Dah lama kak ana tengok orang share makan Ayam Gepuk Top Global di mana-mana media sosial. Teringin sangat nak cuba tapi kak ana ni penakut pedas. Kebanyakan yang makan , kak ana tanya depa memang suka pada kepedasan sambal geseknya tu. Mau tak cuak, kan..
Beberapa minggu lepas, anak kak ana, Adik Ika, ajak makan Ayam Gepuk Top Global yang tak berapa jauh dari kediaman kami. Dia nak suruh ibu cuba sendiri sebab dia dah pernah makan. Kami pii bertiga dengan suami.
Lokasinya di Ayam Gepuk Top Global, Eco Grandeur, Puncak Alam. Area Burger King dan berdekatan dengan Secret Recipe tu sahaja restorannya. Kami sampai sekitar jam 6 petang dan masih ada ramai pelanggan yang makan atau pun depa take-away .
Ayam Gepuk Top Global, Puncak Alam
Kami ke kaunter untuk order dan bayar menu. Tiga pilihan menu kami pilih petang tu, set D Ayam Gepuk Top Global, Set Talapia Top Global dan Bakso Top Global. Nak rasa lah ketiga-tiga menu yang wajib try kalau makan di sini katanya.. Air minuman pula kami pilih teh o ais dan sirap.
Sambil menunggu menu makanan sampai ke meja, kak ana sempat lah ronda-ronda dalam kedai. Tuu dia!! Cili api yang depa tengah buang tangkai duk dalam bekas sebelah kaunter sambal. Merah merelaa memang agak seram untuk kak ana lah yang takut makan pedas nih.
Kak ana sempat lah borak dengan staff yang sedang menggesek sambal di kaunter sambal. Katanya kak boleh pilih tahap kepedasan sambal, jangan risau hat yang level biasa tu tak pedas sangat, mild je. Okay lah, kak ana pun tak sabar nak tunggu makanan sampai ke meja.
Ada 3 level kepedasan sambal yang boleh kita pilih iaitu : Biasa (Sambal + kacang), Pedas (Sambal) dan Extra Pedas (Sambal) . Tapi set sambal depa akan bagi sekali sambal kacang gajus tu sekali lah, cuma sambal cili tu yang ada level pilihan.
Set Talapia Top Global berharga RM14.90 bersama minuman teh o ais atau sirap . Ikan talapia boleh di katakan saiz L cukup besar pada kak ana. Sebelum tu lupa nak bagi tau, konsep makan di Ayam Gepuk Top Global ni, kita boleh refill nasi dan sambal secara PERCUMA.
Set Ikan Talapia ni kak ana yang makan, sedap sangat walaupun tanpa kuah , kelembapan pada kedua sambal tu memberikan kenakan pada suapan nasi bersama ikan dan ulam kobis serta timunnya. Sebab ikan tu besar, suami tambah nasi dan sambal untuk habis kan selepas dia makan set ayam gepuknya.
Kira kami tukar-tukar pinggan lah petang tu, nak saling merasai menu berbeza, kan. Boleh makan berdua ikan talapia tu, cukup besar, rasa segar dan di goreng rangup di luar dan isi lembut segar di makan. Colek dengan sambal cili dan sambal kacang yang level pedas biasa, Alhamdulillah tak lah pedas sangat boleh je kak ana habiskan..
Dan hat nii lah set D , Ayam Gepuk Top Global paling viral katanya. Set ni berharga RM16.30 juga termasuk minuman teh 0 ais atau sirap. Bahagian ayam yang agak besar dah pada kak ana. Di goreng panas dan masak sempurna lembut isi ayam bila di tarik.
Set ni datang sekali dengan pedal ayam goreng. kobis garing , ulam timun dan sambal cili dan sambal kacang. Kalau nak refill sambal dan nasi memang boleh je kat sini, sebab masa kak ana rasa, ayam tu cukup sedap di cicah dengan sambal, jadi memang sambal akan habis cepat.
Dan kami try juga bakso Ayam Gepuk Top Global . Mee dia halus-halus kak ana tak pasti depa guna mee apa tapi sedap. Bebola daging dia besar dan padat. Kira ni macam bakso beranak lah kan, ada induk besar seketul dan kak ana tak boleh nak habis sebab saiz besar sungguh dan adalah kelilingnya anak-anak bebola daging.
Nak kata anak pun besar-besar juga setiap butir. Kuah sup bakso sesedap rasa tak ada apa nak pertikaikan. Makan dengan sambal kalau yang nak lagi pedas sebab bakso ni macam makan mee sup jer lebih kurang, kan. Harga RM11.90 kalau tak silap kak ana.
Cawangan Ayam Gepuk Top Global
Ayam Gepuk Top Global ni ada banyak cawangan seluruh negara. Hat yang kak ana maii makan ni di Eco Grandeur, Puncak Alam. Dari laman web mereka, kak ana dapati ada lebih 30 cawangan di seluruh negara.
Kota Warisan- Selangor , Seremban - Negeri Sembilan, Puncak Alam-Selangor, Kajang-Selangor, KL Traders Square-Kuala Lumpur, Bukit Jelutong-Selangor, Bandar Sri Putra-Selangor, Bangi-Selangor, Setia Alam-Selangor,Kg Melayu Subang-Selangor, The Strand Mall-Selangor, Nilai-Negeri Sembilan, Seksyen 13 Shah Alam-Selangor, Rasah Jaya-Negeri Sembilan, Seksyen 7 Shah Alam, Kajang Damai Mewah-Selangor, Wangsa Maju-Kuala Lumpur, Bandar Sri Permaisuri-Kuala Lumpur, Larkin-Johor Bahru, Ayer Keroh-Melaka, Ampang-Kuala Lumpur, Selayang Baru, TTDI, Banting, Bertam-Pulau Pinang, Perda-Pulau Pinang, Sg Petani-Kedah, Putrajaya-W. Persekutuan, Sri Gombak-Selangor, Kota Masai-Johor, Alor Setar-Kedah, Semenyih-Selangor.
6 Comments
Nampak sedap sangat Set D tu. Alaa tak ada di Kuantan ke.
ReplyDeleteMeriah menu dia! Dapnya!
ReplyDeleteAnak sy kata, Top Global ni lebih sedap berbanding yg satu lagi tu.
ReplyDeletesaya memang peminat ayam gepuk! pedas sampai berair hidung tapi still ketagih
ReplyDeletenanti kak ana cuba try ayam gepuk ori selayang pulak. yg tu pun sedap
sedap nampak menunya pesaing ayam golek dll
ReplyDeleteKalau yang biasa tu masih rasa pedas boleh minta kacang je kak untuk kurangkan pedas. Kalau saya akan ambil pedas. Lebih dari tu tak mampu sebab kalau makan pedas sangat pun tak berapa enjoy.
ReplyDelete