teringin nak tanam. Tp selama ini mati selalu. Dulu mama saya sukaaa sangat gardening kak. Banyak tanamannya, dah subur. Memang buat rileks lah kalo di rumah banyak tumbuhan atau bunga2 cantik begini
ReplyDeleteDapat bunga taik ayam dan bunga balung ayam. Ya dapat kat rumah Pavilion tu lah.
ReplyDelete