Kisah ni selepas percutian kak ana sekeluarga ke Pulau Pangkor . Selepas check-out dari Pulau Pangkor, kami bermalam semalam lagi di rumah adik kak ana, Lan di Lumut. Keesokan paginya kak ana balik pula ke Teluk Intan, kampung halaman sebab nak hantar abah. 

Kami gerak awal pagi sebab adik dan adik ipar kak ana nak masuk kerja pagi Isnin. Sampai Teluk Intan masih pagi lagi, suami ajak singgah sarapan di gerai kesukaannya lah di Padang Speedy, Teluk Intan. Makanan kesukaannya adalah apom manis nih. 


apom manis Teluk Intan


Makan apam manis, bubur campur 


Gerai milik mamak Muslim, di deretan kedai MPHP depan stadium atau kami panggil Padang Speedy. Julaibee nama gerai ni sebelah barisan gerai yang menghadap padang. Kalau balik kampung, ada kesempatan, kami suka sarapan makan apam manis atau ada yang panggil apom manis. 


apom manis Teluk Intan


Apom manis ni di buat daripada tepung beras kalau tak silap kak ana lah. Bahagian tengahnya lembut gebu dan kelilingnya garing nipis. Sedap lemak-lemak manis je rasanya. Ada juga orang panggil apam lenggang. Ikutlah sebutan di tempat masing-masing. 



Makan apam manis, bubur campur


Ada orang suka makan dengan kuah kari dan ada juga yang suka makan dengan bubur. Kalau kat sini ada dua pilihan bubur, iaitu bubur kacang hijau dan bubur gandum. Kak ana kalau makan kat sini suka makan bubur campur. Maknanya bubur kacang hijau campur bubur gandum. 

Ikut pilihan masing-masing. Harga pun murah sahaja. Tak ingat lah pula kak ana. Tapi dalam RM2 macam tu je sekeping. Kak ana tak ingat pula harganya sebab bayar sekali hari tu , bungkus juga beberapa keping untuk mak saudara. 






11 Comments

  1. Nieyl tak pernah rasa lagi apom manis ni kak ana..
    sedap eh..unik makan dengan bubur campur tu..

    ReplyDelete
  2. SA x pernah makan apom manis..cantik plak bentuknya macam kelopak bunga ye Kak Ana

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Ala kami baru balik Teluk Batik, dekat dah kan. Kalau tau, boleh cari.

    ReplyDelete
  4. Sukaa kue ini. Biasanya disebut kue tete kalo di Indonesia. Makan begitu saja sedap, ditambah menu lain pun enak 🤤🤤😍

    ReplyDelete
  5. hurmm. tak pernah rasa apom manis mcm ni. sekali sekala nak cuba la nnt.

    ReplyDelete
  6. Tidak pernah makan pula. Begitu rupanya.

    ReplyDelete
  7. Apam Manis.. macam pernah makan tapi macam tak pernah makan.. gitulah ingat ingat lupa huhuu

    ReplyDelete