Kalau dedulu laa kan, nak buat kerisik ni paling la kak ana bercinta sangat.. Waktu arwah mak masih ada, tak kan mak nak beli kerisik di kedai, macam mana pun mak akan buat sendiri di rumah. Tak sedap katanya, tak manis dan kadang-kadang nasib tak baik dapat kerisik beli yang dah tengit baunya. Maknanya kerisik dah tak segar gitu.

Betul juga kadang-kadang kalau kerisik beli ni silap haribulan dapat yang baunya dah tengit. Macam mana nak gambarkan eh, dia ada bau yang tak best la lebih kurang dan ada kalanya mempengaruhi rasa masakan kita.


Cara buat kerisik


Biasanya arwah mak akan buat sendiri kerisik di rumah. Kalau nak raya tu, sebelum Ramadan mak akan siapkan kerisik banyak-banyak dan simpan. Kerisik memang akan tahan bertahun kalau kita buat penyediaannya dengan baik, In Syaa Allah.. 

Kalau dulu memang penat lah nak tolong arwah mak buat kerisik. Part paling kak ana ngelat ialah waktu nak sangai kelapa parut tu. Memang ambil masa lama dan kena kacau tanpa henti pada api perlahan supaya tak hangit dan cantik kejadiannya. 

Itu lah kegigihan mak dalam menyediakan masakan untuk keluarganya. Semoga Allah swt mengangkat kesabaran semua ibu-ibu yang tabah dalam menyajikan sajian yang terbaik untuk ahli keluarga mereka, aamiin.. 


Cara buat kerisik 



Cara buat kerisik


Sekarang ni mudah dengan adanya pelbagai jenama kerisik yang dah siap di pasaran. Beli sahaja bagi yang tak punya kesempatan nak buat sendiri. Tapi pada yang nak cuba buat sendiri kerisik di rumah, kak ana nak kongsikan tips dan cara kak ana buat kerisik dan ia mampu tahan lama tanpa perlu di simpan dalam peti sejuk. 

1. Kelapa parut di goreng tanpa minyak ( di sangai ) di dalam kuali sambil mengacaunya tanpa henti, hingga garing keperangan lebih kurang dalam gambar di atas. 

2. Bila dah cukup garing keperangan, matikan api dan masukkan terus dalam blender dan kisar halus waktu masih panas-panas. Hati-hati ye. Gunakan pengisar kering. 


Cara buat kerisik


3. Blend sehingga keluar minyak dari kelapa parut tadi seperti dalam gambar di atas. Sudukan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk seketika sebelum menyimpannya di dalam bekas bertutup. 

Itu sahaja kekdahnya nak buat kerisik. Ada orang akan masukkan minyak masak dalam kelapa parut waktu blend, tapi cara kak ana tidak, cuma pastikan blend pada suhu kelapa parut sangai tadi masih panas dan ia akan mengeluarkan minyak dengan sendiri. 


Cara buat kerisik


Cuma dah sejukkan kerisik baharu kak ana simpan dalam bekas bertutup dan simpan di suhu bilik sahaja tanpa masukkan dalam peti sejuk . Minyak dari kelapa ni akan mempastikan ia tahan lama. Mudah sahaja kan. 

Kalau dahulu arwah mak kak ana akan giling dengan batu giling kerisik ni hingga mengeluarkan minyak dan halus. Tak pun mak tumbuk dalam lesung batu. Laa nih mudah guna blender sahaja. Cuba naa, pada yang nak ada kelapa parut di rumah. 

Semoga bermanfaat... 

7 Comments

  1. Dulu saya kena tumbuk dalam lesung batu selepas arwah mama sangai. Kenangan.

    ReplyDelete
  2. Dulu2 tumbuk dalam lesung, tiap kali Raya tolong mak atau arwah tok.

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak tolong arwah mak buat. Dulu2 kat kampung kalau nak kenduri mesti rewang buat kerisik ni. Seronok tengok.

    ReplyDelete
  4. Senang nak buat tapi itulah tak serajin mak² kita dulu 🤭

    ReplyDelete
  5. Pernah buat sebelum ni..Lenguh nk tggu kelapa parut tu garing =D

    ReplyDelete
  6. Oaalaaahhhh tadi saya confused juga kerisik ini apa. Ternyata kelapa sangrai 😅😅. Ini pun dulu mama selalu buat sendiri kak. Yang bagian bertugas parut kelapa, dah pasti asisten mama 🤣. Saya tak sanggub kalo itu 😅. Tapi pernah diminta tolong sangrai kelapanya sampai coklat kan, betul lah lengan berotot rasanya hahahhaha. Saluuut memang ibu zaman dulu kuat sangat 😄👍

    ReplyDelete
  7. my mom biasanya akan buat kerisek utk buat rendang time raya laaa..setahun sekali gitu!

    ReplyDelete