Beli rumah lebih jimat dengan kempen Hartanah Bumiputera Matrix
Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix Concepts, kali ini di rezekikanNya kak ana hadir sendiri melihat perkembangan projek dan mengunjungi rumah contoh yang ada di sana depan mata.
Masyaa Allah.. sangat tertarik dan teruja bila sampai di Bayu Sutera, Sendayan nih. Apa yang kak ana kongsikan secara gambar tetapi ianya telah pun wujud dan ada di depan mata. Melalui jalan-jalan ke rumah contoh kak ana melihat sendiri tersegam indah Matrix International School, deretan kedai dan pejabat di Sendayan Merchant Square , malahan berdekatan juga dengan Sendayan X Park.
Ia merupakan sebuah bandar terancang dengan penelitian yang baik oleh pemaju Matrix Concepts yang mengungguli pembangunan frasarana di bandar Sendayan itu sendiri. Sambil melihat beberapa keping foto yang kak ana ambil di rumah contoh Melora, Bayu Sutera, kak ana nak kongsikan dengan korang, kali ini satu peluang keemasan yang khusus untuk kita Bumiputera merealisasikan impian memiliki rumah idaman di Bayu Sutera.
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix
Mula-mula kita fahami dahulu apakah yang di maksudkan dengan Hartanah Bumiputera ? Ia merupakan satu insentif eksklusif khas untuk kaum bumiputera memiliki rumah bertanah dan unit komersil pada nilai harga yang berbeza dan lebih baik.
Ini adalah kempen yang di laksanakan oleh pemaju ulung untuk perumahan di Bayu Sutera dan Eka Heights, Sendayan, pastinya Matrix Concepts Sdn Bhd, kerana itulah ia di namakan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix bermula dari tarikh 11hb November 2024.
Objektif Kempen Hartanah Bumiputera Matrix
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix dengan objektif menyampaikan sasaran kepada bakal pembeli tentang kelebihan kita sebagai bumiputera antaranya :
- Meningkatkan kesedaran tentang pemilihan rumah bertanah dan hartanah komersial secara eksklusif untuk bakal pembeli bumiputera.
- Mempermudahkan membuat pilihan dengan menyediakan rangkaian hartanah yang pelbagai, memudahkan pembeli mencari ideal mereka untuk pelaburan rumah atau unit komersial.
Di samping di pihak pemaju untuk mencapai target meningkatkan Jualan unit yang dipilih. Berikut merupakan senarai projek hartanah yang mengambil bahagian dalam kempen Hartanah Bumiputera Matrix , Bayu Sutera (3A), Bayu Sutera (4A3), Bayu Sutera (4A1) , Eka Heights 8A , Eka Heights 8B dan unik komersil Irama Biz .
Tawaran penjimatan hebat sempena kempen Hartanah Bumiputera Matrix
Apa yang bakal kita perolehi penjimatan daripada kempen Hartanah Bumiputera oleh Matrix Concepts ini untuk pembelian projek hartanah yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :
#1 - PENJIMATAN HEBAT Sehingga RM 150,000*
Penjimatan adalah berbeza bergantung pada projek hartanah yang terpilih merangkumi pengiraan penjimatan bagi penjimatan keahlian eksklusif, penjimatan dari pemberian percuma broadband dan servis internet selama setahun, penjimatan dari urusan yuran guaman, MOT & MOC serta penjimatan untuk kelengkapan peralatan sistem rumah pintar.
#2 - BAYARAN BULANAN RENDAH daripada RM 2,083*
Mengikut ketetapan pinjaman yang menjadikan ansuran rendah membolehkan pembeli berkemampuan memiliki rumah idaman di sini.
#3 - MILIKI RUMAH DENGAN RM300!*
Selepas penyerahan dokumen lengkap merujuk kepada tawaran yuran tempahan khas RM300 untuk pembeli yang mengemukakan semua dokumen pinjaman yang diperlukan semasa membuat tempahan.
Jika permohonan pinjaman pembeli ditolak, yuran tempahan akan dikembalikan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, jika dokumen pinjaman tidak disediakan semasa membuat tempahan, bayaran tempahan ialah RM1,000
#4 - PEMBIAYAAN PENUH SEHINGGA 100% - 110%
Terdapat beberapa bank tertentu yang menawarkan margin Pinjaman 100%. di mana bakal pembeli tidak perlu membayar apa-apa untuk pembelian rumah. Pembeli mungkin tidak perlu membayar sebarang kos pendahuluan.
Bank tertentu menawarkan kempen pembiayaan yang meliputi 100% hingga 110% daripada harga hartanah, membenarkan kemasukan sifar kos. Walau bagaimanapun, sentiasa semak dengan bank masing-masing untuk kadar terkini dan terma pembiayaan mereka.
#5 - KADAR PEMBIAYAAN RENDAH 3.8% - 3.9%
Tawaran ini merujuk kepada kadar faedah yang lebih rendah yang ditawarkan oleh bank tertentu untuk pinjaman perumahan. Sebagai contoh, beberapa bank, seperti Bank Islam, mungkin menawarkan kadar faedah serendah 3.8%, bergantung pada profil kewangan pelanggan.
Lain-lain bank juga mungkin menyediakan kadar yang kompetitif. Adalah penting untuk menyemak dengan bank masing-masing untuk kadar yang tepat dan terma yang terpakai untuk situasi masing-masing.
Kempen Hartanag Bumiputera Matrix juga merangkumi tawaran insentif eksklusif seperti di bawah :
#6 - Ganjaran rujukan pembeli ( Referral rewards ) yang bermaksud sekiranya kita adalah salah seorang pembeli yang sedia ada dan sekarang jika kita merujuk mana-mana rakan atau keluarga untuk membeli sebarang harta dengan Matrix; dan kita layak untuk Rujukan Ganjaran 1% daripada harga hartanah.
#7 - Program Kesetiaan Pembeli ( Loyalty Programme )
Ini adalah program kesetiaan yang ditawarkan kepada pembeli rumah di mana kita boleh menikmati
Diskaun Pembelian ulangan sebanyak 2% dalam pembelian Projek Matrix yang seterusnya.
#8 - Keahlian Percuma di d’TEMPAT COUNTRY CLUB
Pembeli projek yang mengambil bahagian berhak mendapat keahlian 5 penggal percuma di d'Tempat Country Club , kelab terbesar di Seremban.
Keahlian eksklusif ini memberikan akses kepada pelbagai kemudahan premium, termasuk kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, gelanggang badminton dan banyak lagi. Ia menawarkan manfaat gaya hidup yang hebat untuk pemilik rumah, gaya hidup yang eksklusif.
#9 - Pengendalian Sistem Rumah Pintar
Ia merujuk kepada semua hartanah kediaman dalam projek yang mengambil bahagian dilengkapi dengan Sistem Rumah Pintar, yang direka untuk meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kecekapan tenaga.
Sistem ini membolehkan pemilik rumah mengawal pelbagai ciri rumah mereka, seperti pencahayaan, kamera keselamatan, kunci pintu dan penyaman udara dan lain-lain, melalui aplikasi mudah alih atau peranti yang disambungkan.
Amatlah menarik pada kak ana tawaran yang di berikan bersempena dengan kempen Hartanah Bumi Matrix ni untuk bakal pembeli merebut peluang memiliki kediaman idaman yang cantik dan selesa di Bayu Sutera dan Eka Heights, Sendayan, Negeri Sembilan.
Rebut peluang yang ada di beberapa projek hartanah yang mengambil bahagian. Mungkin penerangan kak ana tidak begitu lengkap namun korang semua boleh sahaja layari ke laman sesawang rasmi kempen Hartanah Bumi Matrix di pautan yang kak ana berikan di bawah ini.
10 Comments
menarikkkk laaa promo...aduhhh berbaloi jd bumiputera hehehe
ReplyDeletemenarikkkk
ReplyDeleteAlangkah bahagianya memiliki banyak rumah....impian yang indah dan tak pasti bila boleh menjadi kenyataan
ReplyDeleteada duit xrugi beli hartanah simpan duit nilainya jatuh
ReplyDeleteWow! Cantiknya dan selesanya rumah!
ReplyDeleteCantiknya rumah dan interior nya.
ReplyDeleteOh ic .. jadi campaign ini memang hanya berlaku untuk Bumiputera saja ya kak 👍.
ReplyDeleteSaya suka juga melihat design dari rumahnya. Looks mewah dan cozy pastinya ❤️
Cantiknya design dan deco rumah ni. Buat teringin jadinya
ReplyDeleteshow house ni memang sgt cantik laaa..jatuh chenta gitew
ReplyDeletepart sistem rumah pintar tu yg best!
ReplyDelete