Makan tengahari di JIBRIL , Publika, KL
JIBRIL .. unik kan nama restoran nih. Agak viral juga di socmed tapi tak lah sampai beratur nak makan bagai. Kami ke sini beberapa bulan lepas, baru laa nih nak terbitkan entri. Biasa lah kak ana ni kadang-kadang tunggu mood juga nak menulis. Faktor usia laa tu..
Tapi masih akan terus menulis tentang makanan dan apa juga yang mungkin ada manfaat buat sesama insan, In Syaa Allah. Kak ana, suami dan Adik Ika ke Publika, KL tengahari tu. Kami memang mai untuk makan di JIBRIL.
Nak cuba sesuatu yang baru. Selalu lalu lalang di socmed jadi adalah keinginan nak cuba sendiri. Kalau ke Publika ni, parking dia kebanyakannya walet parking, dan agak mahal juga lah rate nya. Jadi kami pusing dan cari lah basement parking untuk yang lebih ekonomi, haa gituew.
Jibril, Publika
Naik ke aras ground nanti korang akan nampak lah JIBRIL. Suasana restoran ni sangat cozy. Dekorasi ala retro dan kelam sahaja pencahayaannya. Dalam kata lain gelap lah dalam tu, tapi ada banyak lampu down light yang cukup terang nak suluh makanan, usah risau tidak lah makan dalam gelap. Cuma ambience nya yang romantik cam tu..
Di Publika ni, memang berderet restoran makan pelbagai kaum. Dan untuk pengetahuan semua, JIBRIL adalah restoran pemilik muslim dan mempunyai pensijilan Halal, Jakim. Tertera besar di pintu masuk tu logo Halal Jakim, Alhamdulillah.. Jom kita masuk makan tanpa was was naa..
Menu dan harga makanan di Jibril
Walaupun JIBRIL terletak di lokasi T20 dan restoran yang gaya mewah begini namun, harga menu masih lagi berpatutan pada kak ana sekeluarga. Berpadananlah dengan sajian premium yang di sajikan dan Masyaa Allah.. semua yang kami makan tengahari tu sedap pada selera kak ana sekeluarga.
Jom kak ana kongsikan antara yang kami cuba hari tu.
seafood marinara pasta |
JIBRIL menawarkan pelbagai menu Malaysia yang terdiri daripada kemakmuran pelbagai kaum. Ada masakan Melayu, Cina dan India serta masakan barat. Keistimewaan mereka juga adalah dalam penghasilan minuman mocktails yang di reka sendiri oleh pemilik restoran ini.
Menu di atas adalah seafood marinara pasta , berharga RM24.90 . Sangat lah sedap pasta marinara ni bila kak ana makan. Gabungan sos pasta marinara yang pekat secukup rasa masam tomato dan terasa home cooked recipe sauce .
Di gabungkan dengan udang dan clams yang segar. Kak ana tak pasti clams dalam bahasa Melayu yang mana satu, kepah atau kupang ? Taburan cheese secukupnya dan cukup moist untuk satu hidangan tanpa kuah sebegini. Memang berbaloi pada harga dan udang yang bersaiz M serta clams.
Green curry butter clams with mantou |
JIBRIL memang banyak menu berasaskan seafood juga. Pilihan kedua kami tengahari tu adalah sajian Green curry butter clams with mantou . Ada dua pilihan portion dan kami ambil yang bersaiz kecil pada harga RM 29.90 sahaja.
Penggemar mantou macam Adik Ika pasti menyukai menu ni. Green curry kuahnya cukup pekat dan sesedap rasa, clams yang segar dan besar di cicah pula dengan mantou goreng garing di luar dan lembut di dalamnya. Ambil saiz small pun dah berbaloi untuk seorang makan, memang kenyang.. Alhamdulillah...
Salted egg butter chicken |
Dan inilah sajian signature JIBRIL berasaskan butter based food , iaitu Salted egg butter chicken yang di hidangkan bersama nasi pada harga cuma RM18.90. Dah signature dish kena lah cuba kan. Gabungan isi ayam yang di goreng sempurna bersalut tepung rangup bersama sos salted egg butter yang padu memberikan rasa sajian butter based yang sangat sedap pada penggemarnya.
Semuanya secukup rasa dan kalau ampa ke sini jangan lupa cuba sendiri naa.. Hidangan ni untuk suami kak ana lah, sebab dia memang lapar nasi kalau pii makan mana pun mesti nak ada sajian nasi gini.
Brownies ice-cream |
Dah kenyang makan makanan menu utama, wajiblah kami ambil pencuci mulutnya pula. Hidangan pencuci mulut akan di hidangkan kemudian selepas habis kita makan menu utama, nanti depa mai anta. Pilihan pertama kak ana nak cuba pula Brownies ice-cream .
Menu dessert ni berharga cuma RM13.90 sahaja. Sesedap rasa brownies yang di makan bersama ais krim vanila bersama chocolate drizzle rasa coklat premiun.
Hat ni paling heaven lah bagi penggemar kek chocolate premium macam kak ana. Royal truffle chocolate cake berharga RM13.90 sepotong sangat lah berbaloi. Kak ana suka sangat rasa kek royal truffle macam ni di makan sejuk. Lembut truffle secukup rasa mewah dengan chocolate dan plating yang cantik dengan hiasan buah strawberri penambah selera.
Tiga minuman yang kami minum tengahari tu semuanya kak ana suka dan tak puas rasanya. Macam kena repeat ni kerana memang sedap dan menyegarkan. Hat atas tu walaupun cuma Honey lemon tapi sangat menyegarkan tekak. Berbaloi pada harga cuma RM 6.90 dan tidaklah over priced seperti kebanyakan restoran masa kini.
Minuman morktails ni paling sedap pada kak ana . Mocktails merupakan gabungan bahan seperti jus, buah-buahan, herba dan soda sajian sejuk yang di gabungkan untuk memberi rasa segar untuk di minum.
Di JIbril ia merupakan keunikan dalam sajian mocktails yang di reka cipta resepi gabungan rasa oleh pemiliknya sendiri. Korang boleh baca di laman web depa ada di ceritakan. Hat atas tu, kak ana paling suka , nama dia Justinian I merupakan gabungan adunan rasa buah longan, lemon, blackcurrant dan soda. Ia berharga cuma lah RM11.90 . Rasa nak buat lah kat rumah , terliur lak tengok semula gambar ni, huhu :)
Nojito moctails |
Dan pilihan mocktails kedua kami pula adalah Nojito yang berharga RM10.90 . Ia adalah gabungan rasa Lime juice, brown sugar, soda dan mint. Sangat lah memberi kesegaran pada minuman ini. Memang kena buat semua resepi mocktails ni nanti sangatlah detox dan sesuai selepas menikmati hidangan butter based dan dessert sebelumnya.
Sehingga hari ni, dari laman web mereka menyatakan terdapatnya 5 buah outlet JIBRIL iaitu di SS15 Subang Jaya (JIBRIL SS15), Publika (JIBRIL Publika), Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (JIBRIL Bangi), Larkin Sentral (JIBRIL JB), & Kelana Jaya (JIBRIL – Culinary Lab, di sini hanya untuk delivery & take away services sahaja , tiada dine in ).
Cawangan terbaharu adalah di Setapak (JIBRIL Setapak) yang di jangka akan mula beroperasi sekitar January 2025. Selain dine -in, korang juga boleh menggunakan panda dan grab untuk lokasi yang berdekatan ampa. Semoga bermanfaat..
11 Comments
Ok lah harga nya... Standard tu... Tp, dengan suasana romantik2 gitu.. Alahai...
ReplyDeleteDulu selalu jugak ke publika... Nanti uncle cari tempat ni
ReplyDeleteNampak menarik hidangannya Ana. Boleh singgah cuba nanti bila-bila ke KL.
ReplyDeleteTengok malam2 ni terus rasa lapar nampak sedap semuanya tu. Unik betul nama kedai ni. Senang orang nak ingat.
ReplyDeletewow, restoran nampak exclusive. tapi harga affordable ya..
ReplyDeleteehh.. ok sangat harga tu walau terletak di tempat kayangan.
ReplyDeleteNampak pun semua sedap pilihan akak sekeluarga.
Romantiknya hihi...
ReplyDeleteSemua nampak sedap, harga mahal sikit pun takpe la... Kedai pun selesa 👍🏻
Clam dengan mantao tu sedapnya Kak Ana....
ReplyDeletecantik namanya, ia memanggil-manggil lady untuk ke JIBRIL.
ReplyDeleteDapp nyer
ReplyDeletePersembahan makananpun cantik.
ReplyDelete