Nak kata sambal pun tak ada kak ana gunakan pes cili, cuma hirisan cili api sahaja, kira acii laa kan kita panggil sambal goreng bunga kantan. Tercetusnya ilham nak goreng bunga kantan ni sebab kak ana ke kebun belakang rumah tengok banyak pula bunga kantan muncul. 

Sayang sangat, kerabu dan biasa buat dah kali ini, kak ana try je goreng dan hasilnya, Alhamdulillah sedap kena dengan selera kak ana. Bahan pun kak ana guna yang ada di dapur ni sahaja. Kalau makan dengan nasi goreng atau bubur nasi pun boleh juga nih. 


Sambal goreng bunga kantan


Sambal goreng bunga kantan 


Dah agak semak juga kebun sekangkang kera belakang rumah kak ana nih. Musim hujan petang-petang kan, payah nak turun bersihkan rumput. Kak ana pun kebelakangan nih sering sakit belakang dan kebas-kebas kaki dan tangan. Kalau tak ada tenaga sangat tak mampu nak turun bersihkan kebun. 

Pelan-pelan juga sekali sekala dalam sejam jadi lah turun, cabut rumput, cantas dahan apa yang sempat. Tak macam dulu, boleh je duk kebun 2 jam lebih tak de hal. Tiga hari siap bersih rumput. sekarang ni asyik bertangguh je la.. 


Sambal goreng bunga kantan


Pagi tu , turun kejap dapatlah bunga kantan 2 kuntum, serai, daun selasih nak masak pad kra pao dan daun pandan nak buat bubur pulut hitam. Syukur sangat ada pokok-pokok keperluan ni sekitar rumah, mudah bila nak guna petik-petik sahaja. Alhamdulillah... 


Sambal goreng bunga kantan


Resepi sambal goreng bunga kantan 


Bahan-bahan :

2 kuntum bunga kantan - tak kisah yang dah kembang atau masih kudup
segenggam ikan bilis 
2 biji bawang merah 
3-4 biji cili api, kalau suka pedas buh laa lebih
garam secukup rasa
1 biji limau kasturi atau lipas nipis 
minyak untuk menumis

Cara masak sambal goreng bunga kantan 

1. Hiris halus bunga kantan, bawang merah dan cili api.

2. Panaskan minyak gorengkan ikan bilis hingga garing dan ketepikan. 

3. Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan cili api yang di hiris halus hingga masak.

4. Masukkan hirisan bunga kantan, rasakan dengan garam. 

5. Kacau sebati dan taburkan semula ikan bilis yang di goreng tadi. Angkat dan siap hidangan perahkan jus limau. 



Cara masak sambal goreng bunga kantan

Dan terhidanglah menu makan tengahari kami sekeluarga , ada ayam pad kra pao, sambal kantan dan telur mata. Alhamdulillah... simple-simple sahaja rezeki dari kebun. Sekarang ni pun jarang dah kak ana nak masak yang berat dan banyak menu, sebab makan tak berapa selera sangat. Dapat hidangan panas-panas baru laju sikit menyuap ke mulut.. 

Kalau ampa jumpa bunga kantan boleh lah try naa... Selain dari masukkan dalam asam pedas, asam rebus, kerabu dan laksa, try pula gorengkan dia, mana tahu kena dengan selera pula kan.. Semoga bermanfaat... 

9 Comments

  1. Nampak sedap ni. Belum try buat sambal bunga kantan ni. Mesti bau dia wangi ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa...rasa mcm kerabu ikan bilis...yumyum...

    ReplyDelete
  3. campur bilis banyak sedap tu

    ReplyDelete
  4. Menarik la resipi sambal bunga kantan kak Ana ni. Saya nak try jugak la lain kali. Balik2 buat nasi goreng bunga kantan, sesekali tukar resipi pulak 😃

    ReplyDelete
  5. br kelmarin dpt 5 btg kantan. mcm nak buat la. thanks for sharing the recipe.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya ada pokok kantan sendiri, pokok saya baru tanam tapi macam tak mau hidup je tu.

    Menarik resepi kak Ana, tentu sedap aroma bunga kantan yang dihiris tu.

    ReplyDelete
  7. sedapnya akak.. favorite busyra ni bunga kantan.. penambah selera. dalam sambal ayam pun busyra letak.. sedap!

    ReplyDelete
  8. Cantiknya warna dia...
    Sy x pernah masak gini. Nanti boleh try la... Mesti wangi je sambal dek aroma bunga kantan tu

    ReplyDelete
  9. Ini sambal fav saya jugaaa kak. 😍😍😍. Makan pakai sambal honje (di Indonesia bunga kantan disebut honje atau kecombrang) lalu telur dadar, dah nikmat sangat kan 😄😍

    ReplyDelete